Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Showing posts with label Manhaj Aqidah Dan Tauhid. Show all posts
Showing posts with label Manhaj Aqidah Dan Tauhid. Show all posts

28 June 2011

Jangan Mempersempit Makna Salafiyah

Oleh : Fadhilah As-Syekh DR.Abdulloh Al-Muthlaq (anggota haiah kibar ulama)

Dalam sebuah rekaman muhadhorah di kota Hail pada hari Rabu 19-Sya’ban-1424 H yang bertemakan “Al-Fitan Asbabuha wa ‘ilajuha” .

Syekh DR.Abdullah Al-Muthlaq menjelaskan sebagai berikut :

“Wahai saudaraku-saudaraku yang tercinta…mereka itu adalah orang-orang yang mempersempit makna salafiyah.

Mereka adalah orang -orang yang mengambil bagian persangkaan, orang-orang yang tidak menerima taubat, orang-orang yang memperbincangkan manusia dan tidak mau menyebarkan kebaikan. Merekalah orang-orang yang lebih banyak memberikan mudhorat kepada salafiyah daripada kebaikan yang mereka berikan kepadanya.

Sesungguhnya jika anda melihat pada para ulama Saudi maka berapakah jumlah mereka? (cukup banyak!!!) sementara orang-orang itu hanya menginginkan tiga atau empat ulama saja, sementara yang lain “bukan termasuk salaf”?!!

Ini adalah musibah besar. Sesungguhnya jika anda meliahat kepada ulama di dunia Islam saat ini, anda akan mendapati bahwa pada diri mereka terdapat kesalahan-kesalahan. Jika melihat kepada para ulama umat ini yang memberikan pelayanan pada agama semisal Ibnu Hajar, An-Nawawi, Ibnu Qudamah penulis kitab al-Mughni dan kitab-kitab bermanfaat lain, Ibnu Uqail, dan Ibnul Jauzi maka anda akan mendapatkan bahwa mereka memiliki karya-karya yang bisa mengeluarkan mereka dari salafiyah, karena terdapat beberapa kritikan di sana.

Orang-orang yang menyempitkan makna salafiyah tersebut telah berbuat buruk pada umat ini. Oleh karena itu , lihat kepada Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahulloh, dan Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahulloh, bagaimana keduanya bermuamalah dengan manusia. Bagaimana keduanya memperindah akhlak-akhlak mereka, bagaimana kedunya menerima para thalabul ‘ilmi (penuntut ilmu), bagaimana keduanya menghormati para ulama? Apakah manhaj seperti ini ada pada mereka (orang-orang yang mempersempit makna salafiyah itu)? Tidak. Mereka tidak ridho kecuali dari sejumlah kecil yang terbatas dengan hitungan jari jemari dari para thalabul ‘ilmi, yang menyibukkan diri dengan memakan daging para ulama dalam majelis-majelis mereka. Dan kadang memaksakan ucapan-ucapan mereka kepada apa yang tidak terkandung di dalamnya, bahkan kadang mereka berdusta atas nama mereka. Tidak ada dalam kamus mereka kata taubat. Mereka tidak menerima seorangpun untuk kembali. Mereka mempersempit agama ini. Mereka bergembira dengan keluarnya manusia darinya, dan tidak bergembira dengan menerima udzur manusia dan masuknya mereka kedalamnya.

Ini adalah sebuah musibah wahai saudaraku. Lihatlah wahai ikhwah fillah kepada kelembutan akhlak Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahulloh dan Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahulloh, bagaimana mereka memberikan fatwa kepada seluruh generasi dunia islam sekalipun mereka berbeda-beda, di Eropa, Amerika, Afrika, Jepang, Indonesia dan Australia. Siapa yang ridho dengan keputusan mereka? Siapa yang ridho? Anda akan mendapati mereka menerima ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahulloh, dan Muhammad Ibnu ‘Utsaimin rahimahulloh dan fulan dan fulan. Akan tetapi apakah mereka (orang-orang itu) meridhoi masyayikh mereka? Tidak demi Alloh, mereka tidak meridhoinya. Mereka tidak akan menerimanya.

Sesungguhya titan mereka – mudah-mudahan Alloh Subhanahu wata’ala memberikan taufiq kepada mereka dan memberikan hidayah kepada mereka – adalah mempersempit makna salafiyah dan membuat orang lari dari salafiyah. Mereka menjadikan salafiyah sebagai sebuah makna sempit lagi terbatas. Kebanyakan perbuatan mereka adalah mengkafirkan manusia, menfasikkan manusia, mengumpulkan kesalahan-kesalahan mereka,merusak nama baik manusia, serta mencoreng kehormatan mereka.” (AR)

27 June 2011

Memahami Salaf, Salafi, dan Ahlu Sunnah wal Jamaah oleh JAWI

Berikut dikongsikan penjelasan yang ringkas tetapi padat dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkenaan apakah itu Salafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah, satu penjelasan yang 'wajib' dibaca semua dan disebar-sebarkan. Moga kekeliruan yang menghantui perkataan 'Salafi' itu terjawab. 


Tajuk buku: Siri Bacaan Akidah - Memahami Salaf, Salafi, dan Ahlu Sunnah wal Jamaah

Penulis: Bahagian Penyelidikan,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Penerbit: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur,Malaysia, 2010M


N.B: klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas (zoom).





Sumber diambil daripada Ansarul-Hadis


30 October 2010

Antara Aqidah Sahih Dan Kekentalan Aqidah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Manusia diturunkan ke bumi adalah untuk beribadah kepada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah swt di dalam Surah Az-Zariyat ayat 56:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Oleh yang demikian, untuk beribadah kepada Allah swt memerlukan ilmu pengetahuan yang jelas tentang bagaimana untuk menyembah kepada Sang Pencipta. Kerana itu Allah mengutuskan para anbiya' untuk mengajar kepada sekalian manusia untuk menyembah Allah.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ


Dan tidaklah kami mengutuskan sebelum kamu daripada rasul-rasul melainkan kami mewahyukan kepada mereka bahwasanya tiada tuhan selain aku maka sembahlah aku.” (Surah Al-Anbiya’ : Ayat 25)


Peranan Aqidah Dalam Kehidupan Umat

Peranan aqidah di dalam kehidupan manusia adalah sangat penting. Allah swt telah menciptakan manusia ke bumi dan dipermudahkan kepada manusia segala bentuk kejadian di bumi untuk memudahkan manusia berinteraksi dengan alam kehidupan. Kemudahan dari segi makan minum, bernafas, bergerak dan sebagainya. Allah tidak memerlukan apa-apa daripada manusia sebaliknya manusia yang memerlukan Allah kerana Dialah Maha Pencipta.

Manusia hidup di bumi adalah kerana Allah swt, maka wajar bagi setiap individu untuk menjaga hubungannya dengan Allah swt melebihi hubungannya dengan manusia yang lain. Jadi, seandainya manusia tidak mempercayai keimanan kepada Sang Pencipta iaitu Allah swt maka sesungguhnya manusia telah kufur keimanan kepada Tuhan yang Maha Mengawal Alam.

Mencapai Pengetahuan Aqidah Sahih Dan Kekentalan Aqidah

Aqidah yang sahih adalah aqidah yang bersih daripada segala pencemaran aqidah yakni dari segi mensyirikkan Allah swt, melakukan perkara bid'ah dan khurafat. Aqidah ini sahih kerana mempercayai hanya Allah sahaja Rabb yang disembah dan tidak menyekutukan selain daripada Allah swt.

Kekentalan aqidah berbeza dengan aqidah yang sahih kerana seorang muslim apabila telah beriman dengan aqidah yang sahih tidak bermakna telah kental aqidahnya kerana dia belum lagi diuji dengan ujian ketahanan iman dari segi fizikal dan mental dalam mempertahankan keimanan aqidahnya yang sahih.

Allah swt telah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3:

{3} أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ {2} وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ 


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Maka dengan itu, amatlah berbeza orang yang beraqidah sahih sahaja dengan orang aqidahnya sahih beserta dengan kekentalan aqidah di dalam dirinya kerana orang yang kental aqidahnya telah beriman dengan aqidah yang sahih dan telah melalui proses ujian keimanan. Ketika melalui proses itu, dia telah menghadapinya berbagai-bagai mehnah ujian dan fitnah.

Apabila dia telah melepasi cabaran itu dengan berjaya, maka inilah yang dinamakan kemanisan iman bagi orang-orang yang beriman. Tidak menarik jika kita melalui sesuatu halangan dengan mudah dan berakhir dengan mudah. Seperti tiada apa yang berlaku. Oleh sebab itu, apabila kesusahan direntangi dan berjaya melepasi terasa nikmat kesusahan itu.

Jadi, bagaimana nak mencapai semangat kekentalan aqidah itu? Caranya adalah dengan menghayati kisah-kisah tauladan di dalam Al-Quran seperti kisah Nabi Musa terhadap Fir'aun, kisah Nabi Nuh, kisah Ashabul Ukhdud, kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Yusuf dan macam-macam lagi kisah mengenai kemantapan iman menghadapi ujian getir.

Insya Allah kita dapat mengambil manfaat dan pengajaran daripadanya.

Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
7 September 2010/ 28 Ramadhan 1431H

27 October 2010

Hujjah Allah Berkata-kata




Assalamu'alaikum wbt.

Pernah satu diskusi di dalam sebuah forum membincangkan mengenai adakah Allah berkata-kata tetapi ada pihak yang datang membawa kenyataan bahawa Allah tidak berkata-kata. Oleh yang demikian, saya akan membawa hujjah bahawa Allah berkata-kata.

Bukti tentang Allah berkata-kata ada direkodkan di dalam kebanyakan nas dari al-Quran dan hadith Nabi SAW. Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar di dalam kitab الايمان بالله (Iman Kepada Allah) telah mengumpulkan hujjah-hujjah mengenai Allah berkata-kata dan dimasukkan ke dalam satu bab yang khas iaitu 'Firman Dan Ucapan Allah'.

Bab Mengenal Allah Melalui Nas Wahyu, di dalam tajuk kecil iaitu Firman Dan Ucapan Allah:

1. Nabi Musa dengan Allah di Bukit Tursina. Allah berkata-kata kepada Musa AS.

Allah SWT berfirman apabila Dia menghendaki dan dengan cara bagaimana Dia kehendaki. Firman-Nya tidak menyerupai perkataan makhluk-makhluk-Nya. Allah SWT telah berbicara kepada sebahagian makhluk-Nya di antaranya adalah Nabi Musa AS sebagaimana firman-Nya:

وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا

Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)

Surah an-Nisa' ayat 164

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ

Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya.

Surah al-A'raaf ayat 143

Allah SWT mengkhabarkan kepada kita pembicaraan yang terjadi antara Allah SWT dengan Nabi Musa AS seperti firman-Nya:

قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَـٰكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu , dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musapun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman".

قَالَ يَا مُوسَىٰ إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاسِ بِرِسَالَاتِي وَبِكَلَامِي فَخُذْ مَا آتَيْتُكَ وَكُن مِّنَ الشَّاكِرِينَ

Allah berfirman: "Hai Musa sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur".

Surah al-A'raaf ayat 143-144


2. Allah berbicara kepada Adam AS dan Hawa.

وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"

Surah al-A'raaf ayat 22


3. Allah berbicara kepada malaikat Jibril AS.

Disebutkan di dalam sahih al-Bukhari tentang berbicaranya Allah SWT kepada Jibril:

Sesungguhnya Allah bila mencintai seorang hamba, Dia akan berseru kepada Jibril:

"Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah dia"

Maka Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penduduk langit bahawa sesungguhnya Allah telah mencintai si Fulan, maka cintailah dia, maka dia pun dicintai oleh penduduk langit, sehingga orang itu pun diterima di atas bumi.

Malaikat mendengar ucapan Tuhan mereka ketika Dia berbicara sebagaimana disebutkan dalam kitab Sahih al-Bukhari dari Abu Hurairah yang sampai kepada Nabi SAW:

Apabila Allah telah memberi keputusan di langit, maka malaikat akan memukulkan sayap-sayapnya sebagai tanda ketundukan kepada firman-Nya bagaikan suara rantai di atas batu licin. Apabila rasa takut dari hati mereka telah hilang, (malaikat yang lain) bertanya: "Apa yang dikatakan oleh Tuhan kalian?" Mereka menjawab: "(Perkataan) yang benar dan Dia Maha Tinggi dan Maha Besar."

Hadis di atas kata Imam al-Bukhari ialah sebagai tafsir kepada firman Allah SWT; surah Saba' ayat 23:

وَلَا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ عِندَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ ۚ حَتَّىٰ إِذَا فُزِّعَ عَن قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ ۖ قَالُوا الْحَقَّ ۖ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Dan tiadalah berguna syafa'at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa'at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: "Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Perkataan) yang benar", dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.


4. Dalil suara Allah bukan suara makhluk.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari iaitu:

Daripada Abdullah bin Unais kata beliau: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: Allah akan menghimpun hamba-hambaNya lalu Dia menyeru mereka dengan suara yang didengari dari jauh seperti mana didengari dari dekat: "Aku lah Raja Akulah yang akan membalas segala amalan".

Imam al-Bukhari berkata: "Hadis ini adalah dalil bahawa suara Allah tidak sama dengan suara makhluk kerana suara Allah SWT didengar dari jauh sebagaimana juga didengar dari dekat dan bahawa para malaikat merasa takut pada suara-Nya - (Khalqu Af'alul Ibad, hlm. 149)

Allah SWT berbicara dengan suara yang sama sekali tidak sama dengan suara makhluk sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abu Sa'id al-Khudri RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Allah berfirman: "Wahai Adam" lalu Adam menjawab: "Kami memenuhi panggilan-Mu dan dengan penuh suka cita". Lalu Dia berseru dengan suara: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk mengeluarkan segolongan dari umatmu untuk menuju neraka."

Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
27 Oktober 2010/19 Zulkaedah
Kampung Baru, Kuala Lumpur

21 July 2010

Bukti Allah Beristiwa’ di atas Arasy Berdasarkan Dalil Al-Quran

Sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Kuasa. Maka, sebagai Tuhan Sang Pencipta, sangatlah bercanggah dengan logik akal mengatakan bahawa Allah tiada tempat, Allah ada di mana-mana.

Bayangkan suatu analogi seperti contoh yang diberikan.

Seorang pencipta jam yang pakar telah mencipta ribuan jam. Maka, adakah sebagai pencipta jam yang pakar tiada tempat khas baginya? Sedangkan pemakai-pemakai jam ada tempat mereka sendiri. Justeru, pencipta jam yang pakar juga harus mempunyai tempatnya khas dan teristimewa. Tujuannya ialah supaya beliau dapat mengaplikasikan kepakarannya dalam membuat jam yang terbaik di antara kepelbagaian reka bentuk jam.


Isu yang sama kembali kepada Dzat Allah SWT. Allah SWT Maha Kuasa mencipta kepelbagaian makhluk dan alam. Makhluk dan alam ada tempatnya. Mengapa pula Allah SWT tidak mempunyai tempat yang khas dan agung bagi-Nya sedangkan Dia Maha Mencipta. Oleh itu, anda sendiri menilainya.

Di bawah merupakan dalil-dalil daripada al-Quran mengenai Allah mempunyai tempat yang khas bagi-Nya iaitu Arasy.
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلاَّ مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ
Surah Yunus: Ayat 3

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي ِلأَجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
Surah Ar-Ra’ad: Ayat 2

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.

الرَّحْمَانُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Surah Taha: Ayat 5

(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy.

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَانُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
Surah Al-Furqan: Ayat 59

Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy , (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad).

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ شَفِيعٍ أَفَلاَ تَتَذَكَّرُونَ
Surah As-Sajdah: Ayat 4

Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy . Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at . Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنْ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Surah Al-Hadid: Ayat 4

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari; Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy . Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya . Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ
Surah Fussilat: Ayat 11

Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Surah Al-Baqarah: Ayat 29

Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.


Ulasan:

Di sini menunjukkan bahawa Al-Quran telah memberitahu tentang sifat-sifat Allah terhadap perkara istiwa' dan 'Arasy. Dan memang terbukti di dalam Al-Quran, apabila Allah hendak menunjukkan kehebatan Kuasa-Nya, Allah akan menunjukkan kebesaran sifat-Nya yang tiada tolok banding dengan makhluk-Nya. Cuma, sifat-sifat Allah tidak boleh dinilai bagaimana oleh makhluk-Nya kerana Allah telah menciptakan pemikiran akal makhluk-Nya dengan pemikiran yang terbatas dalam mengetahui sifat-sifat Allah dengan lebih mendalam.

Makhluk hanya mengetahui secara zahir sahaja tentang sifat-sifat Allah tetapi selebihnya bukan untuk mereka hendak mengetahuinya. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Asy-Syura ayat 11:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Allah mempunyai sifat-sifat-Nya sebagai pencipta tidak menyamai satu pun dengan makhluk. Sebagai contoh, muka manusia dengan muka itik, adakah sama? Tidak. Makhluk sama makhluk pun jauh berbeza apatah lagi sifat Allah dengan sifat makhluk. Maka, apa yang telah tercatit di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang sifat-sifat Allah terima sahaja secara zahir tanpa membayangi dengan mendalam kerana ianya di luar tahap pemikiran kita. Kerana ianya juga adalah salah satu aspek penting di dalam aqidah Islam yang sahih di dalam mengenali Allah SWT.


Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
21 Julai 2010/9 Syaaban 1431H

05 July 2010

SATU PENILAIAN TERHADAP JALAN AQIDAH AS-SALAF DAN AL-KHALAF

Oleh: Dr. Jihad Muhammad Abu Naja (Darul Islah, Yala, Petani Selatan)


Pendahuluan

Sebagaimana sedia tahu bahawa aqidah as-Salaf dan aqidah al-Khalaf masing-masing ada jalannya, dan Umat Islam terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan menyokong jalan as-Salaf, manakala yang satu lagi menyokong jalan al-Khalaf. Dengan ini, marilah kita sama-sama cuba membuat satu penilaian terhadap kedua jalan tersebut iaitu: jalan as-Salaf dan al-Khalaf. Walau bagaimanapun, di sana kita dapati ada kata-kata yang masyur, iaitu:

طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أحكم

Ertinya: “Jalan as-Salaf lebih selamat, manakala jalan al-Khalaf adalah lebih tahu/ lebih alim.”

(Ada setengah ibarat mengatakan "أحكم" lebih bijak dan ibarat lain pula mengatakan "أعلم وأحكم" atau lebih alim dan lebih bijak.)
Berkata as-Sayyid Murtadha az-Zubaidi –Rahimahullah- :

قول من قال طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أحكم – نقل الحافظ بن حجر عن بعضهم – أنه ليس بمستقيم، لأن ظان:

· إن طريقة السلف مجرد الإيمان بألفاظ القرآن والحديث من غير فقه في ذلك.

· وإن طريقة الخلف هي استخراج معاني النصوص المصروفة.

· عن حقائقها بأنواع المجازات:

فجمع هذا القائل – بين:

- الجهل بطريقة السلف.

- والدعوى في طريقة الخلف وليس الأمر كما ظن.

Ertinya:

Perkataan mereka yang berkata: “Jalan as-Salaf lebih selamat dan jalan al-Khalaf lebih bijak.” sebenarnya al-Hafiz Ibn Hajar –Rahimahullah- telah menaqalkan dari setengah ulama’ mengatakan bahawa perkataan tersebut tidak betul dan tidak lurus. Ini kerana al-Khalaf menyangka bahawa:

* Jalan as-Salaf adalah hanya semata-mata beriman dengan lafaz-lafaz al-Quran al-Karim dan al-Hadith as-Syarif sahaja, tanpa perlu memahami pengertiannya.

* Jalan al-Khalaf adalah usaha mengeluarkan atau memahamkan makna pengertian lafaz-lafaz itu dengan berbagai-bagai jenis kata “Majaz” yang mana makna dan pengertian tersebut adalah sengaja dipalingkan daripada makna atau pengertian asalnya atau hakikatnya.

* Orang-orang yang berpendapat demikian adalah jelas berada di antara:

- Jahil dengan jalan as-Salaf semata-mata dakwaan kepada jalan al-Khalaf. Tetapi setiap dakwaan perlukan dalil. Di sini tidak ada yang membuktikannya.

- Lantaran demikian, maka perkataan dan pendapat tersebut bukanlah seperti yang disangka dan ianya memanglah tidak betul.

Jawapan kepada dakwaan al-Khalaf

Untuk menjawab sangkaan-sangkaan al-Khalaf, marilah kita membuat penilaian kepada beberapa masalah yang menjadi perbincangan antara jalan as-Salaf dengan al-Khalaf, antara lain ialah:

MASALAH PERTAMA: Firman Allah S.W.T pada ayat ketujuh surah Ali Imran

...وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُولُو الْأَلْبَابِ.

Bermaksud: “…Dan tidak mengetahui takwilnya (yang kesamaran) melainkan Allah, dan orang-orang yang pakar dalam bidang keilmuan mereka berkata: telah kami beriman terhadapnya (yang kesamaran) kerana kesemua itu (muhkam/ jelas dan mutasyabih/ kesamaran) adalah dari sisi Tuhan kami, tidak dapat pengajaran melainkan orang-orang yang mempunyai hati/ menggunakan fikiran.” –Surah Ali Imran ayat 7-

Berkata Imam Ibn Katsir (Rahimahullah): “Terdapat berselisihan qura’ (para qari) tentang waqaf ditengah-tengah ayat yang mulia ini.

1. Di antara ulama’ ada yang mengatakan pada lafaz al-Jalalah, iaitu mereka membaca وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُ “waw” pada وَالرَّاسِخُونَ adalah istiknaf, maknanya: كلام مقطوع عما قبله iaitu perkataan yang terhenti apa sebelumnya. Ini adalah pendapat Ibn Omar, Ibn Abbas, ‘Aisyah, Urwah Ibn az-Zubair, Omar Ibn Abdul Aziz, Abu Asyakthak, Abu Nahik dan lain-lain lagi.[1]

Berkata Imam Asy-Syaukani: “Ia merupakan mazhab al-Kisai, al-Farrak, al-Akhfasy, Abu Ubaid, dan lain-lain lagi. Ibn Jarir at-Tabari meriwayatkan daripada Imam Malik bahawa ia menjadikan pendapat pilihannya (al-Muktar). Al-Khattabi menghikayatkan daripada Ibn Mas’ud dan Ubai Ibn Ka’ab. Imam Syaukani menegaskan: “Inilah pendapat kebanyakan Ulama’.[2]

2. Ada yang mewaqafkan pada “…إِلاَّ اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْم…” “waw” adalah ‘ataf maknanya: كلام معطوف على ما قبله iaitu ayat bersambung dengan apa yang sebelumnya. Ini diriwayatkan daripada Ibn Abbas Radhiallahu ‘anhum, Rabie Ibn Abbas dan Muhammad Ibn Ja’far Ibn Zubir dan ramai daripada golongan Mutakallimin. Diriwayatkan daripada Mujahid bahawa beliau berkata: “وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ” ahli bahasa Arab cuba memberi alasan bahawa " يَقُولُونَ" di tempat nasab dan ia menjadi “hal” takdirnya "قائلين" (apabila huruf waw dianggap ‘ataf).

Tetapi keseluruhan ahli bahasa Arab tidak setuju dan mengingkari alasan tersebut kerana orang Arab tidak mengidhmarkan (menyembunyikan) “فعل” dan “مفعول” dalam satu masa. Dan mereka tidak menyebut “حال” dalam percakapan mereka kecuali ada zahirnya “فعل”. Maka apabila tidak zahir “فعل” sudah tentu bukannya “حال” (hal) [3]. Jikalau dibolehkan seperti itu, maka bolehlah dikatakan “عبد الله راكبا” dengan makna “اقبل عبد الله راكبا”. Tetapi tidak boleh dibuat begitu.

Setelah mengetahui kedua-dua pendapat yang tersebut di atas, kita lihat pula pendapat ulama’ dalam mentarjih (memilih) pendapat-pendapat itu. As-Salaf berpegang dengan pendapat pertama, manakala al-Khalaf berpegang dengan pendapat yang kedua, kenapa?

As-Salaf mengikuti jumhur al-Quraa dan ulamak, dan riwayatnya sahihah. Manakala pendapat yang kedua adalah riwayat yang Dha'ifah (lemah) dan qiraah syaz (ganjil).

Berkata Imam Ibn Katsir –Rahimahullah- : Takwil di dalam al-Quran al-Karim ada dua makna:

PERTAMA: Dengan makna "حقيقة الشيء وما يؤول أمره إليه"

Ertinya: Hakikat sesuatu dan apa yang kembali urusannya kepadanya.

KEDUA: Dengan makna "التفسير والبيان والتعبير عن الشيء"

Ertinya: Penjelasan, penerangan dan kenyataan terhadap sesuatu.[4]

Sepertimana yang telah diketahui, bahawa as-salaf berpendapat bahawa kaifiat nama-nama Allah dan sifat-sifat baginya adalah daripada Zat-Nya, yang mana tidak mengetahuinya melainkan Allah.

Di atas asas ini, maka kedua-dua erti takwil adalah lebih tepat waqafnya pada lafaz al-Jalalah.

Dalam hal ini al-Khalaf mentarjihkan waqaf pada وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ serta mereka menjadikan takwil kepada makna kedua, yang mana bukanlah erti yang sedia tahu oleh pada 'Ulamak, tetapi dalam erti yang bukan kebiasaan ertinya. Inilah tujuan tarjih mereka.

Misalnya, Firman Allah:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Ertinya: Tuhan AR-RAHMAN di atas ARASY Dia Istiwa'. [Surah Thaha: 5][5]

''Istiwa'' yang segera faham mengikut ibarat ulamak adalah dengan makna ''علا'' atau seumpamanya, yang mana ertinya tertinggi atau maha Tinggi.

Tetapi golongan al-Khalaf tidak setuju kepada tafsir itu, serta menukarkan maknanya kepada makna yang tidak pernah diketahui dalam bahasa Arab iaitu dengan makna ''استولى'' ertinya menguasai/menjajah.

MASALAH KEDUA: Perkataan ''الإستواء معلوم، والكيف مجهول''

Pernah ditanya Imam Malik (rahimahullah) tentang maksud Istiwa' lalu menjawab:

الإستواء معلوم (غير مجهول) والكيف مجهول (غير معلوم) والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة

Bermaksud: Istiwa' adalah maklum atau tidak majhul, kaifiat (caranya) adalah majhul atau tidak ma'qul, beriman dengannya adalah wajib dan menyoal tentangnya adalah bid'ah.[6]

Golongan al-Khalaf berkata bahawa: Imam Malik dan Imam-imam yang lain mengatakan ''Istiwa'' itu maklum adalah dalam erti kata maklum datangnya daripada al-Quran al-Karim. Manakala kaifiat ''Istiwa'' itu majhul adalah menjadi dalil mereka tidak mengetahui hakikatnya. Dengan itu mereka (as-Salaf) mewajibkan beriman dengannya secara buta tuli sahaja. Serta janganlah sama sekali bertanya tentangnya.

Tetapi manakala kita mengkaji kepada jalan as-Salaf, kita dapati bahawa yang dimaksudkan dengan maklum adalah maklum ertinya. Cuma yang majhulnya ialah kaifiatnya. Oleh itu, hendaklah kita beriman dengannya. Dengan demikian itu, tidak perlulah untuk kita bertanya tentang kaifiat kerana bertanya demikian tidak pernah dibuat oleh para sahabat di zaman pertama dahulu. Dalam ertikata yang lain mereka tidak jahil tentang erti sifat, Cuma yang mereka jahil ialah kaifiat sifat tersebut.

Sekiranya mereka hanya beriman dengan zahir lafaznya sahaja serta tidak mengerti maknanya, maka timbullah pertanyaan bagaimana mereka berkata ''Istiwa'' adalah tidak majhul dan kaifiat adalah tidak makqul? Kerana pengertian itu akan menjadikan lafaz ''Istiwa'' adalah tidak maklum, bahkan majhul. Maka ini akan menepati Fawatih al-Suur (فواتح السور) seperti يس، الم dan sebagainya.

Dengan kata lain: Jalan as-Salaf : ''Istiwa maklum'' ertinya majhul kaifiat. Maka bukanlah seperti yang didakwa iaitu jalan at-Tafwidh. Manakala jalan al-Khalaf ''Istiwa'' majhul ertinya. Oleh itu, hendaklah takwilkan maknanya mengikut pengertian al-Khalaf pada TAKWIL, bukanlah TAKWIL yang dimaksudkan oleh 'Ulamak muktabir.

Penutup

Kesimpulan:

(a) Dakwaan yang menyatakan:

طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أعلم أو أحكم

Adalah kurang betul kerana sebenarnya ialah:

طريقة السلف أسلم وأعلم وأحكم

(b) As-salaf bukan tafwidh atau mufawwidhah, malahan jalannya cukup mengetahui akan erti al-Quran al-Karim dan al-Hadis al-Syarif. Cuma yang menjadi persoalan ialah berkenaan kaifiat nama-nama Allah dan sifat-sifatnya dimana tidak perlu kita mengetahui akan kaifiatnya.

(c) Dakwaan bahawa jalan al-Khalaf boleh memberi erti yang betul pada setengah nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta'ala, sebenarnya erti yang diberikan itu tidak betul mengikut bahasa Arab yang biasa dipakai oleh orang Arab, malahan yang lebih tepat ertinya adalah mengikuti jalan as-Salaf.

InsyaAllah perbahasan seumpama ini akan dibuat kajian seterusnya. Ini hanya sebagai anak kunci dan pembuka jalan untuk membuat satu penilaian terhadap jalan as-salaf dan jalan al-Khalaf kerana mahu tak mahu kita sedang berada di tengah-tengah gelombang laut samudera kedua-duanya.

(Dinukil dari kertas kerja Prosiding Seminar AKIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMA'AH, 25 Disember 1996, Di Dewan Kuliah 1, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Anjuran Badan Perkhidmatan Penerangan Islam, Selangor dan Wilayah Persekutuan, Malaysia dan Persatuan Ulama Pulau Pinang & Seberang Perai)

___________________________________________
[1] Lihat Tafsir Ibn Katsir 1/346, tambahan: Ibn Omar dan Ibn Abbas daripada Tafsir Fath al-Qadir 1/315.

[2] Lihat Tafsir Fath al-Qadir 1/315.

[3] Lihat Tafsir Ibn Katsir 1/347 dan Tafsir Fath al-Qadir 1/315.

[4] Lihat Tafsir Ibn Katsir 1/347.

[5] lihat juga: al-A'raf: 54, al-Ra'd: 2, Yunus: 3, al-Furqan: 59, al-Sajdah: 4, dan al-Hadiid: 4

[6] Riwayat al-Darimi dalam ''Fi al-Radd 'ala al-Jahmiyah'' m.s 55-56, al-Lalikai dalam ''Syarah al-Sunnah'' 3/398, Imam al-Sobuni dalam '''Aqidah al-Salaf'' no: 25 dan 26, al-Baihaqi dalam ''al-Asma wa al-Sifat'' m.s 408 ada 2 sanad. Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan ''Jayyid'' pada satu sanadnya; rujuk Fath al-Bari 13/406-407, Ibn Abdil Barr, al-Tamhid 7/138, 151, Abu Na'im, al-Haliyah 6/325-326, sebagaimana riwayat al-Lalikai 3/398 dan al-Baihaqi m.s 408-409 daripada guru bagi Imam malik iaitu Imam Rabi'ah al-Rakyi. Begitu juga daripada Ummul Salamah. Mendhaifkan hadis Ummul Salamah oleh Ibn Taimiyyah ''al-Fatawa'' 5/365, dan al-Zahabi serta berkata Hadis Mahfuz ialah daripada Imam Malik, Imam Rabi'ah ar-Rakyi dan beberapa orang Ulamak ''al-'Uluww'' m.s. 65.

26 December 2009

Jawapan Dr Wahbah Az-Zuhaily Berkenaan Dengan Pembahagian Tauhid Kepada Tiga

 Assalamu'alaikum wbt.

Ini merupakan ulasan daripada Dr Wahbah Az-Zuhaily berkenaan dengan isu pembahagian tauhid kepada tiga bahagian yang dimomokkan oleh sesetengah pihak dengan pembahagian ini dengan tauhid yang sesat.





يمكن تجب عن تقسيم التوحيد إلى ثلاثة أقسام؟ بعض الناس يعني يرد على هذا ويقول بأن هذا تقسيم النصارى وغير ذلك، مع أن هذا قد كررت بالحكومة قد كررت، في الجامعات والمدارس نليجه، فماذا ...؟


Boleh Syeikh jawab tentang pembahagian tawhid kepada 3 bahagian? Sebahagian manusia – iaitu – yang menolak ke atas (pembahagian) ini, dan berkata bahawa ini ialah pembahagian Kristian dan sebagainya, tambahan lagi hal ini telah berulang-ulang dalam kerajaan, iaitu telah berulang-ulang di universiti-universiti dan sekolah-sekolah yang kami masukinya. Maka apa …?

... نحن ينبغي أن لا نعرف وأن لا نستمع إلا لمقالة أهل السنة والجماعة. وأما هؤلاء المشككون، والذين يحرفون النصوص من بعض مواضعها، ويخالفون ما عليه جمهور الأمة، فهم مخطؤون، فلا تستمعوا لهم، ولا تقيموا وزنا لأي كلام يصدر منهم لأنهم في هذا لهم مآرب معينة، ونحن نبرأ إلى الله سبحانه وتعالى من مثل هذه الأعمال التي تعاتج تزرع الفنتة بين المسلمين.

… Kita tidak perlu untuk mengetahui atau kita tidak perlu mendengar melainkan kepada kata-kata Ahli s-Sunnah wal-Jama`ah. Dan mereka yang ragu-ragu itu, dan yang mengubah nas-nas daripada beberapa tempat-tempatnya, dan yang mencanggahi apa yang jumhur ummah berada di atasnya, maka mereka adalah salah, dan jangan kamu dengar kepada mereka, dan jangan kamu berikan pertimbangan kepada sebarang kata-kata yang datang daripada mereka, kerana sesungguhnya mereka dalam hal ini, mereka mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Dan kita berlepas kepada Allah subhanahu wata`ala, daripada yang seperti perbuatan-perbuatan ini, yang sentiasa menabur fitnah dalam kalangan muslimin.


هي ثلاثة أقسام، هذه؟

Ia tiga bahagian, yang ini?


نعم، نعم، نعم

Ya, ya, ya


يعني يجوز؟

Boleh?


يجوز هذ يجوز،

Boleh, ini boleh,


تسمية، نحن، أي لماذا، ما فيها شيء، لا نقول، ذوات، وأنما الذات واحدة، وهذه الأسماء، لله الأسماء الحسنى فادعوه بها، وهذه صفات ، الأسماء والصفات كلها لله...

Penamaan, kita, iaitu kenapa, tiada padanya apa-apa, kita tidak kata, banyak zat, tetapi Zat yang Satu. Dan nama-nama ini, dan sifat-sifat ini, nama-nama dan sifat-sifat, semuanya kepunyaan Allah.


ألوهية، ربوبية، وغيرها

Uluhiyyah, Rububiyyah dan selainnya,


نعم، نعم...

Ya, ya…

Sumber Teks: al-fikrah.net

09 December 2009

Pembahagian Tauhid Sebelum Ibn Taimiyyah

Oleh: Panel Penyelidik Institut al-Qayyim


Tulisan ini merupakan jawapan kepada artikel yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 29/11/09 oleh Panel Penyelidik Yayasan Sofa, Negeri Sembilan bertajuk: Tauhid tiga serangkai disyariatkan di dalam Islam?. Setelah membaca dan memahami artikel tersebut, disimpulkan ia berlegar kepada satu persoalan utama iaitulah dakwaan kononnya pembahagian tauhid kepada tiga bahagian: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat dimulakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. dan pembahagian ini tidak dikenali di zaman awal Islam. Benarkan dakwaan ini?

Bagi sesiapa yang mempelajari akidah yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan pemahaman generasi al-Salaf al-Soleh, pasti akan memperakui sesungguhnya dakwaan ini amat jauh untuk dinilai sebagai suatu hasil penyelidikan ilmiah. Sebaliknya ia lebih kepada bukti kedangkalan dan kecetekan ilmu yang berpunca dari amalan taklid membuta tuli. Lebih malang kedangkalan ini disertai keegoan yang parah sehingga berani mencabar sesiapa yang dapat membuktikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian telah ada sebelum kurun ke tujuh hijrah lagi.

Alangkah baik jika sebelum mencabar sesiapa, Panel Penyelidik Yayasan Sofa bertindak rajin sedikit, dengan membelek kitab-kitab tafsir yang mu’tabar di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang ditulis sebelum kelahiran Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Cukup sekadar dengan Tafsir al-Imam al-Tobari (meninggal 310H). Pasti dengan merujuk kepada kitab tafsir ini sahaja akan terjawab segala kekaburan dan tidak tahu. Tetapi sayang Panel Penyelidik Yayasan Sofa tidak melakukan perkara ini melainkan bertaklid kepada beberapa penulis sahaja. Untuk itu tulisan ini ditulis, supaya ia dapat mengambil tempat seperti seorang yang celik membimbing seorang buta menyeberangi jalan, agar selamat sampai ke seberang sana.

Maka tulisan ini memberi tumpuan dalam membuktikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian telah ada di zaman awal umat Islam sebelum Ibn Taimiyyah R.H. Bahkan telah dinukilkan di dalam kitab-kitab tafsir beberapa riwayat daripada para sahabat Nabi S.A.W., para Tabi’ien dan para Atba’ al-Tabi’ien umat Islam.

Tujuan Pembahagian Ilmu Islam

Pembahagian mana-mana bidang ilmu Islam adalah suatu yang diterima di sisi para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, bahkan diterima oleh orang-orang yang berakal sejak zaman berzaman. Ia bertujuan memudahkan proses pembelajaran dan kefahaman terhadap nas-nas (teks) syarak, demikian juga agar gambaran umum terhasil sebelum sesuatu bidang dipelajari. Contoh mudah dalam hal ini, al-Imam al-Syafie telah menyusun ilmu Usul di dalam ilmu Fiqh Islami. Hasilnya pembahagian ini diterima oleh para ulama selepas beliau.

Kaedah pembelajaran yang tersusun dengan pembahagiannya tidak pernah terdapat di zaman Nabi S.A.W., bahkan pembahagian ilmu kepada ilmu aqidah, fiqh dan akhlak juga tidak terdapat di zaman Nabi S.A.W., sama halnya dengan penyusunan ilmu Mustalah al-Hadith, Ulum al-Tafsir, Usul al-Fiqh dan semua bidang ilmu syariah tidak pernah disusun, dibahagi dan diasingkan mengikut pembahagian-pembahagian seperti yang ada pada hari ini. Tidak pula bermakna ilmu-ilmu ini merupakan rekaan, bid’ah dan tokok-tambah dalam agama. Sebaliknya ia hanyalah kaedah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman. Lalu tidak berlebihan jika dikatakan teramat jahil orang yang mendakwa pembahagian-pembahagian ilmu ini sebagai bid’ah. Kerana itu masyhur satu kaedah di sisi ulama usul yang disebut sebagai la masyahah fi al-Istilah yang bermaksud tiada pertikaian terhadap pengistilahan jika kandungan atau maksudnya benar.

Pembahagian tauhid di kalangan generasi awal umat islam

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. bukanlah individu pertama yang bertanggungjawab mereka-reka pembahagian tauhid kepada tiga bahagian. Sebaliknya pembahagian ini telah wujud lebih awal lagi. Perkara ini dapat ditelaah dari kitab-kitab karangan ulama yang awal. Ibn Taimiyyah yang hidup pada kurun ke tujuh hanya berperanan menghidupkan semula penekanan kepada tiga usur penting di dalam tauhid. Di bawah ini disenaraikan beberapa bukti yang menunjukkan pembahagian tauhid telah ada sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah R.H. lagi:

Pertama: Al-Imam Abu Abdillah, Ubaidullah ibn Muhammad ibn Battah al-‘Ukbariy (meninggal tahun 387H) berkata: “…dan demikian itu, bahawa asas keimanan kepada Allah yang wajib ke atas makhluk beriktikad dengannya dalam menetapkan keimanan terhadapNya adalah tiga perkara (bahagian). Pertama: Keyakinan seorang hamba terhadap rabbaniyyah (Rububiyyah) Allah, agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan al-Ta’til yang tidak menetapkan adanya (tuhan) yang maha pencipta. Kedua: keyakinan seorang hamba terhadap wahdaniyyah (keesaan) Allah, agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan musyrik, yang mengakui adanya pencipta (Allah), tetapi mereka mensyirikanNya dengan yang lain di dalam ibadah. Ketiga: Keyakinan seorang hamba terhadap Allah yang bersifat dengan sifat-sifat yang layak bagiNya seperti al-‘Ilmu (maha mengetahui), al-Qudrah (Maha berkuasa), al-Hikmah (maha bijaksana) dan semua sifat yang Dia (Allah) telah sifatkan diriNya di dalam kitabNya … (oleh itu) kita akan dapati Allah ta’ala telah mengarahkan hamba-hambanya dengan menyeru mereka untuk beri’tiqad kepada setiap dari tiga pembahagian ini dan beriman dengannya.” (al-Ibanah ‘an Syariah al-Firqah al-Najiah wa Mujabanah al-Firaq al-Mazmumah, Oleh Ibn Battah, hal. 693-694).

Perkataan Ibn Battah ini amat jelas menunjukkan pembahagian tauhid kepada tiga telah wujud dan diketahui oleh para ulama yang hidup sekitar dua ratus tahun sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah. Bahkan perkara yang lebih penting untuk diberi tumpuan di sini bahawa perbezaan di antara tauhid rububiyyah dan uluhiyyah telah disebut juga oleh para sahabat Nabi S.A.W. antara mereka:

Kedua: Firman Allah yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka tidaklah beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mensyirikkanNya.” (Yusuf: 106). Kata ‘Ikrimah R.A. (sahabat Nabi S.A.W.): “Kamu bertanya kepada mereka (orang-orang musyrik): Siapa yang menciptakan mereka? siapa yang mendiptakan langit dan bumi? Pasti mereka akan menjawab: Allah. Demikian itulah iman mereka kepada Allah (iman kepada rububiyyah Allah), sedangkan mereka menyembah selain daripada Allah (syirik dalam uluhiyyah Allah).”

Ketiga: Ibn ‘Abbas R.A. berkata: “diantara keimanan mereka (orang-orang musyrik), apabila ditanya kepada mereka: siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-ganang? Mereka akan menjawab: Allah. Sedangkan mereka mensyirikkan Allah (dalam uluhiyyahNya).”

Keempat: Qatadah R.H. berkata: “Iman mereka ini, sesungguhnya kamu tidak berjumpa dengan salah seorang daripada mereka, melainkan dia memberitahu kepada kamu bahawa Allah adalah tuhannya (rabb), Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya (rububiyyah), sedangkan dia melakukan syirik di dalam ibadah (uluhiyyah).”

Kelima: Mujahid R.H. (meninggal tahun 103 H) seorang Tabi’ie yang masyhur berkata: “Keimanan mereka dengan perkataan mereka: “Allah yang menciptakan kami, memberi rezeki dan mematikan kami.” Ini adalah keimanan (rububiyyah) mereka yang beserta kesyirikan di dalam ibadah (uluhiyyah) kepada selain Allah.” (Lihat tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tobari (meninggal 310H), surah Yusuf ayat 106)

Dirasakan bukti-bukti ini sahaja sudah cukup menunjukkan pembahagian tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah dan asma’ wa sifat bukan dimulakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. Sebaliknya ia telah diketahui di kalangan umat Islam yang awal bahkan di sisi para sahabat Nabi S.A.W.. Sebagai tambahan di bawah ini disebut beberapa rujukan lain dari para ulama secara ringkas:

1. Kitab al-Tauhid wa Ma’rifah Asma’ Allah azza wa jall wa sifatih ‘ala Ittifaq wa al-Tafarrud oleh al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah, Muhammad ibn Ishak ibn Yahya ibn Mundih yang meninggal pada tahun 395 Hijrah. (Jilid 1: halaman 61-116, jilid 2: halaman 14-208, jilid 3: halaman 7 hingga penghujung kitab )

2. Lihat juga perkataan al-Imam al-Qadhi Abi Yusuf Ya’qub ibn Ibrahim ibn Habib al-Kufi, murid dan sahabat kepada al-Imam Abu Hanifah (pemuka Mazhab Hanafi). Beliau meninggal pada tahun 182 Hijrah. Perkataannya telah dinukilkan oleh al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah, Muhammad ibn Ishak ibn Yahya ibn Mundih (meninggal tahun 395H) di dalam kitabnya al-Tauhid wa Ma’rifah Asma’ Allah azza wa jall wa sifatih ‘ala Ittifaq wa al-Tafarrud, jilid 3: halaman 304-306.

3. Kitab al-Fiqh al-Absat, oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Nu’man ibn Thabith yang meninggal pada tahun 150 Hijrah, halaman 51. Ketika beliau menyebut: “Dan Allah itu diseru dari atas bukan dari bawah (isyarat kepada tauhid al-Asma’ wa al-Sifat), kerana bawah bukan daripada al-Rububiyyah dan al-Uluhiyyah sesuatupun.”

Agama melarang taklid buta

Al-Quran dan al-Sunnah melarang kita tertaklid membuta tuli kepada sesiapapun melainkan kepada Nabi S.A.W., samada Ibn Taimiyyah atau sesiapa sahaja, pandangan mereka perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, diambil apa yang bertepatan dengan dua rujukan ini dan ditinggalkan yang lainnya. Untuk mengenal pasti pendapat yang lebih bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah, pemahaman para sahabat dan para ulama generasi awal islam perlu dirujuk. Maka individu-individu yang memakai gelaran agama seperti ustaz, panel penyelidik dan seumpamanya perlulah merajinkan diri mengkaji dan memahami setiap persoalan yang hendak dibicarakan, sebelum berani membuat sesuatu kesimpulan. Sikap malas dan ‘taklid buta’ perlu dijauhi, jika tidak, ada baiknya kita mendiamkan diri sahaja, agar kebodohan dan malas diri sendiri tidak diketahui ramai dan menyusahkan orang lain.

08 December 2009

Jangan Melampau Benci Wahabi, Nanti Memakan Diri - Maulana Asri

Assalamu'alaikum wbt.

Isu yang hangat digembar-gemburkan oleh media massa terutamanya berkaitan dengan isu wahhabi. Ada yang mengatakan wahhabi ini memecahbelahkan umat Islam di Malaysia. Sejauh manakah kebenarannya?

Untuk penjelasan lanjut, seorang tokoh yang tidak asing di bumi Serambi Mekah iaitu Maulana Asri Yusuf ada membuat penjelasan mengenai isu wahhabi di dalam video di bawah ini:

23 November 2009

Imam Al-Syafi'i Adalah Wahhabi?

Melihatkan kepada tajuk artikel ini pasti ramai yang terpinga-pinga bahkan mungkin ada yang mengurut-urut dada kerana sesak nafas seolah-olah satu malapetaka besar bakal menimpa umat Islam di Malaysia yang terkenal dengan kepatuhan mereka kepada mazhab Syafi’i. Namun janganlah runsing atau gundah-gulana kerana tajuk yang kelihatan seperti boleh menimbulkan kontroversi ini hanyalah bertujuan untuk membuka minda mereka yang keliru dengan isu Wahhabi yang dimainkan oleh beberapa tokoh di akhbar-akhbar tempatan beberapa minggu kebelakangan ini.

- Gambar Hiasan -

Sesetengah golongan yang menganggap diri mereka sebagai pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah bahkan penganut mazhab Syafi’i yang tulen amat menentang budaya talfiq atau mengikuti hukum tentang sesuatu perkara daripada pelbagai mazhab. Umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu diwajibkan untuk hanya berpegang kepada mazhab Syafi’i sahaja bagi kekal sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka yang mengamalkan talfiq maka tercemarlah pemikiran mereka dan jadilah mereka ini kelompok Wahhabi. Tetapi apa yang menghairankan adalah, Imam al-Syafi’i sendiri tidak pernah menyuruh sesiapapun untuk mengikuti pandangan beliau sepenuhnya. Bahkan Imam al-Syafi’i amat menganjurkan anak murid serta pengikutnya untuk menimbang pandangannya dengan al-Qur’an dan al-Sunnah sebelum menerimanya. Dalam erti kata lain amalan talfiq itu tidak pernah ditentang oleh Imam al-Syafi’i sendiri. Menurut Imam al-Syafi’i: “Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.” (Riwayat al-Harawi di dalam Dzamm al-Kalam, al-Khatib di dalam Ihtijaj bi al-Syafie, Ibn Asakir, al-Nawawi di dalam al-Majmu’, al-Fullani, Ibn al-Qayyim, Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dan Ibn Hibban di dalam sahihnya.) Beliau juga pernah berkata: "Apabila suatu masalah ada hadisnya yang sahih daripada Rasulullah s.a.w menurut kalangan ahli hadis tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya (meninggalkannya) sama ada ketika aku masih hidup atau selepas kematianku." (Riwayat Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah, al-Harawi, Ibn al-Qayyim di dalam al-I’lam dan al-Fullani) Namun apabila ada golongan di Malaysia yang mengikuti saranan Imam al-Syafi’i ini maka mereka dianggap telah menderhaka kepada Mazhab Syafi’i versi Malaysia yang dipandang paling tulen.

Melafazkan niat Usholli ketika mengerjakan solat fardu mahupun sunat merupakan ciri-ciri yang penting untuk menjamin seseorang itu sah bermazhab Syafi’i. Jika ada yang berpegang kepada pendapat tidak perlu berniat Usholli ketika solat maka tipislah harapannya untuk mendapat tauliah mengajar agama di sesetengah negeri. Anehnya jika kita buka kitab al-Umm maka tidak wujud satu batah barispun yang mengajar kita lafaz niat Usholli mahupun Nawaitu. Bagi Imam al-Syafi’i niat itu adalah perbuatan di dalam hati dan solat itu dimulakan dengan lafaz takbir. Di dalam al-Umm beliau berkata: “Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu sendiri dan takbirnya ialah Allahu Akbar.”

Jika selepas solat pula tidak diamalkan zikir beramai-ramai dengan suara yang kuat, pengamalnya berkemungkinan tinggi akan terus dicop sebagai pengikut ajaran Wahhabi yang dianggap oleh sesetengah pihak tidak termasuk dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita buka sekali lagi kitab al-Umm dan lihat apa yag diperkatakan oleh Imam al-Syafi’i tentang zikir lepas solat. Menurut beliau: “Saya (Imam al-Syafi'i) memandang baik bagi Imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir kecuali bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya. Allah Azza wa jalla telah berfirman: “... dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya...” (al-Israa' (17):110) Iaitu - Allah sahaja yang Maha Mengetahui ialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri. “ Imam al-Baihaqi seterusnya memperjelaskan mazhab al-Syafi’i dalam kitabnya Sunan al-Kubra: “Bahawa zikir dan doa sesudah solat harus diperlahankan (secara sirr) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dikuatkan (secara jahr) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doa itu haruslah diperlahankan (secara sirr semula – pen).” Sekian pandangan sebenar Imam al-Syafi’i tentang zikir selepas solat tetapi malangnya wujud sesetengah tokoh di Malaysia ini beranggapan mereka itu lebih Syafi’i daripada Imam al-Syafi’i itu sendiri.

Mengkritik amalan mengirim bacaan pahala kepada arwah seperti ritual tahlil ketika kenduri arwah atau membaca al-Qur’an di tepi kubur bukanlah satu tindakan yang bijak di Malaysia. Si pengkritik pasti akan dihambur dengan pelbagai kata-kata berbentuk celaan dan yang paling popular tentulah tuduhan sebagai Wahhabi. Imam al-Nawawi di dalam Syarah Muslim telah berkata: “Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya iaitu firman Allah: “…bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.” (Al-Najm (53) : 39) dan Sabda Nabi s.a.w.: “Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi) Namun kata-kata Imam al-Nawawi ini bagaikan tiada nilai bagi pembela-pembela mazhab Syafi’i di Malaysia.

Bagi mereka yang tidak mahu mengerjakan kenduri arwah bukan sahaja dinggap menderhaka kepada mazhab Syafi’i bahkan adakalanya mereka dicerca sebagai golongan bakhil. Beginilah sikap mereka yang mengaku sebagai pejuang mazhab Syafi’i di Malaysia, sudahlah keluarga arwah sedang bersedih dengan pemergian insan yang mereka sayangi, dipaksa pula keluarga arwah tersebut untuk menyediakan jamuan makan agar perut mereka dapat diisi. Adakah ini benar-benar pandangan mazhab Syafi’i? Di dalam kitab I’anatu al-Talibin ada disebut tentang isu kenduri arwah menurut mazhab al-Syafi’i: “Apa yang telah menjadi kebiasaan manusia menjemput orang menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si mati adalah bidaah yang dibenci, termasuklah di dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si mati kerana terdapat hadis sahih dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata: “Kami menganggap berkumpul beramai-ramai di rumah si mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan.” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah) Indahnya pandangan mazhab Syafi’i yang asal berbanding dengan pegangan mereka yang mengaku Syafi’i di Malaysia. Masyarakat sekeliling sepatutnya membantu dalam menggembirakan keluarga arwah dengan membawa makanan kepada mereka. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali di dalam al-Wajiz Fi Fiqhi al-Imam al-Syafi’i telah berkata: “Disukai membuat makanan untuk keluarga si mati.” Jangan pula selepas ini Imam al-Ghazali juga dikatakan Wahhabi.

Sekiranya ketika urusan pengkebumian jenazah tidak dilakukan amalan talqin, pasti ia akan menjadi topik bualan yang hangat di sesebuah kampung kerana ia dianggap telah mencemar tradisi orang Melayu yang berteraskan mazhab Syaf’i. Tapi hakikatnya amalan talqin ini tidak pernah tertulis di dalam mana-mana kitab Imam al-Syafi’i itu sendiri. Hanya sahaja ulama bermazhab syafi’i yang kemudian menganggap ianya sunat. Dr. Muhammad A.W. al-‘Aqil di dalam kitab Manhaj Aqidah Imam al-Syafi’i telah berkata: “Mengenai Talqin, yang popular di kalangan masyarakat yang dilakukan setelah penguburan mayat, di mana salah seorang berdiri di sampingnya untuk mengajari mayat dengan lafaz berikut: “Hai Fulan bin Fulan, ingatlah kalimah yang engkau pegang sampai masuk ke kubur, iaitu bersaksi bahawa tidak adal Illah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah…” dan seterusnya, atau lafaz lain yang semakna, maka kami tidak mendapatkan keterangan dari Imam al-Syafi’i tentang masalah ini. Kami hanya mendapatkannya dari ulamak mutaakhkhirin (yang datang kemudian) dari para pengikut mazhab Imam al-Syafi’i.”

Hiasan-hiasan dikuburan seperti binaan kubah terutamanya di kuburan mereka yang di anggap sebagai para wali atau peneraju sesebuah tarekat merupakan satu perkara yang terima sebagai baik bagi pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Suasana yang kondusif ini amat bersesuaian untuk mereka melakukan ibadah-ibadah tertentu di kawasan perkuburan tersebut. Yang menghairankan Imam al-Syafi’i sendiri tidak pernah menganjurkan ibadah-ibadah seperti tawassul, membaca al-Qur’an, tawaf atau menyembelih haiwan korban di kawasan perkuburan. Menurut Ibnu Taimiyyah r.h di dalam Iqtidhaa’ Shirathal Mustaqim: “Daripada al-Syafi’i sendiri tidak terdapat perkataan tentang masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahwa (baca al-Qur-an di perkuburan) menurut beliau adalah bidaah.” Tambahan pula Imam al-Syafi’i sendiri melarang dinaikkan sebarang binaan di atas kubur. Menurut beliau di dalam al-Umm: “Saya menyukai agar kuburan tidak dibangunkan dan tidak pula dikapur kerana perkara ini menyerupai hiasan dan kebanggaan sedangkan kuburan bukanlah perhiasan atau bangunan yang dibanggakan; dan saya tidak melihat kuburan golongan muhajirin dan ansar (iaitu para sahabat Nabi) yang dikapur.” Imam al-Nawawi r.h pula di dalam kitab Majmu’ menyatakan: “Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya mengatakan bahawa termasuk hal yang dibenci adalah menembok kuburan, menuliskan nama si mati atau yang lainnya dan juga membangunkan binaan di atasnya. Ini tiada perbezaan pendapat di kalangan kita. Dengan mazhab (pendapat) ini pula Malik, Ahmad, Daud dan majoriti ulama telah berfatwa.” Tetapi pandangan sebegini tidak boleh diajarkan kepada umat Islam di Malaysia kerana takut ia boleh mengelirukan orang awam walaupun tidak dapat dinafikan ia adalah pandangan Imam al-Syafi’i.

Memadailah dengan beberapa contoh di atas yang diketengahkan bukan bertujuan untuk mengeruhkan lagi suasana atau mengelirukan sesiapa. Tapi ia sekadar untuk mengingatkan kepada sesetengah pihak agar mengkaji terlebih dahulu perbezaan pendapat yang wujud di kalangan mazhab-mazhab dalam Islam sebelum menuduh seseorang itu terkeluar dari kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana tidak berpegang kepada mazhab Syafi’i. Walaupun seseorang itu pernah belajar dipondok mahupun lulusan dari Institut Pengajian Tinggi di Timur Tengah, ia tidak menjamin bahawa dia telah menguasai semua cabang ilmu. Qatadah pernah berkata: “Barangsiapa yang tidak mengenal ikhtilaf (perbezaan pendapat), maka dia belum mencium fikih (ilmu Fekah) dengan hidungnya.” Bila kefahaman tentang perbezaan pendapat yang ada dalam Islam ini tidak berada ditahap yang memuaskan, maka pandangan yang sebenarnya berasal daripada Imam al-Syafi’i turut dipolemikkan sebagai Wahhabi. Jangan nanti pandangan Imam al-Syafi’i terpaksa diketepikan demi untuk menjaga kesinambungan Mazhab Syafi’i versi Malaysia sebagai satu-satunya mazhab yang boleh diamalkan di negara ini.

Sebagai nasihat kepada semua hayatilah sebuah riwayat daripada ‘Uthman bin Atha’ daripada bapanya, dia berkata: “Tidak seharusnya seseorang berfatwa kepada manusia sebelum dia mengetahui ikhtilaf yang terjadi di kalangan manusia (ulama), kerana jika dia melakukan hal itu, boleh terjadi dia menolak ilmu yang sebenarnya lebih thiqah (terpercaya kebenarannya) dari ilmu yang dia yakini.” Berlapang dadalah dalam isu-isu yang terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber: Minda Akob

11 November 2009

Suka Duka Al-Imam Qardhawi Digelar Wahabi



Oleh : Yussamir Yusof

Meninjau kembali sejarah dan liku-liku perjuangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi, seseorang itu pasti akan menimba pelajaran yang sangat besar dari tokoh besar ini. Kehidupannya yang penuh dengan ilmu dan dakwah, membentuk diri beliau sebagai seorang sarjana dan ilmuan islam yang disegani pada zaman ini.

Ketika anak-anak murid beliau mengadakan seminar memperingati jasa dan ketokohan beliau serta menamakan beliau sebagai Al-Imam. Air mata beliau menitis deras membasahi janggutnya, kemudian tokoh besar ini berkata, “Sesungguhnya tidaklah layak aku memakai gelaran ini. Aku hanyalah seorang penuntut ilmu, dan akan terus menuntut ilmu hingga akhir hayatku.”

Kesarjanaan dan ketokohan beliau telah diakui oleh beratus malahan beribu ulama besar yang lain di seluruh dunia. Beliau yang sering dijoloki dengan gelaran Al-Imam Al-Wasatiyah (Imam yang bersederhana) bukan sahaja memberi pengaruh yang besar dalam dunia intelektual, malahan memberi sumbangan dalam dunia politik Islam.

Namun begitu, tokoh Ilmuan Islam ini semasa mudanya menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bukan sahaja dari luar malahan dari dalam pusat pengajiannya. Suatu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan pelbagai konterversi hanya kerana beliau menegur gurunya berkaitan dengan perkara khurafat yang berlaku di sekitar Mesir. Atas peristiwa ini, beliau digelar oleh gurunya dengan gelaran Wahabi!

Bukan setakat di bilik darjah, di tempat tinggalnya juga beliau terpaksa menangani kekecohan dari penduduk tempatan yang mendakwa beliau telah menghina para ulama kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza.

Dalam Mukadimah buku beliau Fatwa Mu’asarah, beliau menulis, “Pada mulanya saya menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai. Mereka tertanya-tanya: “Bagaimana pemuda ini berani berbeza pandangan dengan syeikh-syeikh besar? Bagaimana dia mengajar orang-orang bukan daripada kitab-kitab muktabar? Bagaimana dia boleh mengeluarkan pandangan-pandangan yang sebelum ini belum pernah kami dengar?” Saya menghadapi hal ini dengan penuh tabah sambil mempertahankan pandangan. Saya katakan kepada orang-orang yang tidak bersetuju: “Di antara saya dan kamu ialah al-Quran dan Sunnah. Oleh itu marilah kita kembali kepadanya.”

Prof Dr Yusuf al-Qadhawi mengharungi tuduhan dan fitnah ini dengan penuh takwa dan sabar. Kerana beliau sedar dan yakin bahawa hak sentiasa akan ditentang oleh kebatilan. Malahan al-Quran dan as-Sunnah telah menceritakan bagaimana sukarnya perjuangan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam menyebarkan risalah tauhid dan membersihkan kesyirikan manusia ketika itu. Kerana yakin dan tahu bahawa hanya kebenaran yang dibawa, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi tidak berganjak dengan prinsip dan seruan tajdidnya (pembaharuan) terhadap agama. Kesungguhan dan keyakinan beliau terhadap seruan kembali kepada al-Quran dan Sunnah (tajdid) atas prinsip dan kefahaman para sahabat dan tabien, telah memberi pengaruh yang besar dalam dunia Intelektual Islam.

Jika disoroti perjalanan dakwah dan kesarjanaan Al-Qardhawi, ia hanyalah kesinambungan dan kelansungan perjuangan Ulama-ulama besar sebelum beliau. Misalnya al-Imam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu al-Qayyim yang sinonim dengan gerakan Tajdidnya dan usaha mereka memerangi syirik dan bid’ah. Tuduhan dan fitnah yang sentiasa bermain di bibir masyarakat kepada al-Qardhawi masih wujud sehinggalah masa kini, setelah beliau dikenali sebagai Sarjana dan Ilmuan Islam besar. Istilah-istilah Wahabi masih lagi terus wujud dan diletakkan di bahu beliau. Malahan tuduhan bahawa beliau Muktazilah serta kafir turut berlegar di kalangan mereka yang membenci tokoh ini. Namun, beliau tidak pernah beranjak sedikit pun dari prinsip dan perjuangannya. Walau ditohmah dan dituduh dengan gelaran Wahabi dan sebagainya, beliau tidak pernah menganggapnya sebagai batu penghalang kepada seruannya kepada umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Menariknya apabila ditanya kepada beliau tentang Muhammad bin Abdul Wahab, seorang tokoh islam yang dituduh dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan tokoh ini dengan gelaran Wahabi. Al-Qardhawi menjawab dalam bukunya Feqh al-Awlawiyyat (Feqah keutamaan), “Perkara pokok dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arab ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mengamalkannya dalam rangka menghancurkan berbagai gejala kemusyrikan.” Justeru, jika ada tokoh atau Sarjana Islam yang membawa misi yang sama dan seruan yang sama maka bersiap-siaplah untuk mendapat gelaran Wahabi; yang anda sendiri tidak tahu menahu tentang terminologi ini. Kepada mereka yang suka bermudah-mudah dan ringan mulut memburukan dan membuat tuduhan di atas nama agama. Marilah kita muhasabah dan bersikap amanah dalam menyebarkan ilmu. Buangkan prasangka, sikap ujub serta tabiat melabel-labelkan orang, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap atas tiket agama. Firman Allah dalam surah al-Hujrat ayat 12, “hai orang-orang yang beriman. Jauhilah banyak bersangka-sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa” Dikuatkan lagi dengan pesanan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam, “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan” (Hadith direkodkan Imam Bukhari).

Maka beruntunglah mereka yang tetap di jalan kebenaran, dan jika anda berani untuk mengaku sebagai wahabi, hafallah dan telanlah ucapan HAMKA ini sebagai panduan apabila diasak dengan soalan, “Adakah anda Wahabi?.” “Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah dalam tulisannya terhadap Mufti Johor as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pada tahun 1958)

05 November 2009

Perihal Fenomena Wahabi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركة



Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi



Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi

Namun ...

Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku
dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi...


Info lanjut berkenaan isu hangat mengenai Wahabi boleh rujuk pada link blog yang disediakan ini. lobaitampin

Bebaskanlah minda dan pemikiran akal anda dengan daya pemikiran yang berbuka. Janganlah cop 'fahaman wahabi'dengan label yang ekstrem atau sebagainya. Tetapi hakimilah dengan adil berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadith.

03 November 2009

Buku Fahaman Wahabi Menular : Satu Analisis

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Baru-baru ini telah gempar sekali lagi isu lama yang lapuk di dalam negara iaitu isu wahabi dan ditambah dengan lebih tergempar apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah tertangkap oleh JAIS yang kononnya merupakan pengamal ajaran wahabi. Maka dengan membendung pemikiran yang 'tertutup' atau berpegang dengan satu pendapat sahaja, penulis ingin mempromosikan satu buku yang telah lama berada di pasaran yang menyanggah mengenai fahaman wahabi.

Elok dibaca untuk pengetahuan yang lebih meluas mengenai hal penting ini kerana ianya berkaitan dengan kredibiliti seseorang yang mengikuti fahaman ahli sunnah wal jamaah tetapi apabila fahamannya tidak selari dengan masyarakat mereka dituduh wahabi termasuk juga penulis. Selamat membeli dan membaca. Hanya RM12.00 sahaja.



Sinopsis:

"Fahaman Wahabi Menular" demikianlah tajuk utama akhbar Minggun Malaysia pada 27 November 2005.Dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa terdapat sebuah fahaman agama ynag berbeza dengan "sunah umat Islam negara ini sejak turun temurun" yang sedang merebah di kalangan cerdik pandai. Untuk menguatkan laporan tersebut, beberapa kenyataan daripada tokoh-tokoh agama tempatan telah dikemukakan.

Sejauh manakah kebenaran laporan atau dakwaan tersebut?

Buku ini menganalisa laporan tersebut, termasuk juga beberapa laporan yang menyusul dalam akhbar Utusan Malaysia selepas 27 November 2005 berkenaan subjek Wahabi. Berdasarkan analisa yang ilmiah lagi tajam, para pembaca sekalian akan dapat memahami apakah sebenarnya "Fahaman Wahabi" dan lebih penting, adakah ia selari atau bertentangan dengan al-Qur'an , al-sunnah dan Mazhab al-Syafi'e.

Tidak sekadar itu, para pembaca sekalian akan dapat juga memahami kenapa fahaman "Wahabi" mula mendapat tempat di kalangan cerdik pandai dan hanya ditentang oleh orang yang tidak cerdik pandai, sekalipun mereka yang menentang itu memiliki banyak gelaran keduniaan di sisi nama mereka.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More