Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

25 December 2008

Amalan Sunnah Dan Bidaah Pada Bulan Muharram

Assalamualaikum wbt...

Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat. Firman-Nya:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36
Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.


- Gambar Hiasan -

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:


إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ.

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662
Oleh itu hendaklah pada bulan Muharram yang mulia ini kita hindarkan diri dari melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. terutamanya ibadah puasa. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.

Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah al-Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1163.
Sabda baginda ‘Bulan Allah al-Muharram” menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharram ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharram ini. Namun ini tidak bermakna kita disyari’atkan untuk berpuasa sepanjang bulan Muharram ini kerana Rasulullah s.a.w. hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan sahaja. Aisyah r.a berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ.

Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1969.
Pada bulan Muharram ini juga terdapat hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari tentera Fir’aun.

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا.

Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Fir’aun. Maka sabda Nabi s.a.w.: “Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4680.
Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا.

Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. – Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 2047.
Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.

Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.

Adapun hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh golongan yang melakukan amalan tertentu sempena kedatangan tahun baru merupakan hadis-hadis lemah (dha’if) dan palsu (mawdhu’). Antara hadis-hadis tersebut adalah:

Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’at bahawa hadis ini palsu (maudhu’)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah palsu (mawdhu’) menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La’aali al-Mashnu’ah.

Setiap kali di ambang munculnya tahun hijrah yang baru seluruh media serta kebanyakan jabatan-jabatan atau majlis-majlis agama Islam di Malaysia menganjurkan untuk dibacakan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Masjid-masjid diseluruh tanah air juga mengadakan upacara-upacara khas untuk membaca doa-doa awal dan akhir tahun itu. Lafaz doa tersebut adalah sepeti berikut:

Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhainya dan Engkau memang tiada melupakannya (Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.

Doa ini hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu Asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan Dzulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Doa Awal Tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

Pada hakikatnya kedua-dua lafaz doa ini serta fadhilat yang ditetapkan itu tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis dan tidak ada juga hadis walaupun yang bertaraf lemah (dha’if) mahupun palsu (mawdhu’) yang mengkhabarkan tentangnya. Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimi r.h doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal daripada Nabi s.a.w. tidak juga berasal daripada para sahabat, tabi’in dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhu’at (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.

Tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana ia termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai (untuk membaca doa tersebut).

Hendaklah kita sentiasa berdoa memohon keampunan daripada Allah S.W.T., memohon perlindungan dari hasutan syaitan, memohon perlindungan dari mengerjakan perbuatan maksiat dan memohon agar kita sentiasa terbuka hati untuk mengerjakan amal-amal soleh. Menetapkan doa-doa tertentu, dibaca pada waktu tertentu dengan fadhilat-fadhilat yang tertentu tanpa perintah daripada Allah dan Rasul-Nya merupakan satu perbuatan mencipta hukum syarak yang baru dan perbuatan ini adalah diharamkan. Firman-Nya:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. – al-An’aam (6) : 153
Selanjutnya Allah S.W.T. menegaskan lagi hal ini melalui firman-Nya:

Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya-fitrah) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. – al-Rum (30) : 30
Maksud melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah dalam ayat di atas adalah mengubah agama Islam seperti menambah-nambah satu upacara ibadah yang tiada sandarannya dari al-Qur’an dan al-Sunnah iaitu dengan mengamalkan amalan bidaah seperti mengkhususkan amalan-amalan yang tertentu sempena kedatangan tahun baru hijrah. Adalah penting bagi kita untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara berkaitan dengan amal ibadah sebelum kita mengamalkannya. Ini adalah kerana setiap amal ibadah yang tidak didirikan atas dalil-dalil yang sah maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda Rasulullah:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718
Sekiranya sesuatu ibadah itu tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti ibadah tertentu sempena kedatangan bulan Muharram ini pada hakikatnya ia bukan sebahagian dari agama pada masa itu. Sekira ianya bukan sebahagian dari agama pada zaman Rasulullah s.a.w. maka sehingga kini ibadah itu juga dianggap tidak termasuk sebahagian dari Islam. Imam Malik r.h berkata:

Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:

Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu. - al-Maaidah (5) : 3
Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini. – Diriwayatkan oleh Imam al-Syathibi di dalam al-I’tishom, jilid 1, ms. 49.

Rujukan: Minda Akob

16 December 2008

Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan

Assalamualaikum wbt...

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata Rasulullah s.a.w:
“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).
Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.


- Gambar Hiasan-
Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara yang seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran itu dilacurkan untuk mendapatkan habuan atau keuntungan. Saya sendiri bertemu dengan ramai orang yang mempunyai kepentingan perniagaan yang meminta saya menggunakan nama dan pengaruh saya dalam bidang agama bagi melariskan bisnes mereka. Kata mereka ramai ustaz lain yang buat dan mereka mendapat faedah kewangan yang banyak.

Saya jawab kepada mereka, saya memang tidak berharta tetapi saya belum bersedia untung melelong agama. Nas-nas Allah dan rasulNya tidak patut diputarkan hanya untuk bergelar ‘hartawan’ di dunia yang sementara. Keadaan yang seperti ini juga menjadikan ramai mereka yang ikhlas menggeruni ‘politik kepartian’. Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan yang sangat berbeza.

Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti. Maka ramai di kalangan mereka yang bertukar-tukar cakap dan prinsipnya. Kesemuanya akan dijawab; “ini keputusan parti”.

Ertinya, menjadi pejuang kebenaran kerana Allah dan rasulNya, bukanlah kerja yang mudah. Allah menguji insan untuk insan membukti keikhlasan dirinya dalam membela ajaran tuhannya. Sehingga nyata siapa yang benar tujuan dan siapa pula yang berdusta atas dakwaannya.

Banyak rintangan dan halangan. Sebabnya, kebenaran itu tidak semestinya menjanjikan kemenangan di dunia yang fana ini. Entah berapa ramai para nabi dan pejuang yang dibunuh dan dibuang, hanya kerana kebenaran.

Jika Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran pun, bukanlah semesti setiap pejuang itu berpeluang untuk menyaksikannya. Para Nabi ada yang dibunuh tanpa sempat melihat hasil kemenangan perjuangan. Para pejuang juga demikian. Betapa ramai para pembela dan pejuang kebenaran yang disiksa mati, dibunuh tanpa alasan, dibuang tanpa simpati, dipenjara tanpa dosa dan disisih tanpa sebab.

Kebenaran akhirnya akan menang, apabila syarat dipenuhi, namun masanya tidak ketahui. Para sahabah yang gugur syahid dengan penuh trajis di peringkat Mekah seperti Yasir dan Sumayyah tidak sempat melihat kejayaan umat Islam memerintah Madinah dan menewaskan para pemimpin Quraish yang bongkak yang menyiksa mereka.

Para sahabat yang gugur dalam peperangan mempertahankan Madinah seperti Hamzah bin Abd al-Muttalib dan selainnya tidak sempat melihat kejayaan Nabi s.a.w dan umat Islam membuka Kota Mekah. Bahkan Nabi s.a.w pada hayat baginda, umat Islam belum lagi menguasai Empayar Rom dan Parsi.

Ramai pejuang terkorban ketika perit menggalas amanah perjuangan. Ramai yang pergi menemui Allah sebelum mata sempat melihat pejuangan kebenaran menjatuhkan pejuangan kebatilan. Namun para pejuang yang ikhlas itu redha kerana mereka tahu itulah harga kebenaran.

Mereka tidak berjuang untuk menang dalam bahasa yang biasa. Mereka berjuang kerana titah perintah Allah dan itulah kemenangan hakiki. Kemenangan dunia hanyalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang akan digunakan demi kepentingan menegakkan kebenaran.

Jika kemenangan dunia tidak disaksikan di hadapan mata, bukanlah bererti perjuangan kebenaran mesti ditinggalkan. Bayaran bagi pejuangan yang tulus itu adalah keredhaan Allah sekalipun tewas dan ditindas. Allah membeli perjuangan yang benar itu dengan syurga, bukan harta dunia.

Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah, ayat 111).

Sesiapa yang ingin berjuang menegakkan kebenaran, menyebarkan Islam yang tulen tanpa mengenal batasan kepentingan diri, puak, parti dan manusia keseluruhan perlulah nekad menggalas bebenan tersebut dengan penuh jujur. Ia adalah amanah. Membela dan menyokong kebenaran adalah tanggungjawab yang dipersoalkan Allah pada hari Kiamat kelak.

Namun ramai orang yang tersasar kerana merasakan tujuan mereka menyokong dan menyebarkan kebenaran adalah untuk mengecapi nikmat keuntungan dunia hasil dari kemenangan atau habuan yang bakal diperolehi. Maka bukan sedikit mereka yang bergelar pejuang Islam atau organisasi Islam yang telah mengubah halatuju dan prinsip apabila dirasakan buah yang hendak dipetik belum mahu masak.

Mengubah prinsip kebenaran kerana mengharapkan sokongan pihak lain amatlah buruk. Allah mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika menghadapi cabaran yang berbagai daripada para pembesar Quraish dengan firmanNya:
(maksudnya) “Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentu mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sedikit cenderung kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman kami”. (Surah al-Isra, ayat 73-75).

Atas hubungan jiwa dengan teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu di kala senang atau susah, di saat di julang atau dibuang, samada dikeji atau dipuji, samada dipuja atau dihina, samada ketika di atas atau ketika ditindas. Kalah atau menang adat perjuangan, namun kebenaran adalah kebenaran.

Allah memuji mereka yang ikhlas seperti ini dan tetap pendirian. Firman Allah: (maksudnya)
“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Maka, Islam adalah agama perjuangan. Kita menjadi lemah pada hari ini disebabkan hilangnya semangat dan nilai perjuangan dalam beragama. Seseorang muslim itu kelihatan hilang atau tiada langsung sifat kecemburuan atau semangat dalam mempertahan dan membela kebenaran.

Sesetengah pihak itu seakan menjadikan Islam sekadar untuk dikatakan dia mempunyai agama, atau membolehkan dia berinteraksi dengan masyarakat. Tidak pernah diambil pusing tentang apakah dasar dan prinsip Islam. Apatah lagi untuk membela dan mempertahankannya.

Ada pula kelompok yang dipengaruhi oleh pemikiran ‘kesufian’ yang melepasi batasan yang patut sehingga Islam mereka dimandulkan. Apa tidaknya, mereka menganggap cukuplah Islam itu hanya berzikir atau beribadat sendirian. Mereka tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada umat Islam dan nasib kepada kebenaran yang ditindas. Bahkan banyak ajaran kerohanian kesufian itu sendiri menyeleweng dari hakikat kebenaran.

Mereka ini hidup dalam kelompok zikir dan ‘cerita-cerita sakti’ mereka mengenai wali itu dan ini. Dihiasi agama mereka dengan hadis-hadis palsu yang memperuntukkan syurga dengan begitu murah. Amalan yang kecil diberikan pahala terlalu besar sehingga menafikan sifat Islam.

Ini seperti hadis-hadis palsu yang menyamakan amalan yang kecil dengan pahala para nabi, atau para syuhada. Inilah yang termuat dalam banyak buku-buku fadilat yang tidak berpegang kepada disiplin ilmu hadis.

Malangnya, buku-buku fadilat seperti ini menjadi kegemaran orang awam. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”. ( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah pula ketika memperkatakan mengenai sebab-sebab kemunculan hadis palsu:
“ (sebab yang ke enam) bertujuan untuk menggalak orang ramai membuat kebaikan. Antara yang melakukan perbuatan ini ialah golongan jahil ahli zuhud dan tasawwuf. Mereka membenarkan untuk diri mereka pendustaan ke atas Nabi di dalam tarhib (ancaman dosa) dan targhib (galakan ibadah). Mereka menyangka kesesatan itu suatu kebaikan, mereka adalah manusia yang paling bahaya” ( Abu Syahbah, Al-Wasit fi `Ulum Mustalah al-Hadith, m.s.332, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi)

Sehingga tenggelam mereka yang terpengaruh dengan unsur kerohanian seperti ini, lantas membelakang nas-nas Islam yang meletakkan tanggungjawab yang besar ke atas setiap muslim untuk membela agama Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)? (surah Ali ‘Imran ayat 142).

FirmanNya juga:
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir. (Surah al-Baqarah, ayat 214).
Barangkali ramai di kalangan umat Islam yang dimabukkan dengan anggapan bahawa beragama itu memadailah dengan mengamalkan beberapa amalan dan kemudian biarlah dunia ini apa pun akan berlaku. Tiada pembelaan untuk Islam, tiada pembelaan untuk kebenaran.

Lebih buruk lagi, sesetengah aliran kerohanian pula menjadi menjelma bagaikan ajaran kerahiban. Agamawan itu bagai pendeta yang bertapa tanpa mengambil berat tentang masyarakatnya. Inilah yang menyebabkan Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik ajaran tasawwuf yang menyimpang dari sifat asal Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kata al-Qaradawi:
“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad , atau wahdah al-wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid , zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Pemikiran yang seperti ini telah menghalang sifat perjuangan dan membela kebenaran yang hakiki.

Rujukan : DRMAZA

Selamat Di Atas Prinsip Salaf

Assalamualaikum wbt...

Definisi Salaf

As-Salaf secara bahasa atau etimologi, menurut pengarang kitab Lisanul ‘Arab adalah berasal dari kata salafa, yaslufu, sulufun, dan suluufan yang membawa maksud “taqaddama” (mendahului). Salaf adalah orang yang mendahuluimu, yang terdiri dari ibu bapamu dan keluargamu yang lebih dahulu atau yang lebih tua usianya dan lebih mulia darimu.


As-Salaf secara istilah atau terminologi adalah merujuk kepada generasi Sahabat, Tabi’in, Tabi’ut Tabi’in, dan sesiapa yang mengikuti mereka dalam kebaikan dan petunjuk. (Lihat: Sikap Ahlussunnah wal Jama’ah Terhadap Ahli Bid’ah Dan Pengikut Hawa Nafsu, oleh Syaikh Dr. Ibrahim Amir ar-Ruhaili, Terbitan Darul Falah, jil 1, m/s. 63)

Dengan ini, perkataan as-Salaf dinisbahkan kepada para imam mutaqaddimin (yang terdahulu) yang terdiri dari para ulama generasi pertama, kedua, dan ketiga yang diberkahi. Mereka adalah para Sahabat radhiyallahu ‘anhum, Tabi’in, dan Tabi’ut Tabi’in yang disebutkan di dalam banyak hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Lihat: Manhaj ‘Aqidah Imam asy-Syafi’i, oleh Syaikh Dr. Muhammad bin A. W. Al-‘Aqil, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i, m/s. 57)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya), “Sebaik-baik manusia adalah dari generasiku (para sahabat), kemudian dari generasi selepasnya (tabi’in), dan kemudian generasi selepasnya (tabi’ut tabi’in). Setelah itu datanglah kaum yang kesaksian salah seorang dari mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ahlus Sunnah Yang Sebenar Adalah Pengikut Salaf

Penisbahan nama Ahlus Sunnah wal Jama’ah bermula pada akhir zaman sahabat. Manakala sebahagian pandangan menyatakan bahawa ia bermula apabila timbulnya zaman fitnah di era kepimpinan Ali dan Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhuma. Iaitu di mana munculnya golongan ahli bid’ah dari kelompok Khawarij, Rafidhah (atau Syi’ah), Jahmiyah, Qadariyah, dan seumpamanya yang mana mereka dikenali dengan pelbagai perbuatan bid’ah dan penyimpangannya dalam menafsirkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Maka, atas sebab perselisihan yang melanda, para ulama pada masa tersebut serta selepasnya telah mengambil kata Ahlus Sunnah sebagai suatu bentuk penisbahan kepada golongan yang benar.

Ibnu Hazm rahimahullah menjelaskan bahawa, “Ahlus Sunnah yang dimaksudkan adalah golongan yang berada di atas kebenaran, manakala selain mereka adalah Ahli Bid’ah. mereka (Ahlus Sunnah) adalah para Sahabat radhiyallahu ‘anhum dan setiap orang yang berpegang kepada prinsip-prinsip mereka (dalam beragama) dari kalangan Tabi’in yang terpilih. Kemudian para ahli hadis dan golongan yang mengikuti mereka dari kalangan para fuqaha dari generasi ke generasi sehingga ke zaman kita ini. Juga golongan yang mengikuti mereka dari kelompok masyarakat awam di timur dan barat semoga rahmat Allah ke atas mereka.” (Lihat: Sikap Ahlussunnah wal Jama’ah Terhadap Ahli Bid’ah Dan Pengikut Hawa Nafsu, oleh Syaikh Dr. Ibrahim Amir ar-Ruhaili, Terbitan Darul Falah, jil 1, m/s. 32)

Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, katanya, “Mereka (Ahlus Sunnah) adalah orang-orang yang berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan kesepatan generasi terawal dari kalangan kaum Muhajirin, Anshar, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.” (Lihat: Sikap Ahlussunnah wal Jama’ah Terhadap Ahli Bid’ah Dan Pengikut Hawa Nafsu, oleh Syaikh Dr. Ibrahim Amir ar-Ruhaili, Terbitan Darul Falah, jil 1, m/s. 33)

Penisbahan kepada nama Ahlus Sunnah adalah berpandukan kepada hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri. Dan di antara nama-nama lain yang tsabit dari hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah seperti al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat), ath-Thaifah al-Manshurah (golongan yang mendapat pertolongan), dan as-Salaf itu sendiri. Perlu kita fahami bahawa dengan nama-nama yang masyhur ini bagi Ahlus Sunnah, tidaklah ia sekali-kali menafikan dari penisbahan asas kepada Islam, kerana nama-nama itu sendiri adalah merujuk kepada prinsip-prinsp Islam yang sebenar. (Lihat: Sikap Ahlussunnah wal Jama’ah Terhadap Ahli Bid’ah Dan Pengikut Hawa Nafsu, oleh Syaikh Dr. Ibrahim Amir ar-Ruhaili, Terbitan Darul Falah, jil 1, m/s. 41)

Pernisbahan nama ini bukanlah suatu ciptaan atau penisbahan yang diambil dari nama tokoh-tokoh tertentu seperti mana yang berlaku kepada kelompok Ahli Bid’ah dari golongan Jahmiyah yang mengambil sempena nama tokoh mereka al-Jahm bin Shafwan, az-Zaidiyah yang dinisbahkan kepada Zaid bin Ali, al-Kulabiyah kepada Abdullah bin Kullab, atau al-Asy’ariyah kepada Abu Hasan al-Asy’ari. Bukan juga diambil dari penzahiran perbuatan sesuatu kelompok itu terhadap bid’ahnya sebagaimana contohnya penisbahan nama ar-Rafidhah disebabkan mereka menolak kepimpinan Zaid bin Ali, al-Qadariyah kerana penyimpangan mereka dalam persoalan takdir, Murji’ah kerana menyatakan amal tiada kaitan dengan iman, dan Khawarij kerana mereka keluar dari kepimpinan khalifah Ali bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya), “Hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya walaupun sehingga menggigitnya dengan gigi geraham. Jauhilah kamu dari perkara-perkara yang baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

“Sesungguhnya Bani Isra’il telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di neraka kecuali satu golongan (yang selamat)”. Para sahabat bertanya: “Siapakah golongan (yang selamat) itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Mereka yang berjalan dengan jalan di mana aku dan para sahabatku ada di atasnya”.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Dalam riwayat yang lain (maksudnya): “Dan umatku ini akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya di neraka kecuali satu”. Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang keadaannya sentiasa berada di atas jalanku dan jalan para sahabatku”.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani)

Di sini menunjukkan bahawa prinsip kebenaran dalam beragama itu adalah berpandukan kepada prinsip para sahabat yang merupakan golongan Salaf (generasi awal). Iaitu dengan meneliti bagaimana mereka berpegang kepada Kitabullah (al-Qur’an) dan sunnah Rasul-Nya. Maka, begitu jugalah wajib untuk kita mengambil dan memahami al-Qur’an dan as-Sunnah iaitu berdasarkan kefahaman dan tafsiran generasi salaf yang terbaik iaitu para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang diredhai dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Menurut Imam Ahmad rahimahullah, “Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah menurut kami adalah berpegang teguh dengan prinsip yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah dan berqudwah (mengambil contoh) dari mereka.” (Ushul as-Sunnah, oleh Imam Ahmad, Tahqiq oleh Walid bin Muhammad Nubaih, Terbitan Pustaka Darul Ilmi, prinsip no. 1)

Memahami Agama Di Atas Prinsip Salaf

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Setiap umat Islam secara asasnya mereka sentiasa berpegang teguh dengan al-Qur’an dan as-Sunnah. Namun, kita tetap melihat bahawa ia terus menerus melahirkan pelbagai perbezaan dan perpecahan. Ini antara yang paling utama adalah kerana kaedah yang mereka pegang dalam mengambil dan memahami al-Qur’an dan as-Sunnah itu berbeza-beza, ada yang benar dan ada yang salah. Maka, untuk menghapuskan perbezaan tersebut, hanyalah dengan kembali merujuk kepada kefahaman (tafsiran) para salaf yang terdiri daripada golongan Sahabat radhiyallahu ‘anhum... Ini adalah kerana mereka (Sahabat radhiyallahu ‘anhum) telah menyaksikan (mengalami) sendiri turunnya al-Qur’an dan mengetahui (memahami) tafsiran yang sebenar secara langsung dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Lihat: Madarikun Nazhar fi as-Siyasah, oleh Syaikh Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi, Terbitan Pustaka Imam Bukhari, jil. 1, m/s. 13-14)

Dengan ini dapat kita fahami bahawa dalam prinsip beragama, adalah suatu yang wajib untuk kita mengambil dan memahaminya dengan berpandukan sebagaimana apa yang telah sedia difahami oleh para Salaf yang terbaik iaitu dari golongan manusia yang paling awal beriman (para sahabat) dan mereka yang mengikuti mereka dengan baik. Maka, prinsip-prinsip aqidah dan keimanan yang kita bina mestilah berpandukan kepada prinsip-prinsip keimanan yang mereka contohkan. Begitulah juga dengan kaedah-kaedah perlaksanaan amal-amal kita dalam beribadah di mana yang dinamakan sebagai amal yang soleh itu mestilah ada contohnya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpandukan kefahaman generasi salaf yang terbaik (yang soleh). Dengan itu, sekaligus kita menolak dan meninggalkan sebarang tafsiran yang menyimpang yang terbina selain dari kefahaman tersebut. Di mana kebanyakan hasil agama yang menyimpang itu sebenarnya adalah bermula dari kaedah penafsiran yang mengutamakan akal, mengikuti hawa nafsu, dan membelakangkan prinsip-prinsip para salaf.

Secara umumnya, kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip para salaf tersebut adalah dengan,

1 - Mengambil Zahir al-Qur’an dan as-Sunnah di dalam setiap persoalan aqidah. Iaitu dengan mendahulukan wahyu berbanding akal dan tidak meremehkan salah satu darinya sama ada daripada al-Qur’an atau pun as-Sunnah iaitu dengan meletakkan as-Sunnah seiring al-Qur’an.
2 - Menghormati ucapan para Sahabat radhiyallahu ‘anhum dengan mengambil kefahaman dan segala fakta yang datang dari mereka.
3 - Memelihara akal agar tidak membahaskan sesuatu yang diluar kemampuannya.
4 - Berwaspada terhadap segala bentuk perkara-perkara baru (bid’ah) yang muncul dalam prinsip-prinsip beragama.
5 - Memberi perhatian serta keutamaan kepada kesatuan kaum muslimin bagi tujuan menjauhi perpecahan. (Lihat: Manhaj ‘Aqidah Imam asy-Syafi’i, oleh Syaikh Dr. Muhammad bin A. W. Al-‘Aqil, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i, m/s. 58-76)

Rujukan: Nawawi

15 December 2008

Air Wuduk, Bersentuh Kulit, Taklid Mazhab & Talfiq Mazhab

Soal jawab fiqh ini berkisar mengenai persoalan berkaitan dengan dalil yang mengatakan bersentuhan kulit antara suami isteri tidak batal air wuduk, batalkah air wuduk jika bersentuhan kulit dan perbezaan pandangan mazhab. Terdapat persoalan yang lebih mendalam antaranya; bolehkah bertaklid, bertalfiq, apa itu ittiba', feqh muqaran dan praktik amali kita di Malaysia.



Soalan:
Assalamualaikum wbt

1. Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil-dalil atau yang seangkatan dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri tidak batal air sembahyang?

2. Rasulullah pernah mencium ‘Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau sembahyang tersentuh kaki ‘Aishah tetapi beliau terus beribadat. Apa komen Ustaz?

3. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

4. Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???

So, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ?? Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii ? Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?

Saya harap soalan saya ini tidak menganggu ketenteraman saudara. Saya dahului bantuan saudara dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wassalam
Jawapan:

Assalamualaikum,

JAWAB 1:-
Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempuan ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?
Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.
Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajnabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.
Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselisih pendapat? 
Ulamak Syafi’i berdalilkan, firman Allah Taala: “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)
Ada hadis lain riwayat al-Nasa’i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya: Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi’i dan hanafi.
(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)
JAWAB 2:-
Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi’i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha’if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).
Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi’i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk.
JAWAB 3:-
Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.
Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.
Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):
Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
Jawab: Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.
Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.
JAWAB 4:-
Perkara ini menyangkut masalah taklid dan talfiq. Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.
Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya.
Seperti seseorang itu mengkut pendapat Imam Syafi’I tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.

Apa hukum bertaklid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:
1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qath’I dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-ma’lum minad din bid-dharurah’. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.
Dalam masalah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.
2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang kita telah bincangkan di atas mengenai hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui – Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.
Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam Syafi’I, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.
Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.
Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).

Bertaklid kepada mazhab-mazhab
Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi’I, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafi’i.
Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi’I dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab Syafi’I, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.
Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi’I dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.

Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.

Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi’I dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.
Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.
Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.
Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua maslah yang berbeza – Wuduk dan sembahyang.
Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.
Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.
Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafi’i. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.
Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat Syafi’I telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.
2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Ittiba’
Ialah menerima pendapat orang lain dengan mengetahui sumber atau hujahnya. Ittiba’ adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.

Feqhul Muqaran
Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.
Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya. Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih). Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.
Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah seterusnya.
Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.
Banyak kebaikan dari feqh ini ialah:
1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.
2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab – Dapat bertolak ansur dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.

Bagaimana kita di Malaysia?
Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafi’i. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi’i. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam – Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.
Di Malaysia, menurut pendapat saya, yang terbaik ialah feqhul muqaran. Tetapi ia hendaklah dijalankan secara beransur-ansur tanpa kekerasan dan paksaan.
Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat Syafi’i, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.
Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab Syafi’I – jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka akan cela dan bid’ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi.

——————–
Soal: Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???

Jawab: Boleh. Lihat penjelasan di atas tadi.

Cuma, seperti yang saya katakan, bahawa kita masih dalam persekitaran `kuat Syafi’I’. Oleh itu hati-hati ketika beramal dengan mazhab lain terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan sebagai sesat.

Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka bisa menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat.

Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang lebih besar lagi, iaitu fitnah perpecahan. Sebab orang-orang sebelum kita telah melalui zaman berkenaan.

Kadangkala kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat sudah tentu tersentak dan pelik. Mereka akan berkata begitu dan begini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan menerima pendapat kita?

Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata: “Memang, orang yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan dimusuhi.” Padahal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat mereka agar memusuhi kita.

Sebagai contoh lain, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini Maliki. Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya “tidak najis ke?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah berapi-api dari al-Quran dan sunnah….

Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan yang mereka berfikiran terbuka dalam masalah mazhab.

Dan alhamdulillah, semakin ramai yang terbuka, terutamanya dengan adanya usaha-usaha dari pelbagai pihak termasuk dari aL-AHKAM sendiri.

——————————————————————————–

Soal: so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ??
Jawab: Boleh. Lihat penjelasan mengenai taklid, talfiq dan ittiba’.

Soal: Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii?
Jawab: Tidak. Lihat juga penjelasan yang sama di atas.

Soal: Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?
Jawab: Mereka berbeza hanya dari segi furuk sahaja tidak pada usul. Semua mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan hukum yang pertama. Dan al-Sunnah sebagai yang kedua. Dan dua perkara lagi yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan qiyas. Selepas itu, mereka berbeza. Berikut ini adalah sumber pengambilan hukum dari 4 mazhab:

Mazhab Hanafi:
1. Al-Quran
2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak.
3. Fatwa2 sahabat
4. Qiyas
5. Istihsan
6. Adat dan `uruf masyarakat

Mazhab Maliki:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)
4. Qiyas
5. Mashlahah mursalah / Ishtishab

Mazhab Syafi’I
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijma’
4. Qiyas
5. Istidlal

Mazhab Hanbali
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Fatwa-fatwa sahabat
4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah
5. Hadis Mursal dan Dha’if
6. Qiyas

Di atas adalah perbezaan pengambilan sumber hukum antara mazhab-mazhab. Perbezaan ini bukanlah pada dasarnya.

Dasar yang mereka sepakati adalah al-Quran dan Sunnah, sedangkan sumber-sumber lain tidak kira apa sekalipun, mestilah tidak lari dari prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh al-Quran.

Untuk rujukan lanjut, saya cadangkan agar saudara/ri merujuk buku-buku Usul fikah. Di sini saudara/ri akan didedahkan dengan pembahasan mengenainya dengan lebih luas lagi. Dan, buku-buku Usul Fikah sudah ada yang ditulis atau diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.

Perbezaan di dalam furu’ fikah… Terlalu banyak sekali. Antaranya ialah yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Namun ia hanyalah perbedaan dari sudut cabang sahaja bukan sudut dasar.

Sebagai contoh, ayat al-Quran: “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)

Dalam ayat ini, mana yang dasar dan mana yang furu’?

Dasarnya ialah -> Semua mazhab bersepakat mengatakan bahawa ayat di atas adalah mengenai menyentuh perempuan batal wudhuk.

Furu’nya ialah -> Sentuh yang bagaimana? Apakah maksud `sentuh’ itu jimak atau semata-mata sentuh atau sentuh dengan syahwat atau bagaimana? Mereka berbeda pendapat dalam menafsirkan masalah `sentuh’. Nanti dalam menafsirkan lafaz `sentuh’, mereka menggunakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Inilah juga yang dinamakan sebagai: Dalil qath’I sedangkan dilalahnya zhanni. Iaitu dalilnya qath’I sebab ia adalah ayat al-Quran. Satu dalil yang memang benar-benar kuat. 100% perlu diyakini. Sedangkan dilalahnya zhanni.

Dilalah ialah -> Ayat ini menunjukkan atas hukum apa? Atau apa yang ditunjuk oleh ayat ini? Atau ayat ini menunjukkan maksud apa? Zhanni kerana ia masih perlu dibahas dan diselidiki penafsirannya.

Perselisihan begini adalah lumrah dan mesti berlaku. Ia juga menunjukkan betapa luasnya feqh Islami. Betapa bijaksananya Allah Taala di dalam hukumNya. Betapa tidak terjangkaunya ilmu manusia terhadap apa yang Allah ada.

Itulah dia bukti keagungan al-Quran. Keindahan sastera al-Quran. Kerana al-Quran bukanlah suratkhabar atau majalah. Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim. Mukjizat yang terus hidup hingga ke hari ini. Kitab perundangan yang sesuai pada setiap zaman.

—————–
Akhirnya.. Sebagaimana biasa, kami menyeru agar jangan sampai berlaku pertelingkahan sesama kita hanya disebabkan masalah `sentuh perempuan: Batal wuduk atau tidak’.

Sebarkan…!

Rujukan:
Al-Quran

Tafsir al-Qurtubi
al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, Dr Muhamad Bakar Ismail
Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh – Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh al-Islami – Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh – Muhamad Abu Zahrah
Usul Feqh – Abdul Wahab Khalaf
Usul Feqh – Muhamad Khdari Bek
Subulus Salam – Al-Shon’ani

Sumber: SoalJawab

14 December 2008

Mengapa Utamakan Isu Kewangan?

Soalan

Ustaz,

Saya ada mendengar yang bahawa ust sangat banyak menekankan berkenaan riba dan kepentingan bank Islam, malah ust juga di katakan meminta agar isu ini diberikan perhatian besar di samping isu-isu Islam yang lain, bolehkah ust menjelaskan mengapa ust berpandangan demikian?

- Anti Riba -
- Gambar Hiasan -
JAWAPAN :

Terima kasih atas soalan ini. Benar, saya sememangnya berkempen agar umat Islam memerhatikan isu ini dengan lebih serius, tapi setakat ini, masih di peringkat yang mendukacitakan kerana terlalu ramai para ustaz dan ustazah serta ilmuan Islam agak kurang minat atau tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentangnya. Justeru, bidang ini seperti sunyi tanpa pejuang, sedangkan kesan dari elemen haram dari harta juga adalah amat besar bagi Islam. Menurut pengalaman saya ketika bertemu masyarakat di Malaysia dan Brunei. Terlalu ramai umat Islam yang amat selalu tidak mengambil berat akan isu ini, serta amat terperanjat dengan pendedahan yang dilakukan. Lalu bertimbun-timbunlah soalan yang menghujani saya sehingga tidak cukup tangan untuk menjawabnya.

Benar, saya amat kurang puas hati terhadap kesedaran masyarakat terhadap isu halal haram di dalam urusan kewangan dan perbankan. Perlu diingat, dalam Islam, kesedaran dengan membeli barangan yang bertanda halal sahaja, adalah sangat tidak mencukupi; ia tidak berguna jika barangan halal itu dibeli dengan duit yang haram, samada hasil riba, pelaburan yang haram atau harta curi, rasuah dan pecah amanah serta lain-lain.

Secara ringkas dan mudah, berikut adalah dalil-dalil yang menunjukkan betapa besarnya dosa riba. Ramai yang sering marah-marah dengan rasuah, kronisme, amalan bid'ah, tahlil, kenduri arwah, makanan tiada logo halal, makanan yang terdapat unsur bangkai dan babi dan lain-lain isu. BENAR, saya amat menyokong dan hargai sumbangan tidak ternilai mereka itu. Bagaimanapun, rasa terkilan apabila hampir tiada atau amat kurang perbincangan bersungguh dan jelas dari pelbagai pihak yang berkelayakan tadi dan ilmuan Islam lain khususnya bagi menerangkan dan menyelamatkan umat Islam dari ‘virus' Riba yang amat berbahaya dengan lebih luas dan serius.

Pandangan Islam Tentang Riba

Imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu', 9/391 )

Di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya menumpukan masa yang lebih bagi menyelematkan masyarakat Islam darinya.

a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ia berdasarkan Firman Allah SWT :

Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki' riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut ‘saki baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus.

Maaf saya katakan, saya kenal ramai rakan-rakan dari kalangan individu yang berpendidikan agama, pejuang sunnah yang tulen serta sentiasa menapis hadis-hadis dan riwayat, pejuang Islam yang ingin menegakkan sebuah Negara kebajikan Islam, pejuang sunnah yang kerap keluar berdakwah di jalan Allah beberapa hari dan bulan, pejuang keadilan bagi rakyat dan pelbagai pejuang lagi. Bagaimanapun, saya sedikit sedih kerana ada di kalangan mereka yang tidak endah terlibat dengan pinjaman kereta riba, rumah riba, kad kredit riba, simpanan wang riba, insuran riba, pinjaman pelajaban univeristinya juga Riba.

Malah yang lebih menyedihkan, terdapat juga yang menjadi peguam atau mempunyai firma guaman sendiri, lalu mendrafkan dokumen-dokumen undang-undang bagi produk-produk Riba di Bank konvensional dan pelabagai lagi. Bukankah Nabi SAW telah bersabda : "Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya" (Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah) ; Termasuk juga mereka yang dilaknati adalah mereka yang menjadi penjamin bagi setiap pinjaman riba ( yang termasuk dari kalangan saksi riba).

Saya sering terfikir, bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara Islam tulen dapat dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan dengan hidup dikelilingi ‘virus' Riba ini. Sedangkan zahir ayat di atas tadi membayangkan peperangan itu berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi setiap individu dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.
Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT" (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah Abu Hanifah rh pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan" (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :

Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364)
Berkata Imam Qatadah rh : " Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari, 3/72)

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Allah SWT berfirman :

Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )
Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma'rifat, Beirut, 1982 , 1/224). Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas'ud r.a :-

Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )
Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :

Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
c) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian lagi lantaran kejelasannya.
Nabi SAW bersabda :

Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
d) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )
Hadis ini bukanlah untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memfokuskan kepada besarnya dosa riba. Justeru, saya amat mengharapkan umat Islam membuka mata mereka kepada isu ini. Ramai juga bertanya saya tentang pelaburan FOREX melalui internet yang menawrakan pulangan sebanyak 100 % atau 200 %. Perlu saya diedahkan di sini, semuanya adalah Riba, dan FOREX ini tidak mematuhi disiplin pertukaran wang menurut Islam, maka Riba berlaku dengan amat serius. Sekali lagi, saya kerap dimaklumkan bahawa ramai umat Islam terlibat dalam pelaburan sepeti ini.

e) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Demikianlah dengan ringkas bagi saya menggambarkan betapa besarnya dosa yang terlibat dengan riba ini. Justeru, segeralah mempelajarinya apa itu riba dengan serta merta.

Boleh layari http://www.zaharuddin.net. bagi mendapatkan serba sedikit jawapannya.

Sekian

Kuala Lumpur

3 Ogos 2006

Rujukan: Zaharuddin.net

Sukarnya Istiqamah Mempertahankan Kebenaran

Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran. Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab:

“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).

Mengenal Salaf dan Salafi

Assalamualaikum wbt...

Para pembaca yang budiman semoga Allah menunjuki kita kepada kebenaran. Salaf dan salafi mungkin merupakan kata yang masih asing bagi sebagian orang atau kalau toh sudah dikenal namun masih banyak yang beranggapan bahwa istilah ini adalah sebutan bagi suatu kelompok baru dalam Islam. Lalu apa itu sebenarnya salaf? Dan apa itu salafi? Semoga tulisan berikut ini dapat memberikan jawapannya.
Pengertian Salaf

Salaf secara bahasa berarti orang yang terdahulu, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah yang artinya, “Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut). Dan Kami jadikan mereka sebagai SALAF dan contoh bagi orang-orang yang kemudian.” (QS. Az Zukhruf: 55-56), yakni kami menjadikan mereka sebagai SALAF -yaitu orang yang terdahulu- agar orang-orang sesudah mereka dapat mengambil pelajaran dari mereka (salaf). Oleh karena itu, Fairuz Abadi dalam Al Qomus Al Muhith mengatakan, “Salaf juga berarti orang-orang yang mendahului kamu dari nenek moyang dan orang-orang yang memiliki hubungan kekerabatan denganmu.” (Lihat Al Manhajus Salaf ‘inda Syaikh al-Albani, ‘Amr Abdul Mun’im Salim dan Al Wajiz fii Aqidah Salafish Sholih, Abdullah bin Abdul Hamid Al Atsary)

Kata ‘Salaf’ Tidaklah Asing di Kalangan Ulama

Mungkin banyak orang saat ini yang merasa asing dengan kata salaf, namun kata ini tidaklah asing di kalangan ulama. Imam Bukhari -ahli hadits terkemuka- menuturkan, “Rasyid bin Sa’ad mengatakan, ‘Dulu para SALAF menyukai kuda jantan, karena kuda seperti itu lebih tangkas dan lebih kuat’.” Kemudian Ibnu Hajar menjelaskan dalam Fathul Bari bahwa salaf tersebut adalah para sahabat dan orang setelah mereka.

Imam Nawawi -ulama besar madzhab Syafi’i- mengatakan dalam kitab beliau Al Adzkar, “Sangat bagus sekali doa para SALAF sebagaimana dikatakan Al Auza’i rahimahullah Ta’ala, ‘Orang-orang keluar untuk melaksanakan shalat istisqo’ (minta hujan), kemudian berdirilah Bilal bin Sa’ad, dia memuji Allah …’.” Salaf yang dimaksudkan oleh Al Auza’i di sini adalah Bilal bin Sa’ad, dan Bilal adalah seorang tabi’in. (Lihat Al Manhajus Salaf ‘inda Syaikh al-Albani)

Siapakah Salaf?

Salaf menurut para ulama adalah sahabat, tabi’in (orang-orang yang mengikuti sahabat) dan tabi’ut tabi’in (orang-orang yang mengikuti tabi’in). Tiga generasi awal inilah yang disebut dengan salafush sholih (orang-orang terdahulu yang sholih). Merekalah tiga generasi utama dan terbaik dari umat ini, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi sesudahnya kemudian generasi sesudahnya lagi.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim, Bukhari dan Tirmidzi). Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mempersaksikan ‘kebaikan’ tiga generasi awal umat ini yang menunjukkan akan keutamaan dan kemuliaan mereka, semangat mereka dalam melakukan kebaikan, luasnya ilmu mereka tentang syari’at Allah, semangat mereka berpegang teguh pada sunnah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam. (Lihat Al Wajiz fii Aqidah Salafish Sholih dan Mu’taqod Ahlis Sunnah wal Jama’ah, Dr. Muhammad Kholifah At Tamimi)

Wajib Mengikuti Jalan Salafush Sholih

Setelah kita mengetahui bahwa salaf adalah generasi terbaik umat ini, maka apakah kita wajib mengikuti jalan hidup salaf?

Allah telah meridhai secara mutlak para salaf dari kaum muhajirin dan anshor serta kepada orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah ta’ala berfirman yang artinya, “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (QS. At-Taubah: 100). Untuk mendapatkan keridhaan yang mutlak ini, tidak ada jalan lain kecuali dengan mengikuti salafush sholih.

Allah juga memberi ancaman bagi siapa yang mengikuti jalan selain orang mukmin. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (QS. An-Nisa: 115). Yang dimaksudkan dengan orang-orang mukmin ketika ayat ini turun adalah para sahabat (para salaf). Barangsiapa yang menyelisihi jalan mereka akan terancam kesesatan dan jahannam. Oleh karena itu, mengikuti jalan salaf adalah wajib.

Menyandarkan Diri Pada Salafush Sholih

Setelah kita mengetahui bahwa mengikuti jalan hidup salafush sholih adalah wajib, maka bolehkan kita menyandarkan diri pada salaf sehingga disebut salafi (pengikut salaf)? Tidakkah ini termasuk golongan/kelompok baru dalam Islam?

Jawabannya kami ringkas sebagai berikut:

[1] Istilah salaf bukanlah suatu yang asing di kalangan para ulama,
[2] Keengganan untuk menyandarkan diri pada salaf berarti berlepas diri dari Islam yang benar yang dianut oleh salafush sholih,
[3] Kenapa penyandaran kepada berbagai madzhab/paham dan pribadi tertentu seperti Syafi’i (pengikut Imam Syafi’i) dan Asy’ari (pengikut Abul Hasan Al Asy’ari) tidak dipersoalkan?! Padahal itu adalah penyandaran kepada orang yang tidak luput dari kesalahan dan dosa!!
[4] Salafi adalah penyandaran kepada kema’shuman secara umum (keterbebasan dari kesalahan) sehingga memuliakan seseorang,
[5] Penyandaran kepada salaf bertujuan untuk membedakan dengan kelompok lainnya yang semuanya mengaku bersandar pada Al Qur’an dan As Sunnah, namun tidak mau beragama (bermanhaj) seperti salafush sholih yaitu para sahabat dan pengikutnya.
(Lihat Al Manhajus Salafi ‘inda Syaikh al-Albani).

Kesimpulannya sebagaimana dikatakan Syaikh Salim Al Hilali, “Penamaan salafi adalah bentuk penyandaran kepada salaf. Penyandaran seperti ini adalah penyandaran yang terpuji dan cara beragama (bermanhaj) yang tepat. Dan bukan penyandaran yang diada-adakan sebagai madzhab baru.” (Limadza Ikhtartu Al Manhaj As Salaf)

Solusi Perpecahan Umat

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan solusi mengenai perpecahan umat Islam saat ini untuk berpegang teguh pada sunnah Nabi dan sunnah khulafa’ur rasyidin -yang merupakan salaf umat ini-. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Dan sesungguhnya orang yang hidup di antara kalian akan melihat perselisihan yang banyak, maka berpegang teguhlah kalian terhadap sunnahku dan sunnah khulafa’rosyidin yang mendapat petunjuk. Maka berpegang teguh dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham.” (Hasan Shohih, HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Jalan Salaf Adalah Jalan yang Selamat

Orang yang mengikuti jalan hidup Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sahabatnya (salafush sholih) inilah yang selamat dari neraka. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan; satu golongan masuk surga, 70 golongan masuk neraka. Nashrani terpecah menjadi 72 golongan; satu golongan masuk surga, 71 golongan masuk neraka. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, umatku akan terpecah menjadi 73 golongan; satu golongan masuk surga dan 72 golongan masuk neraka. Ada sahabat yang bertanya,’Wahai Rasulullah! Siapa mereka yang masuk surga itu?’ Beliau menjawab, ‘Mereka adalah Al-Jama’ah‘.” (HR. Ibnu Majah, Abu Daud, dishahihkan Syaikh Al Albani). Dalam riwayat lain para sahabat bertanya,’Siapakah mereka wahai Rasulullah?‘ Beliau menjawab,‘Orang yang mengikuti jalan hidupku dan para sahabatku.‘ (HR. Tirmidzi)

Sebagai nasihat terakhir, ‘Ingatlah, kata salafi -yaitu pengikut salafush sholih- bukanlah sekedar pengakuan (kleim) semata, tetapi harus dibuktikan dengan beraqidah, berakhlak, beragama (bermanhaj), dan beribadah sebagaimana yang dilakukan salafush sholih.’

Ya Allah, tunjukilah kami pada kebenaran dengan izin-Mu dari jalan-jalan yang menyimpang dan teguhkan kami di atasnya. Alhamdulillahillazi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Rujukan: Al-Fikrah.net

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More