12 August 2010

Hadith PALSU tentang Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan...

Assalamu'alaikum wbt.

Hadis yang disebarkan berbunyi begini: Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: - Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); - Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; - Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. " Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat .

*****Hadis ini telah DIPALSUKAN buktinya diterangkan dibawah*****

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين

Maksud hadis: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)] Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama:

Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka. [ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]

Dalil Kedua:

Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta. [ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]

Kredit to: Masri via AFN

------------------------------------------------

Sebarkan kepada rakan-rakan supaya tidak menyebarkan hadith-hadith palsu berkenaan dengan bulan Ramadhan. Kerana Nabi SAW bersabda:

ان كذبا علي ليس ككذب أحد من كذب علي متعمدا فليتبوأ مفعده من النار

Maksud: Sesungguhnya berdusta ke atasku bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka. (Riwayat al-Bukhari dalam kitab Janaiz dan Mukaddimah Sahih Muslim)

Wallahu'alam.

4 Teguran:

terima kasih krn bkongsi hadisnya,

nk tye.. hadis yg fadhilat malam2 tarawikh 2.. hadis sahih ke??

Dah ada entri mengenai fadhilat terawih. Kesemuanya tidak ada satu pun yang sahih bahkan ianya palsu. Boleh semak di:

http://tajdid-dakwah.blogspot.com/2010/08/hadith-palsu-kelebihan-tarawih.html

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More