21 July 2010

Soalan: Tentang Kod 19




SOALAN:
Apakah pandangan Islam tentang Kod 19 yang dipopularkan oleh Dr Rashad Khalifa? SURIA
JAWAPAN:
drdanialdipwtcKod 19 diasaskan oleh Dr Rashad Khalifa. Beliau berbangsa Arab dan mempunyai kepakaran dalam bidang biokimia. Pada tahun 1959 Rashad Khalifa berhijrah ke Amerika dan menetap di Tucson. Beliau menganggap Kod 19 sebagai satu rahsia yang menunjukkan al-Quran adalah mukjizat. Sebenarnya Kod 19 adalah satu kod yang menyesatkan.


Asas kepada kenyataan Rashad Khalifa ialah firman yang terdapat dalam surah Muddatthir yang bermaksud, "Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus-menerus membakar kulit manusia. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)." (Ayat 27-30). Ayat 30 yang mengatakan "pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas" melahirkan kod 19. Melalui kod 19, bilangan surah, susunan ayat, sistem pengulangan ayat dan sebagainya dapat dibahagikan dengan nombor 19. Maka lahirlah kenyataan seperti:

  • Bismillahirrahmanirrahim terdiri daripada 19 huruf.
  • Bilangan surah di dalam al-Quran ialah 19 x 6 = 114.
  • Perkataan ISM berulang 19 kali.
  • Kalimah Allah berulang sebanyak 19 x 142 = 2698 kali.
  • Kedudukan surah pertama iaitu al-Alaq (Iqra') ialah pada 19 surah terakhir.
  • Perkataan al-Rahman di dalam al-Quran berulang 19 x 3 = 57 kali, dan sebagainya.


Untuk membuktikan kebenarannya Dr Rashad Khalifa menghasilkan sebilangan Rashad Khalifa pengasas kod 19buku menghuraikan kod-kod tersebut, antaranya, Miracle Of The Quran: Significance of the Mysterious Alphabets (Islamic Productions, St. Louis, Missouri, 1973), The Computer Speaks: God's Message to the World (Renaissance Productions, Tucson, Arizona, 1981), Quran: The Final Scripture (Islamic Productions, Tucson, Arizona, 1981) dan Quran: Visual Presentation Of The Miracle (1982).
Kod 19 ialah satu kod yang sesat. Yang paling menyesatkan tentangnya ialah, dalam proses melahirkan kod ini, Rashad Khalifa telah menolak dua ayat Quran dan mengatakan ia bukannya ayat Allah. Ayat-ayat itu ialah ayat 128 dan 129 dari surah at-Taubah. Penolakan sesuatu ayat Quran amat menyesatkan.
Tambahan daripada itu, dengan menggunakan kod 19, pengikut-pengikut Rashad Khalifa menentukan tahun akan berlakunya hari Kiamat. Kassim Ahmad dalam ‘Hadis Jawapan Kepada Pengkritik' di halaman 59, berkata, "Ini bermakna Quran sendiri mengesahkan tarikh tamatnya dunia dan kiamat. Oleh yang demikian, dunia ini akan berakhir 309 tahun Hijrah dari 1400 atau 300 tahun Masihi dari 1980 pada 1710 T.H. bersamaan dengan 2280 T.M."
Sedangkan dalam surah al-Ahzab ayat 63 Allah berfirman, "Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi".
Berhubung isu ini, saya ingin paparkan jawapan Dr. Muzammil H. Siddiqui (ketika itu Presiden Islamic Society of North America) di Islam Online pada tanggal 12 September 2002. Beliau berkata, "Number 19 has no Islamic significance. In the Qur'an in surat al-Muddathir (74:30), Allah (SWT) has mentioned that he has appointed 19 angels on the hellfire and then in ayat 31, Allah says, ‘We made their number to be a stumbling block for those who disbelieve.' There is no reference on the Qur'an that number 19 is the number for which the Qur'an is established. There were some esoteric (batiniyyah) groups during the Abbasid period who speculated about this number. In our modern times, the baha'is consider it a sacred number. A person by the name of Rashad Khalifah also wrote on this subject and tried to prove that this is a mysterious code number for the Qur'an, but some Muslim scholars have refuted his theory. Our good brother Bilal Phillips wrote a book called ‘Number 19: A Reality or a Hoax.' In this book, he has exposed the absurdity of Rashad Khalifah's thesis. Rashad Khalifah himself later claimed himself to be a messenger of God and made many more absurd claims. May Allah save us from absurdities".
Kesimpulannya, Dr Muzammil H. Siddiqui mengatakan, "Nombor 19 tidak signifikan dalam Islam. Nombor 19 yang terdapat dalam ayat 30 surah Muddatthir hanya menjelaskan tentang jumlah malaikat yang ditugaskan untuk menjaga neraka. Namun terdapat golongan Batiniah di era Abbasiah yang cuba membuat spekulasi berbentuk keagamaan berhubung ayat ini. Di era moden golongan Bahai menganggap nombor ini sebagai satu nombor suci. Sebenarnya Dr. Bilal Phillips dalam bukunya ‘Number 19: A Reality or a Hoax.' membuktikan kepalsuan dakwaan tentang Kod 19 ini. Dr. Rashad Khalifa kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai nabi".
Sebenarnya pembuktian tentang mukjizat al-Quran boleh dilakukan melalui pendekatan saintifik yang lain secara yang lebih mantap. Kod 19 melahirkan kecelaruan dan kesesatan.
Disusun untuk mindasuper.com oleh Dr Danial Zainal Abidin

0 Teguran:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More