21 July 2010

Bukti Allah Beristiwa’ di atas Arasy Berdasarkan Dalil Al-Quran

Sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Kuasa. Maka, sebagai Tuhan Sang Pencipta, sangatlah bercanggah dengan logik akal mengatakan bahawa Allah tiada tempat, Allah ada di mana-mana.

Bayangkan suatu analogi seperti contoh yang diberikan.

Seorang pencipta jam yang pakar telah mencipta ribuan jam. Maka, adakah sebagai pencipta jam yang pakar tiada tempat khas baginya? Sedangkan pemakai-pemakai jam ada tempat mereka sendiri. Justeru, pencipta jam yang pakar juga harus mempunyai tempatnya khas dan teristimewa. Tujuannya ialah supaya beliau dapat mengaplikasikan kepakarannya dalam membuat jam yang terbaik di antara kepelbagaian reka bentuk jam.


Isu yang sama kembali kepada Dzat Allah SWT. Allah SWT Maha Kuasa mencipta kepelbagaian makhluk dan alam. Makhluk dan alam ada tempatnya. Mengapa pula Allah SWT tidak mempunyai tempat yang khas dan agung bagi-Nya sedangkan Dia Maha Mencipta. Oleh itu, anda sendiri menilainya.

Di bawah merupakan dalil-dalil daripada al-Quran mengenai Allah mempunyai tempat yang khas bagi-Nya iaitu Arasy.
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلاَّ مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ
Surah Yunus: Ayat 3

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي ِلأَجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
Surah Ar-Ra’ad: Ayat 2

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.

الرَّحْمَانُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Surah Taha: Ayat 5

(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy.

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَانُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
Surah Al-Furqan: Ayat 59

Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy , (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad).

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ شَفِيعٍ أَفَلاَ تَتَذَكَّرُونَ
Surah As-Sajdah: Ayat 4

Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy . Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at . Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنْ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Surah Al-Hadid: Ayat 4

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari; Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy . Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya . Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ
Surah Fussilat: Ayat 11

Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Surah Al-Baqarah: Ayat 29

Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.


Ulasan:

Di sini menunjukkan bahawa Al-Quran telah memberitahu tentang sifat-sifat Allah terhadap perkara istiwa' dan 'Arasy. Dan memang terbukti di dalam Al-Quran, apabila Allah hendak menunjukkan kehebatan Kuasa-Nya, Allah akan menunjukkan kebesaran sifat-Nya yang tiada tolok banding dengan makhluk-Nya. Cuma, sifat-sifat Allah tidak boleh dinilai bagaimana oleh makhluk-Nya kerana Allah telah menciptakan pemikiran akal makhluk-Nya dengan pemikiran yang terbatas dalam mengetahui sifat-sifat Allah dengan lebih mendalam.

Makhluk hanya mengetahui secara zahir sahaja tentang sifat-sifat Allah tetapi selebihnya bukan untuk mereka hendak mengetahuinya. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Asy-Syura ayat 11:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Allah mempunyai sifat-sifat-Nya sebagai pencipta tidak menyamai satu pun dengan makhluk. Sebagai contoh, muka manusia dengan muka itik, adakah sama? Tidak. Makhluk sama makhluk pun jauh berbeza apatah lagi sifat Allah dengan sifat makhluk. Maka, apa yang telah tercatit di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang sifat-sifat Allah terima sahaja secara zahir tanpa membayangi dengan mendalam kerana ianya di luar tahap pemikiran kita. Kerana ianya juga adalah salah satu aspek penting di dalam aqidah Islam yang sahih di dalam mengenali Allah SWT.


Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
21 Julai 2010/9 Syaaban 1431H

0 Teguran:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More