18 July 2010

Sedikit Ulasan Mengenai Forum: ESQ Satu Penjelasan

Assalamualaikum wbt.


Pada 17 Julai 2010 bertempat di Yayasan Ta'lim, Taman Tun Dr. Ismail, aku telah berkesempatan untuk menghadiri ke satu forum penjelasan mengenai program ESQ yang tergempar dengan pengharamannya oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Forum ini dilakukan atas sebab rentetan daripada mengapakah ianya diharamkan dan apakah sebab-musabab yang pada peringkat tunjang atau dasar yang menyebabkan ESQ ini diharamkan.

Forum dihadiri oleh panel-panel yang mempunyai lulusan akademik yang bukan sebarangan. Dan hujjah mereka di dalam forum tersebut adalah bersifat hujjah ilmiah yang berakademik bukan bersifat emosi semata. Antara panel-panel tersebut adalah:

1) Profesor Madya Dr. Faudzininaim Hj. Badarudin

Pensyarah Jab. Aqidah & Falsafah UKM
Panel Pemantau Luar, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' WP

2) Ustaz Adli Mat Saad

BA Pengajian Islam, Universiti Al-Iman, Sana'a, Yaman
Eksekutif Dakwah & Kurikulum Yayasan Ta'lim

3) Ustaz Ariffin Ismail

BA Usuluddin, Institut Darussalam, Indonesia
BA Akidah dan Falsafah Islam, Universiti Darul Ulum Kaherah
M.A Islamic Studies (Islamic Studies), Institute of Oriental Studies Lahore
M.A Islamic Studies (Philosophy), Institute of Oriental Studies Lahore
M.A Islamic Studies (Arabic), Institute of Oriental Studies Lahore
Calon PhD. Universiti Malaya
Pendakwah Bebas

Oleh itu, di bawah ini aku menulis sedikit ulasan aku yang boleh aku kongsikan terhadap apa yang aku fahami mengenainya:

1. ESQ terdapat unsur yang menyeleweng kerana spiritual dahulu kemudian baru agama. Ini bermakna spiritual berada di atas sedang agama berada di bawah.

2. Terdapat kekeliruan terhadap konsep God Spot dan Fitrah (istilah God Spot diubah kepada Fitrah setelah ditanya kenapa dan mengapa dalam beberapa kali).

3. Menyatakan bahawa Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad memberi pedoman untuk umatnya bukannya melalui wahyu tetapi melalui pencarian/pengalaman dan spiritual itu sendiri.

4. Menyatakan juga bahawa suara hati itu merupakan suara Tuhan. Jadi, bagaimana itu? Ada dalam satu petikan buku ESQ mengatakan bahawa suara hati itu mengambil hati Tuhan..Wallahu'alam.

5. Ada hubung kaitnya dan persamaannya dengan pemikiran Theosophy (Yahudi + Hindu).

6. Mengapa ESQ Way 165? Kata Ustaz Ariffin ada kaitan Way 165 = Way 12 (setelah 1+6+5) itu dengan Kabbalah yang mana ada konsep 12 Way yang digunapakai oleh pemikiran liberal Yahudi.

7. Dasar ESQ ada bercanggah dengan aqidah kerana menggunakan Al-Quran dan hadis ikut suka hati (tafsir bebas). Ianya dinamakan dengan teori heraminatic.

8. Konsep ESQ perlu diubah kepada SIEQ barulah tepat menurut Al-Quran dan As-Sunnah kerana SIEQ = Spiritual Intelligent Emotional Quotient. Menggunakan kepakaran akal fikiran (turut sekali nilai keagamaan) mengatasi emosi adalah lebih baik daripada ESQ kerana ESQ mengutamakan emosi dahulu berbanding spiritual.

9. Buku ESQ tersebut ada unsur yang ketidakpastian terhadap siapa menulis kerana gaya penulisan ada sama dan ada yang tak sama dari manhaj penulisan keseluruhan. Dan kebanyakannya adalah manhaj kopi pasta.

10. Ada program alumni, selepas kononnya mengingati Allah, program itu rosak kerana adanya unsur zikir berjoget dan tarian yang mana bersama lelaki dan wanita.

11. Terdapat unsur sufisme yang sesat di mana 'Suara Hati' mempunyai persamaan dengan konsep 'Wahdatul Wujud' yang menjadi antara pegangan aliran tarekat sufi jenis yang sesat.

12. Zikir munajat sering dilakukan di dalam program mereka di waktu gelap dan bercanggah dengan ajaran Islam di mana zikir munajat diucapkan oleh seorang muslim dan ianya memerlukan kekhusyukan yang lahir pada diri sendiri bukannya secara berjamaah (beramai-ramai).


Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
18 Julai 2010/6 Syaaban 1431H

9 Teguran:

point no 11.. seperti yg dijangka... huhuhu... patut ku pernah terkeliru...

Salam tuan Ikmal,
Saya alumni ESQ yang memberi penjelasan dari sudut pandang seorang alumni pada hari tsbt. Sila hubungi saya di 0122045820 untuk mendapat maklumat tepat.
Kerana apa yg tuan sebarkan adalah fitnah belaka sedangkan tuan tidak pernah hadir. Istighfar kita semua.

Cuba bagitahu fitnah pada bahagian mana? Padahal ulasan tersebut adalah rentetan apa yang disebutkan oleh panel-panel dan mereka tidak akan senang mengeluarkan kenyataan daripada mulut mereka tanpa kajian yang detil dengan lebih mendalam.

Atau anda belum membaca kenyataan daripada pakar-pakar dalam bidang agama yang telah mengikuti kursus ini dan kenyataan mereka jelas menunjukkan bahawa ESQ bercanggah dari sudut aqidah Islam yang sahih.

1- Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

(http://www.zaharuddin.net/content/view/828/95/)(http://www.zaharuddin.net/content/view/941/72/)

2- Ustaz Emran Ahmad

(http://ustaz.blogspot.com/2009/05/saya-tidak-menyukai-esq-165.html)

3- Ustaz Aizam Mas'ud

(http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/07/komen-peribadi-tentang-fatwa-esq-mufti.html)

Sebagaimana ada ustaz yg mengatakan hal ini salah, begitu juga ada yg mengatakan hal ini baik. Tuan ada fikiran, baik datang dan nilai sendiri... apakah nanti di akhirat, tuan nak bersandar dengan komen ustaz aizam, ustaz emran dan ustaz zaharuddin? kalau ustaz pergi sendiri, lepas tu kutuk esq, baru puas hati dari keyakinan sendiri bukan taklik!

Kerana komen mereka adalah bersandarkan nas yang sahih iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Di alam kubur, ada ke ditanya mengenai ESQ? Yang ditanya adalah tentang amalan kamu, adakah ianya mengikuti syarat amalan yang sah menurut Al-Quran dan As-Sunnah? Kerana syarat amalan sah WAJIB mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah menurut kefahaman para sahabat dan ulama' salafussoleh yang mana ianya merupakan sebaik sumber dan petunjuk agar tidak berada di dalam kesesatan.

Pak Sheikh fahmi- Saya juga alumni ESQ..saya sendiri pernah mengikuti kursus ini. Tapi soal haram dan halalnya sy tidak berani mentafsirkannya kerana sy manusia yg lemah. Tapi sy suka utk mencari kebenaran daripada ustaz2 yg mampu membentangkan dgn bukti2 dan nas2 yg sahih. Jadi, tidak perlu terlalu taksub dgn sesuatu perkara...kalau kita tanyakan pada pihak ESQ sendiri,sudah pasti ianya akan bermati2an utk pertahankan prinsip ajarannya...buka kan hati utk menerima kebenaran yg ada..

Assalamu'alaikum tuan Arielasso,

(maaf komen terlewat)

"Taksub" perkataan yang cliche... dan digunakan untuk memperkecilkan orang lain disebabkan buruk bunyinya.

Namun, saya perhati orang bubuh gambar TGNA dan DSAI di cermin kereta dan di rumah, poster artis di locker, gambar DSNTR di pejabat, gambar walisongo, puji pemimpin, hadiri seminar MLM, dengar ceramah politik merata tempat sampai lewat malam, walaupun topik sama yang kadang fakta kadang awta, itu bukankah taksub jugak?

Kebenaran itu bukan berlaku kerana dilontrkan oleh pihak yang ada kuasa. Kebenaran hanya apabila datang dari al-Qor'an dan sunnah - yang lain-lain dari itu mesti mempunyai hujah dan dalil. Mesti berikan peluang. Itu juga kebenaran, dan itu keadilan.

Berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan (Akta 505), Fatwa yang telah digazetkan menjadi undang-undang di Wilayah Persekutuan. Sesiapa yang menegeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Mufti WIlayah Persekutuan boleh didakwa di Mahkamah kerana melawan Mufti dan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun.Melawan fatwa juga bermakna melawan SBP Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan boleh didakwa di bawah akta hasutan. ESq yang mengeluarkan pelbagai kenyataan melawan bolehlah dianggap melawan SBP Agong dan patut laporan Polis dibuat kerana mempertikaikan asas kenegaraan.

Pengajian islam berasaskan al quran dan hadis mudah dipelajari di negara ini tetapi hati mudah terpaut kepada yang lain daripadanya...tepuk dada tanya hati...di mana silap kita

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More