03 November 2009

Buku Fahaman Wahabi Menular : Satu Analisis

السلام عليكم ورحمة الله وبركة


Baru-baru ini telah gempar sekali lagi isu lama yang lapuk di dalam negara iaitu isu wahabi dan ditambah dengan lebih tergempar apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah tertangkap oleh JAIS yang kononnya merupakan pengamal ajaran wahabi. Maka dengan membendung pemikiran yang 'tertutup' atau berpegang dengan satu pendapat sahaja, penulis ingin mempromosikan satu buku yang telah lama berada di pasaran yang menyanggah mengenai fahaman wahabi.

Elok dibaca untuk pengetahuan yang lebih meluas mengenai hal penting ini kerana ianya berkaitan dengan kredibiliti seseorang yang mengikuti fahaman ahli sunnah wal jamaah tetapi apabila fahamannya tidak selari dengan masyarakat mereka dituduh wahabi termasuk juga penulis. Selamat membeli dan membaca. Hanya RM12.00 sahaja.



Sinopsis:

"Fahaman Wahabi Menular" demikianlah tajuk utama akhbar Minggun Malaysia pada 27 November 2005.Dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa terdapat sebuah fahaman agama ynag berbeza dengan "sunah umat Islam negara ini sejak turun temurun" yang sedang merebah di kalangan cerdik pandai. Untuk menguatkan laporan tersebut, beberapa kenyataan daripada tokoh-tokoh agama tempatan telah dikemukakan.

Sejauh manakah kebenaran laporan atau dakwaan tersebut?

Buku ini menganalisa laporan tersebut, termasuk juga beberapa laporan yang menyusul dalam akhbar Utusan Malaysia selepas 27 November 2005 berkenaan subjek Wahabi. Berdasarkan analisa yang ilmiah lagi tajam, para pembaca sekalian akan dapat memahami apakah sebenarnya "Fahaman Wahabi" dan lebih penting, adakah ia selari atau bertentangan dengan al-Qur'an , al-sunnah dan Mazhab al-Syafi'e.

Tidak sekadar itu, para pembaca sekalian akan dapat juga memahami kenapa fahaman "Wahabi" mula mendapat tempat di kalangan cerdik pandai dan hanya ditentang oleh orang yang tidak cerdik pandai, sekalipun mereka yang menentang itu memiliki banyak gelaran keduniaan di sisi nama mereka.

8 Teguran:

saudara ikmal johari....
adakah anda berpendapat drmaza adalah wahabi?

kenapa anda berkata begitu? anda faham apakah yg dimaksudkan wahabi? sudahkah anda baca buku di atas? anda faham apakah itu gerakan sunnah? kenapa jika pendapat tidak bersefahaman dengan masyarakat umum malaysia dituduh wahabi..begitukah cara layanan rakyat malaysia?

anda harus faham ianya hanya doktrin untuk menyekat gerakan sunnah di malaysia.jika demikian, anda tanya juga kepada nik aziz kerana beliau pun dituduh wahabi apabila pulang daripada india.

mereka yang menuduh wahabi inilah yg tidak faham akan sunnah rasul.kata mereka wahabi ini tidak membaca qunut.sebenarnya perkara ini bukan wajib.jika demikian, wahabikan kepada mazhab lain kerana mereka pun tidak qunut.kita harus pergi jauh ke depan melangkah arus globalisasi.berfikiran terbuka dan jangan duduk di bawah tempurung atau taqlid buta.

ana hanya bertanya pendapat saudara... klu tu jwpan saudara,xpe lah. ana sudah lama dilabel wahabi oleh org yg xtau apa itu wahabi...

Ok..terima kasih di atas respon saudara. ana pun dituduh wahabi juga. biasalah, malaysia masih di tahap taqlid buta dan belum mencapai status 'boleh menerima kepelbagaian pandangan'. utk lebih lanjut, enta belilah buku yg tertera di atas atau baca link mengenai wahabi di sebelah kanan blog ni..insya allah ada manfaat.

Salam,

Nak tau kenapa asri dituduh wahabi? Kerana fahaman yang dibawa olehnya cenderung kepada Wahabi.

Siapa wahabi? Sila baca blog ini dgn hati yang terbuka...

http://al-fanshuri.blogspot.com/

Semoga kita diberi taufik dan hidayah oleh ALlah didlm mencari kebenaran didalam Agama

ana rasa enta yang seharusnya membuka pekong di dada..

sudahkah enta membaca buku di atas atau link keliru psl wahabi di sebelah kanan page ini? jika belum periksalah dirimu sebelum memandai-mandai kerana wahabi ini merupakan istilah 'ejekan' kpd syeikh muhammad bin abdul wahab dlm perjuangan dakwah beliau menentang ahlul bida'

kalau enta menyokong bahawa dr asri ini wahabi, maka enta pasti menyokong zaaba, syeikh al-hadi, hamka, rasyid redha, jamaluddin al-afghani, nik aziz, hadi awang, ustaz zahazan, ustaz zaharuddin, ustaz maszlee malik dan termasuk juga ana adalah wahabi kerana fikrah kami berbeza dengan apa yg diamalkan oleh masyarakat melayu di malaysia ini.

Pandangan Ikhlas, jgn emo apabila memberikan pandangan dan pendapat. lebih2 lagi dlm menjawab soalan. 'kepelbagaian pandangan' tidak hanya merujuk kepada golongan yg membawa pembaharuan, hormatilah juga pandangan sedia ada disamping menerapkan nilai2 yang anda rasa benar dgn harmoni dan berhemah. insyaAllah.

Ini memang gaya intonasi yang biasa saya pakai. Bukannya emo. Sebelum nak komen, periksa dulu gaya penulisan saya terlebih dahulu. Jika belum memahami gaya intonasi saya, harap maaf sebab memang ada berbentuk macam emo tetapi tidak emo pun. Itu memang lumrah gaya intonasi saya bila bercakap tentang soal prinsip dan pendirian.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More