13 January 2009

Isu Palestin: Antara Kepekaan dan Kebisuan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah tiga minggu operasi serangan gerila ke atas Gaza dilancarkan oleh pihak Zionis Israel. Terkini 920 orang mati syahid dan 4300 orang cedera. Kebanyakan yang terkorban bukanlah daripada pejuang-pejuang intifadhah Palestin tetapi dari kalangan kanak-kanak dan wanita. Sungguh..Amat kejam Yahudi Laknatullah ini.

Di seluruh dunia, termasuk negara-negara bukan Islam juga memulaukan serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel ini. Bayangkanlah manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa korban mereka. Mereka lakukan kekejaman ini tanpa ada sebarang rasa belas kasihan. Bahkan dakwaan Menteri Luar Israel, Tzipi Livni dalam press conference bersama EU di Aljazeera dengan mengatakan HAMAS pengganas adalah satu kenyataan 'sakit mental'. Mana mungkin HAMAS adalah pengganas sedangkan merekalah wira dan pejuang dalam mempertahankan tanah mereka dari diceroboh oleh 'penceroboh yang merempat' di tanah orang. Bagiku, akal fikiran pihak Yahudi sudah songsang dan otak mereka harus dirawat dengan segera supaya serangan di Gaza berhenti dengan secepat mungkin.

Sedangkan pemain bolasepak Sevilla, Frederic Kanoute yang juga pemain antarabangsa Mali peka terhadap isu Palestin ini. Beliau menyokong keamanan di Palestin ketika perlawanan pasukannya menentang Deportivo La Coruna apabila Kanoute menjaringkan gol dan meraikan golnya dengan menunjukkan baju t-shirt yang tertulis 'Palestine'. Malangnya, beliau dilayangkan kad kuning ketika perlawanan dan didenda oleh Persatuan Bolasepak Sepanyol. Sungguh tidak munasabah dan tidak prihatin negara Sepanyol ini.

Di seluruh pelosok dunia, kebanyakan negara banyak yang melakukan demonstrasi besar-besaran terhadap serangan di Gaza termasuk Britain, AS, Sepanyol, Itali, Perancis, dan Jepun. Paling menarik di Venezuela apabila Hugo Chaves menghalau Kedutaan Israel daripada negaranya. Negara bukan Islam pun mengambil bahagian untuk berdemonstrasi terhadap serangan di Gaza tetapi negara Islam, apa yang mereka buat? Sebagai contoh Mesir. Kata Hosni Mubarak "Saya tidak akan membuka sempadan Rafah tanpa izin daripada kerajaan Israel dan saya tidak akan memberi bantuan kepada Palestin sehingga HAMAS kalah". Bagiku, ini adalah kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang Muslim. Seorang Muslim ialah apabila saudaranya disakiti, dia pun akan terasa sakit dan akan menghulur bantuan kepadanya.

Sabda Nabi saw:
"Seorang muslim adalah saudara kepada saudaranya yang lain. Tidak boleh di aniayai, tidak boleh di biarkan tanpa perlindungan. Sesiapa yang mengambil berat tentang seorang muslim yang lain, maka Allah akan mengambil berat tentangnya. Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan kesusahannya yang terdiri daripada kesusahan akhirat. Sesiapa yang menutup aib orang lain, maka Allah akan menutup aibnya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Lagi sabda Nabi saw:

Daripada Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri (Riwayat Muslim).
Jelas menunjukkan bahawa seorang Muslim wajib memberi perlindungan terhadap saudaranya jika berlaku ancaman terhadapnya. Namun, ada segelintir umat Islam yang tidak mengambil peduli terhadap saudara mereka yang dianaiyai oleh musuh Islam. Lihatlah sahajalah pada apa yang dilakukan oleh Hosni Mubarak. Dibiarkan sahaja umat Islam di Palestin menderita teruk sehingga mencecah lebih 900 orang mati syahid. Beginikah sikap kita sebagai umat Islam terhadap saudara kita ketika mereka di dalam kesusahan kita membiarkan sahaja mereka menderita. Apakah sanggup kita melihat kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa korban? Jika tidak, hulurkanlah bantuan kita tidak kira apa jua bantuan dari segi bantuan dana, bantuan perubatan, boikot barangan Israel, doa qunut nazilah, memohon hajat dan sebagainya. Jika kita membantu saudara kita di Palestin sana, kita akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah swt kerana menolong saudara kita yang seagama.

Janganlah kita hanya duduk diam sahaja dan berada dalam kebisuan ketika satu dunia sibuk membicarakan terhadap isu Palestin yang amat sensitif di mata dunia. Masyarakat satu dunia sibuk terhadap isu Palestin kita pula sibuk pasal isu pilihanraya di Terrenganu dan pilihanraya kampus. Ada seorang sahabat ini dengan selambanya memperlekehkan isu Palestin ini sebagai isu remeh dan juga dia mempersendakan agama Islam kerana membangkitkan isu boikot dan mengganggap kaum Arab kaum yang pelupa. Mungkin dia berkata begitu kerana dia tiada sentimen terhadap saudara seislam, isu dunia sejagat, jihad islamiyyah dan cetek ilmu terhadap Islam.

Sekarang ini bukan masanya untuk memperlekeh, mempersenda dan mempertikai isu Palestin dan Islam tetapi sekarang adalah masanya untuk bertindak terhadap keganasan Yahudi Zionis Israel yang mengancam dunia. Kita tidak tahu selepas ini mungkin mereka akan menakluk negara-negara Islam lain termasuk Malaysia. Jadi, apabila kita bertindak secara automatik kedudukan mereka akan tergugat sedikit demi sedikit. Jadi, marilah wahai kaum muslimin sekalian kita lancarkan serangan ke atas Israel dengan semampu yang kita boleh. Serangan paling berkesan setakat ini adalah boikot barangan Israel. Oleh itu, boikotlah barangan Israel dengan semampu anda. Mudah-mudahan dengan memboikot barangan ianya dapat melumpuhkan ekonomi mereka dan seterusnya menghalang mereka daripada dapat menghapuskan HAMAS daripada Semenanjung Gaza.

Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
13 Januari 2009/17 Muharram 1430H
Kampung Baru, Kuala Lumpur

0 Teguran:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More