04 January 2009

Hari Ke-9: Laut, Udara Dan Darat Menyerang Gaza

Assalamualaikum wbt...

Kenyataan dari pelbagai pihak di Israel mengenai tempoh serangan darat menjadi tanda tanya. Secara rasminya, jurucakap tentera Israel mengatakan tempoh serangan di darat tidak dihadkan.

Ternyata, strategi Israel bermula selepas asar, 03/01/09 menandakan isyarat serangan darat akan bermula. Kereta kebal yang telah lama tersadai bak bangkai hidup telah diberi nafas untuk mencengkam leher Palestin, meriam peranti(pertama kali digunakan) juga memuntahkan isinya ke arah kawasan penempatan penduduk Palestin di Gaza. Masjid yang ke sebelas menjadi sasaran serangan Israel hancur , 10 nyawa melayang.
Sungguh tidak berperikemanusiaan sehinggakan perang saraf juga membunuh penduduk yang tidak berdosa. Bom berangkai turut digugurkan di bandar Gaza. Hari ke lapan, Gaza diserang melalui laut(kapal perang dan kapal selam), dari udara pula F-16 dan apache manakala di darat pula kereta kebal dan seumpamanya.

Semalam, penduduk dunia mengadakan tunjuk perasaan mengecam, mengutuk serangan Israel di Gaza. Dari kanak-kanak hingga yang berumur, semuanya mengecam tindakan Israel. Tidak melampau jika kita mengatakan serangan Israel ini adalah tindakan yang ganas, zalim, keji, tidak berperikemanusiaan, melanggar undang-undang, melanggar janji kononnya amuk sebab memerangi keganasan. Sebaliknya, bagi mereka yang mengatakan serangan Israel ini wajar bagi mengajar satu pihak yang menolak apabila diajak mengadakan 'gencatan senjata', sesungguhnya anda buta sejarah malah pekak dengan perkembangan semasa. Anda telah meredhai kekejaman dan keganasan yang berlaku masa ini. Mungkin anda juga sekutu mereka yang zalim ini..

________________________________


[MAP] Presiden Palestin, Mahmoud Abbas meminta supaya hentikan segera serangan di Gaza dan tidak menceroboh Gaza dengan serangan darat.

Mahmoud Abbas yang dijadualkan akan membuat lawatan ke Washington terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana Nicholas Sarkuzi, Presiden Perancis akan datang ke Tebing Barat pada hari isnin. Menurut sumber, lawatan Sarkuzi adalah bagi menyerahkan inisiatif penting agar serangan di Gaza dapat dihentikan.

[MAP] Ketika Israel menyusun barisan tenteranya menuju ke Gaza, HAMAS terlebih dahulu menyerangnya dengan kenyataan-kenyataan di media membuatkan Israel berang kerana Gaza bakal menjadi kubur tentera Israel. Jurucakap tentera Israel turut membalas kenyataan HAMAS.

[MAP] 11.37 malam (waktu Mesir) KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM mengebom sebuah pangkalan tenera Israel dengan roket Qassam. Sejam yang lalu, 5 orang tentera Israel terbunuh di permulaan serangan darat. Jumlah ini memastikan sumber HAMAS sebentar tadi. (Televisyen Al-Aqsa). Sekarang pesawat tempur F-16 mengebom beberapa tempat di Gaza.

[MAP] Washington: Kami merasa bimbang berikutan keadaan kemanusiaan di Gaza. Penduduk Gaza seumpama barang gadaian disebabkan HAMAS.

Dinyatakan Presiden Amerika Syarikat, George Bush ketika menghubungi pegawai ketenteraan Israel telah dimaklumkan tentang kerahan tentera Israel untuk melakukan serangan darat.

[MAP] Britain : Israel melakukan serangan darat adalah untuk mempertahankan dirinya, bukan menyerang.

Pihak MAP >> sekadar bacaan : Semasa Israel menyerang Gaza pertengahan 2007, Britain melalui suara rasminya Tony Blair (sekarang ini menjawat utusan bagi perdamaian Timur Tengah) juga mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Israel di Gaza adalah untuk mempertahankan dirinya. Tony Blair ketika itu menyalahkan penduduk Gaza kerana silap memilih kerajaan(HAMAS menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya 2006).

[MAP] 11.50 malam (waktu Mesir) Pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan tentera Israel di Gaza. Menurut media Israel, 5 roket Qassam jatuh di Naqab sejak bermula serangan darat Israel di Gaza. Di selatan Gaza, tentera Israel menghadapi tentangan yang cukup kuat daripada pejuang Palestin.

[MAP] Hari ke sembilan. Menurut sumber, jumlah penduduk Palestin yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angka 470, manakala yang cedera termasuk kritikal 2400.


[MAP] 12.30 pagi 04/01/09 (waktu mesir) Menurut sumber, pejuang Palestin mengebom sebuah kereta kebal Israel di Beit Lahiya, manakala 25 tentera israel cedera di Selatan Gaza yang berkedudukan 500 meter dari garisan sempadan Gaza-Israel dalalm berlaku pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan tentera Israel. AL-QASSAM juga dinyatakan berupaya menceroboh (mencuri dengar) maklumat dari alat komunikasi tentera Israel.

[MAP] 12.33 pagi 04/01/09 (waktu Mesir) Menurut sumber, tentera Israel tidak dapat menceroboh ke pertengahan Gaza berikutan tentangan sengit daripada pejuang-pejuang Palestin. Pesawat pengintip tanpa juruterbang melakukan pengintipan di ruang udara Gaza. Sementara pesawat tempur F-16 mengebom beberapa tempat seiring serangan darat.

[MAP] 12.53 pagi 04/01/09 (waktu Mesir) Kereta kebal Israel menuju ke kawasan penduduk Gaza. Jentera perang Israel (Pesawat tempur F-16, helikopter Apache dan pesawat pengintip) telah mengebom kawasan yang dipercayai ada pejuang-pejuang Palestin. Dalam menghadapi dan menyerang tentera Israel, kesemua pejuang-pejuang Palestin menyelaraskan maklumat di antara mereka. Tentera-tentera Israel yang terbunuh tidak dapat dilihat dengan lebih dekat kerana terhalang dengan pesawat tempur F-16 dan helikopter apache Israel.

[MAP] Jurucakap tentera Israel : Tentera Israel akan menentang HAMAS dengan sepenuh kekuatan agar HAMAS tidak berupaya lagi melancarkan serangan roket.

[MAP] Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mendesak Israel supaya menghentikan segera serangan darat di Gaza.

[MAP] 1.30 pagi (waktu Mesir) Pesawat tempur F-16 dan helikopter apache mengebom beberapa tempat di Gaza. Menurut sumber, sasaran pengeboman ini adalah timur Gaza. Kedengaran letupan yang amat kuat.

[MAP] Pertempuran sengit antara pejuang-pejuang Palestin dengan tentera israel yang disokong pesawat tempur. Sementara itu, pesawat tempur dan helikopter israel membedil beberapa tempat. Dinyatakan, hospital Al-Wafa di timur bandar Gaza mengalami kebakaran akibat terkena bedilan pesawat tempur israel.

[MAP] Majlis Keamanan Antarabangsa mengadakan perjumpaan pada jam 3.00 pagi. Menurut sumber, perjumpaan tersebut adalah bagi membahaskan keadaan di Gaza.

Terdahulu, Majlis Keamanan telah mengadakan pertemuan namun keputusan tidak berjaya menghentikan serangan Israel.

[MAP] 3.50 pagi (waktu Mesir) Pertempuran sengit masih berterusan antara pejuang-pejuang Palestin dengan tentera Israel.

[MAP] Washington menolak ketetapan agar menghentikan serangan Israel di Gaza.

Di Jabaliya, letupan akibat pengeboman pesawat tempur F-16. Menurut sumber, keadaan di Gaza terlalu lebat dengan bedilan-bedilan peluru dari pesawat tempur F-16. Sehingga saat ini, pihak ambulan dan penyelamat tidak dapat pergi ke kawasan yang dibom dan kawasan yang berlaku pertempuran sengit.

[MAP] 4.45 pagi (waktu Mesir) Beberapa tempat menjadi sasaran serangan Israel. Menurut sumber, Israel membedil Gaza dari laut, udara dan darat waktu ini. Letupan di beberapa tempat malah kelihatan asap tebal menutup ruang udara. Belum dilaporkan sebarang kecederaan dan sebagainya.

[MAP] HAMAS : Sebilangan besar penduduk Gaza mengalami kecederaan berikutan bedilan dan pengeboman Israel dari segenap sudut. Pihak penyelamat tidak dapat masuk ke kawasan yang terbabit berikutan serangan yang terlalu dahsyat.

[MAP] Jam 5.15 pagi (waktu Mesir) Helikopter jenis apache(Israel) membedil utara Gaza.

[MAP] 5.35 pagi (waktu Mesir) Majlis Keamanan Antarabangsa menutup pertemuan tanpa memutuskan sebarang keputusan berhubung kekejaman yang berlaku di Gaza. Sebelum itu, Washington membantah ketetapan Arab yang meminta supaya Israel menghentikan serangan di Gaza.

[MAP] 6.00 pagi (waktu Mesir) F-16 dan apache menyerang Gaza tanpa henti. Terbaru, apache Israel melancarkan 2 serangan bom berangkai di Gaza. Sementara itu, pesawat tempur F-16 membedil sebuah bangunan.

Di jalan-jalan Gaza, kelihatan ambulan dan trak bomba berkejaran ke sana ke sini bagi menyelamatkan penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan jentera Israel.

Sumber dari tentera Israel mengakui pertempuran dengan pejuang-pejuang Palestin sehingga pagi tadi mengakibatkan 30 tenteranya mengalami kecederaan, 2 diantara jumlah itu di tahap kritikal. Ketika maklumat ini dicatat, Israel masih melaksanakan serangan udara di pertengahan bandar Gaza. Kedengaran pertempuran senjata antara pejuang-pejuang Palestin dengan tentera Israel.

Rujukan: Mini Pavilion

0 Teguran:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More