06 January 2009

Hari ke-11 : Medan Perang Dan Politik Yang Terlalu Sengit

Assalamualaikum wbt...

Hari ke-3 serangan darat di Gaza

Hanya beberapa jam, 60 nyawa melayang di celah runtuhan bangunan-bangunan akibat peluru yang dimuntahkan jentera perang Israel. Keganasan dan kekejaman Israel membeliakkan mata mereka yang selama ini bergantung harap kepada manusia tanpa ada rasa takut kepada Allah. Mereka mempermain-mainkan 'jihad fisabilillah', mereka juga mempersenda serangan roket dengan menyamakan perbuatan yang sia-sia sedangkan mereka juga telah ditipu.

Dakwat pen menandatangi kertas yang penuh dengan darah-darah umat, mereka tidak pernah sedar. Hari ini, jika mereka masih lagi tidak menyedari sampai terjegil mata sekalipun Israel mengganas...mungkin mereka juga akan hancur dengan sumpah-seranah ummah. Semoga Allah menjauhkan kita dari semua ini.

___________________________________


Bom berangkai yang ditembak oleh helikopter apache. Dinyatakan kandungan kandungan bahan kimia dalam bom tersebut mencetuskan kontroversi.

[MAP] 5.45 pagi (waktu Mesir). 60 penduduk Palestin Gaza syahid hanya dalam beberapa jam setelah Israel menyerang, mengebom dan membedil Gaza semalam hingga awal pagi tadi.



Jabal Kashif, merupakan kawasalan paling strategik bagi menghancurkan kereta kebal Israel, meriam dan setiap serangan darat cuba dikuasai tentera Israel sejak serangan darat dilancarkan. Bagaimanapun, pertempuran di sini tidak pernah berhenti.

Di sudut lain, pasukan tentera darat yang disokong kereta kebal sedang menuju ke Nusairat, pertengahan Semenanjung Gaza.

[MAP] Setakat ini, 20 buah Palestin telah hancur akibat bedilan Israel. Selepas itu, sebuah lagi rumah dibom Israel.



[MAP] 7.00 pagi(waktu Mesir). Timur Jabaliya, kelihatan kepulan asap dari sebuah rumah berikutan serangan meriam Israel. Beberapa letupan kedengaran, begitu juga berbalas tembakan antara pejuang-pejuang Palestin dengan tentera Israel.

Selatan bandar Gaza dan barat Gaza juga masih kedengaran berbalas tembakan. Menurut sumber, operasi ketenteraan di pihak Israel akan diperluas dan bertambah ekoran paksi-paksi tempat serangan selain Beit Lahiya, Beit Hanoun, Jabaliya, Rafah dan pertengahan Gaza akan bertambah. Semalam, sumber Israel menyatakan pihaknya telah merekrut 30 ribu tentera Israel untuk berperang di Gaza.

[MAP] Di Ramallah pula, usaha dari sudut diplomasi dan politik bagi menghentikan peperangan belum menghasilkan keputusan.

Inisiatif Eropah yang dibawa oleh Presiden Perancis, Nicholas Sarkuzi bagi menghentikan perang ini juga masih belum menunjukkan sesuatu yang positif. Terbaru, Sarkuzi menyalahkan HAMAS yang menjadi punca berlaku peperangan ini. Israel pula menyatakan pihaknya tidak mahu menakluk Gaza. Ada desakan supaya Israel hentikan peperangan, tetapi Israel menolak dengan meletakkan syarat. Antaranya:

1) Ingin menghentikan penyeludupan senjata dari Gaza-Mesir melalui terowong bawah tanah.
2) Menghentikan serangan roket ke Palestin.

Pihak Arab pula yang berada di Washington dalam pertemuan dengan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu PBB juga tidak memberi kesan terhadap Israel. Cadangan yang masih lagi difikir dan diperbahaskan, iaitu menghantar tentera antarabangsa di sempadan-sempadan Gaza-Israel bagi mengekang peperangan ditolak oleh HAMAS dan JIHAD ISLAMI. HAMAS menyatakan, pihaknya tidak dapat terima kerana tidak ada jaminan untuk Palestin. JIHAD ISLAMI pula menyatakan, kami akan tentang jika tentera antarabangsa dihantar ke Gaza.

Bagi pihak Arab, akan diadakan sidang kemuncak Arab bagi menghentikan peperangan ini jika usaha mereka di Washington tidak berjaya. Simon Peres, Presiden Israel berkata, pihak Arab perlu menekan HAMAS agar tidak melancarkan serangan roket ke Gaza.

[MAP] Semalam, keterangan dari 42 ulama' di Mesir: Jihad fi sabilillah, iaitu penentangan bersenjata adalah langkah dan strategi bagi mengembalikan semula tanah-tanah Palestin yang dirampas. Keterangan itu juga menyebutkan, kewajipan umat Islam adalah memberikan bantuan dan pertolongan kepada Palestin malah memulaukan Israel termasuklah sebarang tindakan yang menyokong Israel.

[MAP] 9.00 pagi (waktu Mesir) 06/01/09. Jumlah penduduk Palestin yang menjadi mangsa perang Israel telah meningkat mendadak sejak serangan darat yang telah memasuki hari ketiga. Secara umumnya peperangan ini telah memasuki hari ke-11 semenjak 27 Disember yang lalu. Jumlah yang syahid sebanyak 573, manakala yang cedera termasuk kritikal sebanyak 2700.

[MAP] Semalam, Syeikh Abdul Majid Az-Zandani (pendakwah Yaman) meminta Negara-negara Arab membuka pusat latihan ketenteraan sukarela kepada pemuda-pemuda untuk berjihad. Tambahnya, jika berjuta pemuda ke Gaza dan menyerang Israel..barulah Israel akan menghentikan serangan.

[MAP] 05/01/09, wakil Majlis Pengampunan Antarabangsa berkata: Israel telah melanggar perjanjian Geneva 1977 (menjamin masyarakat awam ketika perang).

Menurutnya, Israel juga menandatangani persepakatan tersebut.

Rujukan: Mini Pavilion

0 Teguran:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More