Assalamualaikum wbt...
Sebagai seorang muslim, perlunya seorang muslim memiliki perisai diri untuk mengelakkan diri daripada fitnah akhir zaman dan fitnah Dajjal yang sangat dasyat jika iman seorang muslim mudah digoyahkan.
Untuk menyelamatkan diri daripada fitnah Dajjal, maka bacalah sepuluh ayat terawal dan sepuluh ayat terakhir di dalam surah al-Kahfi serta bacalah doa selepas tasyhud akhir pada setiap solat.
Di dalam حصن المسلم, karangan Syeikh Said Ali Wahf Al-Qahthan, di dalam bab ما يغصم الله به من الدّجّال (Cara Menyelamatkan Diri Dari Dajjal), ada dua riwayat mengenai perisai yang melindungi diri kita dari Dajjal.
Doa meminta perlindungan setelah tasyahud akhir sebelum salam terdapat di dalam حصن المسلم, dalam bab الدعاء بعد التشهد اﻷخير قبل السلام (Doa Setelah Tasyahud Akhir Sebelum Salam) yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu:
Maksud: Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, seksa neraka Jahannam, fitnah kehidupan dan setelah mati serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.(3)
Oleh itu, harus pada zaman kini umat Islam untuk menghindari daripada fitnah Dajjal yang amat dasyat serta fitnah-fitnah lain yang telah berlaku pada masa kini.
Wallahu'alam.
Notakaki:
(1) Muslim 1/555. Dari riwayat lain,"dari akhir surah al-Kahfi". Muslim 1/556.
(2) Muslim 1/346. Para penyusun kitab Sunan dan Imam Ahmad, lihat: Sahih at-Tirmizi 1/83.
(3) Bukhari 2/102 dan Muslim 1/412. Lafaz hadith riwayat Muslim.
Sumber:
(1) Hisnul Muslim (versi arab)
(2) Doa & Zikir Dari Al-Quran & Sunnah (versi melayu)

Maksud: Barangsiapa menghafal sepuluh ayat terawal dari surah al-Kahfi, maka terpelihara dari Dajjal.(1)من حفظ عشر آيات من أول سورة الكهف عصم من الدّجّال
Maksud: Begitu juga minta perlindungan kepada Allah dari fitnah Dajjal setelah tasyahud akhir dari setiap solat.(2)واﻻستعاذة بالله من فتنة عقب التشهد اﻷخير من كل صلاة
Doa meminta perlindungan setelah tasyahud akhir sebelum salam terdapat di dalam حصن المسلم, dalam bab الدعاء بعد التشهد اﻷخير قبل السلام (Doa Setelah Tasyahud Akhir Sebelum Salam) yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu:
اُللّهٌمَّ إِنِّي أعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَ الْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الْدَّجَّالِ
Maksud: Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, seksa neraka Jahannam, fitnah kehidupan dan setelah mati serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.(3)
Oleh itu, harus pada zaman kini umat Islam untuk menghindari daripada fitnah Dajjal yang amat dasyat serta fitnah-fitnah lain yang telah berlaku pada masa kini.
Wallahu'alam.
Notakaki:
(1) Muslim 1/555. Dari riwayat lain,"dari akhir surah al-Kahfi". Muslim 1/556.
(2) Muslim 1/346. Para penyusun kitab Sunan dan Imam Ahmad, lihat: Sahih at-Tirmizi 1/83.
(3) Bukhari 2/102 dan Muslim 1/412. Lafaz hadith riwayat Muslim.
Sumber:
(1) Hisnul Muslim (versi arab)
(2) Doa & Zikir Dari Al-Quran & Sunnah (versi melayu)
1 Teguran:
mohon share tuan ;)
Post a Comment