12 December 2008

Ibadah Korban di Kampung Baru

Assalamualaikum wbt...

Pada 10.12.2008, Aidiladha sememangnya menjadi saat yang manis bagi umat Islam kerana pada hari tersebut akan berlakunya peristiwa korban. Ana pun terlibat dalam peristiwa ini. Ana ditugaskan untuk berkorban di Rukun Tetangga Kampung Paya, Kampung Baru oleh Wak Pie (atuk sedara ana). Binatang yang menjadi korban hanya lembu sahaja iaitu sebanyak 8 ekor berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 5 ekor sahaja.

Ana ditugaskan untuk berkorban lembu nombor 6. Ini merupakan pengalaman yang bagus buat ana kerana kali ini ana dilantik menjadi ketua disebabkan ayah ana tidak dapat berkorban sekali kerana berada di Parit Raja. Dalam masa yang sama, jumpa kawan-kawan lama masa sekolah rendah dulu. Sama-sama duduk Kampung Baru waktu kecil-kecil dulu iaitu Afiq, Imbran dan Zulhelmi. Afiq dan Imbran lembu nombor 2 manakala Zulhelmi lembu nombor 1.

Antara kesemua lembu yang ada, semuanya baik-baik belaka kecuali lembu nombor 3. (nasib baik aku takde dalam team ni..) Sebabnya dia meliar dan mengganas tak tentu hala. Masa nak ikat lembu ni untuk ke tempat penyembelihan, lembu ni berjaya melepaskan kakinya dari tali dan mengamuk macam seladang sampaikan ada pakcik ni kena sondol terkena kat tiang. Tapi dia selamat, tak cedera. Pasu-pasu yang ada kat situ habis dirosakkan oleh lembu tersebut. Ganas betul, tapi akhirnya dapat juga ditumbangkan. Pun begitu, lepas disembelih masih mengeran lagi.

Lembu yang team ana korbankan selamat keadaannya. Tidaklah seperti lembu nombor 3. Tukang sembelih lembu-lembu ini adalah Pak Adam iaitu Bilal Madrasah Rajaiyah (Surau Jawa). Kerja ana start dari mengangkat lembu ke tempat penyembelihan hinggalah ke pembahagian daging korban. Alhamdulillah, ianya selesai dengan lancar.

Waktu hendak korbankan lembu tersebut, team ana 6 orang semuanya bekerjasama demi melaksanakan ibadah korban yang suci ini. Bila sembelihan berlaku terasa jantung berdegup dan berdebar kerana pelaksanaan tanggungjawab mengorbankan lembu ini. Dan pada masa itu juga, kami melaungkan "Allah Akbar" demi menyempurnakan ibadah suci ini.

Selepas selesai semuanya, ana ambil bahagian daging korban ana dan tulang lembu. Kemudian, ada makcik masak sup gearbox. Di Rukun Tetangga, kalau lembu yang siap korban, makcik-makcik akan tolong hidangkan untuk para pengorban. Bila makan tu, memang terasa nikmat sebabnya panas-panas lagi. Ditambah pula dengan bedegel sebesar penumbuk. Ada ubi rebus, lagilah best..makanan jawa pulak tu.

Balik rumah dalam lepas Zohor. Kerja korban ana start 11.00 pagi. Balik rumah, ana terus mandi sebab kena hujan. Lepas Solat Zohor, ana tidur sebab keletihan dan penat sampai tangan, paha dan lutut kesakitan dan lenguh. Ok, di bawah ada gambar. Boleh tengok ya.










4 Teguran:

Assalammualaikum...
lembu2 import dari mana?:?
lama jugak erk proses nak buat ibadah qurban nih..:f

wassalam...
import dari kandang lembulah takkanlah dari kandang zirafah plak..:D

mestilah lama prosesnya..bukannya sembelih ayam tapi sembelih lembu..

sembelih lembu memang makan masa prosesnya lebih-lebih lagi proses melapah ni ada teknik dan cara tersendiri :)

a'ar, lembu2 tu tumpang kandang zirafah...

Pengsan, lama sangat :@
sembelih ayam ok pe..lagi pun, sebelum nak sembelih lembu, kena tgk, reti ke tak sembelih ayam..klw lulus test dgn ayam, maksudnye pass la dengan lembu... :D

takdenya..kalau lembu kat kandang zirafah, maknanya takdelah korban jawabnya..:f

kalau dah namanya raya korban mestilah sembelih lembu takkanlah sembelih ayam pulak :))

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More