15 January 2010

Hidup Sebagai Seorang Pengembara

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبي فقال: كن في الدّنيا كأنّك غريب أو عابر سبيل

Ertinya: Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan".

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Menurut Syarah Sunan Ibn Majah,

Memutuskan pergantungan diri terhadap dunia melainkan pada perkara yang diperlukan untuk tujuan bermusafir dan tiba ke destinasi yang dituju. Destinasi bagi kehidupan ini ialah kubur. Sesungguhnya mati sekalipun masih jauh sebenarnya ia adalah dekat.

Hidup di dunia bukannya lama tetapi hanya sementara. Kita umpama pengembara di dalam hadis di atas, maka bawalah watak kita di dunia ini sebagai pengembara yang mencari kebaikan yang terdapat di dunia untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat. Tetapi bukannya dicari keburukannya untuk dihadap kepada diri dan masyarakat. Sedarlah akan singkatnya waktu yang kita miliki. Maka, wajarlah bermuhasabah diri kita ini sebagai seorang pengembara!

Oleh demikian, harus bagi kita berada di dunia ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah dan beribadah kepadaNya agar amalan diterima. Tetapi haruslah amalan-amalan yang dilakukan itu tsabit daripada Nabi s.a.w. dan bukannya yang direka atau ditokok tambah. Kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha:

عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من احدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Ertinya: Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengadakan perkara baru yang tiada di dalam agama Islam, maka ia adalah ditolak."

Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Maka, dengan itu marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti ibadah kita dari segi doa dan zikir kerana inilah kekuatan senjata orang mukmin. Marilah juga mengamalkan perkara-perkara sunnah yang dianjurkan oleh Rasullah s.a.w. yang terkandung banyaknya di dalam hadis-hadis sahih.

Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
15 Januari 2010/29 Muharram 1431H

1 Teguran:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More