Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

18 August 2011

Membina Komuniti Yang Berfikiran Kritis

- Gambar Hiasan - Pada zaman ketiadaan Internet, sistem pendidikan pada waktu itu memang agak tidak teratur dan keadaan masyarakat masih berada di takuk pemikiran yang lama. Kita boleh menilai di zaman itu masyarakat belum lagi terdedah kepada pemikiran yang terbuka kepada budaya masyarakat yang berdaya saing dari segi berfikiran secara kritis atau terbuka dalam apa-apa keadaan dan situasi semasa. Tetapi, apabila munculnya beberapa tokoh-tokoh yang hebat pada era kebangkitan nasionalisma menentang penjajah British, ramai yang agak terkejut dan ada yang mula sedar. Antara tokoh hebat yang memainkan peranan itu adalah Pendeta Zaaba, Dr. Burhanuddin...

17 August 2011

Ramadhan: Puasa Adalah Perisai Taqwa

- Gambar Hiasan - Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan limpahan rahmat dan maghfirah. Bulan yang penuh rahmat dan pengampunan daripada dosa-dosa lalu. Di dalam Ramadhan juga ada pelbagai tawaran istimewa yang harus direbut oleh setiap umat Islam.  Umpamanya, tawaran solat tarawih, bersahur dan sunnah melewatkannya, memperbanyakkan sedekah, bertadarrus al-Quran, memberi makan kepada orang yang berpuasa, beriktikaf di 10 malam terakhir, dan sunnah berbuka puasa dengan rutab atau tamar ataupun dengan air. Dan turunnya Ramadhan ini adalah berdasarkan daripada firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat yang ke-183: "Wahai orang-orang...

13 August 2011

Isu Larangan Bacaan al-Quran Menggunakan Pembesar Suara Di Dalam Masjid Oleh Kerajaan Pulau Pinang

(JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid. Adalah dengan ini saya menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu ini. Di bawah merupakan video kenyataan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan bahawa bacaan Al-Quran dengan pembesar suara daripada masjid atau surau adalah dilarang menurut hukum syara'.Kerajaan Negeri Pulau...

01 August 2011

Ulangkaji Mengenai Ramadhan

Ramadhan 1432H sudah tiba. Maka, akan banyak yang bertanya mengenai isu-isu di dalam bulan Ramadhan. Untuk tidak melakukan kerja yang banyak, maka Tajdid Dakwah meletakkan link artikel-artikel lama di dalam blog ini mengenai isu-isu di bulan Ramadhan. Terdapat beberapa artikel yang diletakkan di dalam blog ini yang mana merupakan asas-asas terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan. Maka, sebagai ulangkaji di bawah ini merupakan artikel mengenai isu-isu tentang Ramadhan. 1- Memahami Syarat Dan Rukun Puasa 2- Amalan Di Bulan Ramadhan 3- Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah Rasulullah 4- Doa Berbuka Puasa 5- Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah 6-...

Pages 241234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More