03 February 2010

Aduhai Aduka Taruna

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aduka Taruna. Nama yang begitu popular sejak akhir-akhir ini. Habis di semua dada akhbar dan media terpampang cerita Aduka Taruna menghina Sultan Johor. Terus masyarakat marah sampai tahap yang tinggi melampau. Marahnya melebihi demonstrasi Palestin. Tetapi apabila Aduka Taruna menghina A'isyah, para sahabat, Khalifah Muawiyah dan Yazid serta Imam Syafie tak pula dimarahnya? Tak buat laporan polis pun yang mereka lagi dasyat daripada Sultan Johor. Pelik dengan sikap masyarakat apabila menghina Sultan seolah-olah aib yang begitu besar tetapi apabila dihinanya A'isyah, para sahabat, khalifah Muawiyah dan Yazid serta Imam Syafie tak melenting pula.

Apabila beliau menghina ummul mukminin iaitu ibu kaum muslimin, A'isyah maka seluruh muslim yang berpegang kepada manhaj ahli sunnah wal jamaah sudah pasti tidak akan berdiam diri dengan Aduka Taruna. Siapakah beliau dan apakah jasa/sumbangan yang beliau telah beri kepada Islam sedangkan A'isyah telah berjasa begitu banyak sehingga telah meriwayatkan beribu hadis Nabi saw sebagai panduan dan kemudahan kepada kaum wanita dalam urusan fiqh seharian sebagai contoh. Dosa besar apabila beliau menghina A'isyah kerana A'isyah adalah isteri Nabi saw dan yang dijamin syurga. Dosanya diampunkan baik sebelum dan sesudah Nabi saw wafat.

Aduka Taruna menghina para sahabat. Siapakah dia jika nak dibandingkan dengan para sahabat yang mulia di sisi Allah swt? Para sahabat banyak sangat berjasa kepada Islam dan antara bukti meluasnya empayar Islam dan keluasan ilmu-ilmu Islam sehingga ke hari ini disebabkan oleh para sahabat. Para sahabat utama yang dijamin syurga antaranya sebanyak 30 orang. Para sahabat yang mana kita tidak boleh meragui mereka kerana kesungguhan mereka dalam beriman kepada Allah dan Rasul. Kerana Nabi saw sendiri menyebut di dalam sebuah hadis:

“Sebaik-baik manusia adalah hidup di zaman ku, kemudian yang sesudahku mereka, kemudian yang sesudahku mereka”(Bukhari dan Muslim)

Dan mereka yang terbaik di dalam hadis ini antaranya para sahabat. Jadi, takkanlah lepas Nabi saw wafat mudah-mudah sahaja sahabat ni ingkar kepada Nabi saw? Ini semua adalah sifat-sifat golongan yang dibenci oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu SYIAH LAKNATULLAH!

Sesungguhnya di dalam kitab-kitab besar syiah terdapat banyak sekali celaan terhadap para sahabat diantaranya seperti di nukilkan dari kitab ar-Raudhah min al-Kafi :

“Sesungguhnya para manusia telah murtad sesudah wafatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali hanya tiga orang.” Lantas aku bertanya: “Siapakah tiga orang itu?” Dia menjawab: “Al-Miqdad bin al-Aswad,Abu Dzar al-Ghifary dan Salman al-Farisy. (kitab ar-Raudhah min al-Kafi, hal 245)

Ibn Taimiyah pernah menyebut di dalam Minhaajus Sunnah:

Orang yahudi dan kristen lebih utama dari orang Rafidhah(syiah) dengan satu sifat (yaitu) :

Orang yahudi jika ditanya : siapakah orang yang terbaik di kalangan pemeluk agamamu? Mereka menjawab : adalah sahabat-sahabat Musa.

Orang Kristen jika ditanya : siapakah orang yang terbaik di kalangan pemeluk agamamu? Mereka menjawab : adalah Hawari (sahabat-sahabat) Isa.

Orang rafidhah jika ditanya : siapakah orang yang terburuk di kalangan pemeluk agamamu? Mereka menjawab : adalah sahabat-sahabat Muhammad.” (Minhaajus Sunnah, oleh syeikhul Islam Ibnu Taimiyah : 1/24)

Maka, dengan itu terserlahlah peribadi SYIAH Aduka Taruna kerana beliau menghina dan mencaci maki A'isyah dan para sahabat. Hukum bagi mereka yang menghina orang-orang yang dijamin syurga adalah kafir dan SYIAH bukanlah di kalangan orang-orang yang beriman dan mereka ini sering memusuhi dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Khalifah Muawiyah dan Yazid dihina oleh beliau juga. Apa manfaat yang beliau dapat apabila menghina Khalifah-Khalifah Islam ini? Jangan tertipu dengan sejarah Islam yang berpandukan silibus di Malaysia kerana periwayatannya bohong belaka. Yazid adalah anak kepada Muawiyah dan Muawiyah adalah anak kepada Abu Sufyan (beliau memasuki Islam selepas Fath Makkah). Nabi saw dah jamin Abu Sufyan sekeluarga ke syurga. Pertelingkahan berlaku ketika zaman Uthman. Ianya terjadi kerana fitnah yang dilakukan oleh Abdullah Bin Saba' iaitu seorang Yahudi konon masuk Islam yang mengasaskan ajaran SYIAH. Perang Jamal berlaku disebabkan angkara Abdullah Bin Saba' yang menjadi bahan fitnah kepada seluruh kaum muslimin pada ketika itu. Akibatnya, Perang Jamal tercetus dan ramai para sahabat yang dijamin syurga bertempur di dalam perang tersebut syahid. Ramai sahabat ketika itu menyesal akan perang tersebut yang berpunca daripada suatu fitnah hasad daripada Abdullah Bin Saba'.

Fitnah ini berterusan hingga ke zaman Kerajaan Bani Umaiyah. Zaman Muawiyah ketika itu kuat dengan fitnah pertempuran di antara puak yang menyokong Muawiyah dan Ali iaitu puak khawarij dan puak SYIAH. Akibatnya tercetus Perang Siffin. Ianya berlaku kerana Muawiyah menuntut Ali mencari pembunuh Uthman tetapi Ali tidak berbuat demikian. Perang ini terjadi atas salah faham dan fitnah angkara puak-puak yang menjadi batu api. Yazid terfitnah angkara puak SYIAH yang mendakwa Yazid memenggal kepala Husain padahal mereka sendiri yang melakukannya (rujuk sini: Darul Kautsar).

Jadi, mengapa puak-puak SYIAH ini mereka-reka cerita bohong terhadap penganaiyaan yang dilakukan oleh Muawiyah dan Yazid? Sungguh ini agak keterlaluan dan sudah nampak kejelasan bahawa Aduka Taruna adalah seorang SYIAH. Siapa sanggup menghina A'isyah, para sahabat dan Muawiyah serta Yazid selain SYIAH? Justeru itu, wajib sebagai umat Islam berwaspada dengan SYIAH yang telah kuat bergerak terutamanya di sekitar kawasan Gombak yang menjadi antara markaz kuat mereka.

Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
3 Februari 2010/19 Safar 1431H

3 Teguran:

selain dari menghina sahabat nabi..aduka taruna juga cukup membenci orang yg bermazhab? dia mencaci semua ulama mazhab..

Ya benar. Dia menghina fiqh muqaran. Siapa dia nak mencela imam-imam besar mazhab fiqh? Apa jasa dan sumbangan dia terhadap Islam? Apakah itu adab yang ditonjolkan oleh seorang Muslim? Nabi saw pun tak ajar akhlak macam tu.

die tu psiko..nak mampos dah..free thinker.bile smua die rase logik tu takde depan mata..so dia kata smua itu karut..padehal die yang sesat..nauzubillah...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More