19 January 2010

Futsal: Platform Tarbiyyah Remaja

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesungguhnya remaja merupakan aset terpenting bagi masyarakat, agama, bangsa dan negara kerana mereka di antara kelompok yang akan membangunkan pemimpin generasi akan datang. Ini dibuktikan sebagai contoh di dalam peperangan menentang kaum musyrikin quraisy apabila Rasullah s.a.w. melantik Talhah di antara pemuda Islam pada masa itu memimpin peperangan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kekuatan pemuda di dalam sebuah perjuangan.

Namun, pada masa ini kita dapati ramai anak-anak muda kita tidak menjadi dasar perjuangan sebagai aset penting dalam kehidupan tetapi hanya sebagai aset berfoya-foya dan tidak mementingkan fitrah kehidupan beragama yang merupakan kewajipan bagi umat Islam mementingkan kehidupan beragama. Dalam masa yang sama, doktrin yahudi telah menyelusup kepada pemikiran remaja kita dan di antaranya adalah 5S. Salah satu daripadanya ialah 'sport'.

Sport ada pelbagai jenis dan satu yang sentiasa menjadi perhatian adalah futsal. Boleh lihat di mana-mana gelanggang futsal pasti para remaja ini lepak di gelanggang futsal untuk bermain futsal. Dalam berdakwah, keharusan dalam amr ma'ruf nahi mungkar perlu juga kreatif. Jika kreatif dalam berdakwah ditujukan kepada para pemain futsal ianya boleh menjadi salah satu platform untuk berdakwah kepada mereka lebih-lebih lagi jika para da'ie juga kaki futsal.

Berdakwah kepada muslim atau manusia yang lain merupakan suatu kepentingan. Firman Allah s.w.t.:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali-Imran : 110)

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Nahl : 125)
Maka, apabila kekreativitian berdakwah diterapkan sambil bermain futsal antara satu aplikasi yang menarik yang dapat diterapkan kepada remaja agar mereka mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada dakwah para da'ie tentang pegangan Islam yang mereka anuti. Setidak-tidaknya, jika didakwahkan ketika bermain futsal akan mengingatkan mereka kembali terhadap Islam sepatutnya mereka amalkan dan bukannya bersikap hanya inginkan dunia semata.

Saya merasakan bahawa berdakwah melalui sukan futsal antara satu platform terbaik untuk mengajak remaja kembali semula mengenal Islam dengan cara yang mudah dan lebih praktikal. Umat Islam di dalam kegoyahan maka jika diterapkan pengamalan Islam yang mudah boleh menyebabkan mereka ini tertarik kerana secara praktikalnya Islam adalah agama yang mudah kepada penganutnya bukan menyusahkan penganutnya.

Seperti mana kata-kata Yusuf Islam sebelum masuk Islam:
"Aku kenal Islam dahulu daripada umatnya. Kalaulah aku kenal umatnya sudah pasti aku sukar menerima Islam".
Kenyataan ini dibuat oleh Yusuf Islam berdasarkan pemerhatian dan kajian beliau terhadap penganut Islam yang mengamalkan cara yang agak menyusahkan sedangkan Islam itu agama mudah dan menyuruh penganutnya mengamalkan bersandarkan nas Al-Quran dan sunnah. Lihat sahaja amalan sunnah nabi s.a.w., begitu praktikal, mudah dan tidak memudaratkan umatnya sedangkan umatnya pula menyusahkan penganut Islam yang lain. Maka, saya merasakan bahawa keperluan untuk pemahaman terhadap remaja mengenai mudahnya mempraktikkan Islam di dalam hidup seharian amat penting dan platform mendidik remaja dengan menggunakan futsal adalah satu langkah yang bijak demi mentarbiyahkan remaja agar kembali ke jalan yang lurus.


Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
19 Januari 2010/4 Safar 1431H
Kampung Baru, Kuala Lumpur

0 Teguran:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More