السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Oleh: Dr Juanda Jaya Wajib bagi umat Islam memberi keadilan kepada manusia tanpa mengira fahaman
ISU serangan ke atas gereja baru-baru ini amat dikesalkan kerana ia mencalar imej Islam yang damai dan membawa rahmat. Walaupun belum ada jalan terang mengenai pihak yang bertanggungjawab, suara-suara kutukan turut digemakan daripada pihak umat Islam sendiri yang menolak tindakan anarkis sebegini.
Pelbagai khabar angin kedengaran kononnya ada pihak berusaha menangguk di air keruh mempergunakan isu Islam untuk tujuan peribadi, fahaman politik dan jawatan masing-masing. Bahkan ada yang menyuarakan mungkin saja keganasan itu didalangi musuh Islam yang mahu memburukkan lagi wajah agama kita.
Terlepas daripada segala khabar angin yang berdengung di telinga kita, eloklah...