السلام عليكم ورحمة الله وبركة
Apabila tiba 1 Muharram dalam takwim Islam pasti akan menyebut Awal Muharram ini sebagai tahun baru Islam dan juga Maal Hijrah. Malah ada juga yang mengaitkan 1 Muharram ini dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah. Namun apabila diteliti melalui sudut fakta sejarah, kelihatan kebiasaan sambutan Maal Hijrah oleh masyarakat jauh tersasar. Kesalahan dari segi fakta sirah di sini adalah ditetapkan bahawa 1 Muharram adalah berlakunya peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah.
Sebenarnya, di sini terdapat satu kesalahan fakta sirah yang harus diperbetulkan agar masyarakat kita mengambil kira sikap mencari kesahihan fakta demi menjaga ketulenan sesebuah kisah. Mengikut kitab-kitab sirah terdahulu, tidak ada kitab yang meriwayatkan bahawa 1 Muharram adalah penghijrahan Nabi Muhammad saw. Tetapi fakta yang sebenarnya adalah pada bulan Rabiulawal. Menurut sebuah kitab sirah yang terkenal iaitu al-Rahiq al-Mahktum, penulisnya adalah Syeikh Shafiurrahman Al-Mubarakfuri.
Permulaan Nabi Muhammad saw Berhijrah
Maka, sewajarnya diubah mengenai penghijrahan Nabi Muhammad saw pada bulan Muharram itu kepada bulan Rabiulawal kerana kesalahan fakta yang terang lagi bersuluh melalui kitab -kitab sirah yang terkenal dan digunapakai melalui pengajian-pengajian sirah.
Adapun mengenai penentuan bulan pertama di dalam takwim Hijrah, Umar Al-Khattab orang yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Beliau menetapkan takwim Hijrah pada zaman pemerintahan beliau dan berpendapat menetapkan bulan Muharram sebagai bulan pertama di dalam Tahun Hijrah adalah kerana bulan Muharram ini istimewa kerana diharamkan peperangan berlaku dan berlakunya ketenangan, kedamaian dan keamanan pada bulan Muharram.
Wallahu'alam.
Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
18 Disember 2009/1 Muharram 1431H

Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah reda, rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah dan sahabatnya bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah dan sahabatnya itu telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah, "Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah seekor tunggangan ini". Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu. Jawab Rasulullah, "Ku ambil Dengan harga".Ketibaan Nabi Muhammad saw di Quba'
Asma' binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah dan Abu Bakr, beliau terlupa membawa tali pengikat untuk diikat bekalan tadi pada kenderaan baginda, akhirnya beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah lagi diikat semula ke pinggangnya, dengan itu beliau dikenali dengan "Zat al-Nitaqain " yang empunya dua tali pinggang.
Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba'.Melalui riwayat daripada Syeikh Dr. Mustafa Sibaie, melalui kitabnya Sirah Nabawiyah Durusun wa 'Ibar menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw tiba pada 12 Rabiulawal. Ianya sebagaimana yang dibuktikan pada hujah di bawah:
Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah. Mereka pulang ke rumah apabila matahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka pulang ke rumah masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah bersama-sama para sahabatnya serba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan untuk meluahkan perasaannya dengan melaung," wahai bangsa Arab, itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu," kaum muslimin pun marah dan segera mereka mencapai senjata.
Ibn al-Qayyum menceritakan," Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum muslimin pun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai seorang nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam suasana di selubungi ketenagan dan wahyu pun turu kepada Rasulullah".
"...Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari kalangan orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya"
(al-Tahrim: 4)
Rasul s.a.w. dan teman Baginda (Abu Bakar) telah sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal. Baginda sampai ke sana setelah para sahabat lama menanti. Mereka keluar setiap pagi ke pinggir Madinah dan hanya pulang setelah matahari memancar terik pada waktu tengah hari. Apabila mereka melihat Baginda, mereka merasa amat gembira. Kanak-kanak mula mendendangkan nasyid diiringi dengan gendang-gendang:Jelas di sini bahawa penghijrahan Nabi Muhammad saw bukanlah pada 1 Muharram tetapi berlaku pada bulan Rabiulawal iaitu pada 12 haribulan. Segala yang terkandung apa buku fikiran masyarakat pada hari ini amat jelas meleset kerana tersalahnya fakta yang sebenar.
Bulan purnama telah terbit kepada kami,
dari jalan-jalan bukit ul-Wada.
Wajib ke atas kami untuk bersyukur,
terhadap seruan penyeru kepada Allah.
Wahai utusan yang diutuskan kepada kami,
Kami datang bersama perkara yang dipatuhi.
Maka, sewajarnya diubah mengenai penghijrahan Nabi Muhammad saw pada bulan Muharram itu kepada bulan Rabiulawal kerana kesalahan fakta yang terang lagi bersuluh melalui kitab -kitab sirah yang terkenal dan digunapakai melalui pengajian-pengajian sirah.
Adapun mengenai penentuan bulan pertama di dalam takwim Hijrah, Umar Al-Khattab orang yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Beliau menetapkan takwim Hijrah pada zaman pemerintahan beliau dan berpendapat menetapkan bulan Muharram sebagai bulan pertama di dalam Tahun Hijrah adalah kerana bulan Muharram ini istimewa kerana diharamkan peperangan berlaku dan berlakunya ketenangan, kedamaian dan keamanan pada bulan Muharram.
Wallahu'alam.
Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
18 Disember 2009/1 Muharram 1431H
0 Teguran:
Post a Comment