Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

18 October 2012

Ibadah Korban: Antara Mampu Atau Sebaliknya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلّمْ : مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَخِّ, فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa mendapati dirinya mempunyai kemampuan (diberi rezeki untuk berkorban) lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibn Majah, Daraqutni dan Hakim dengan sanadnya hasan. Lembu antara binatang korban yang dituntut untuk dilakukan sembelihan Merujuk kepada hadis ini kita boleh lihat signifikan...

03 October 2012

Ibrah Daripada Perjuangan Nabi Musa

Antara faktor kemanisan iman dan lancarnya perjuangan dakwah menegakkan kalimah tauhid adalah mengambil pelajaran daripada kisah para anbiya'. Lihat bagaimana mereka memperjuangkan dakwah mereka. Ketika mereka diuji, apakah mereka seperti malaikat yang tidak kelihatan dakwah mereka terancam atau mereka sangat kental menghadapinya. Tidak, bahkan mereka sama seperti manusia biasa yang adakalanya turun naik iman. Tetapi, Allah memberikan peringatan dan keyakinan di dalam menyampaikan mesej dakwah kepada kaum masing-masing agar thabat di jalan-Nya, teguh di dalam pendirian dan sabar ketika menghadapi ujian daripada kaum mereka. dakwah...

01 October 2012

Ibrah Ujian Firaun Terhadap Musa Dan Kaumnya

Gambar menunjukkan padang pasir di Mesir Untuk menjadi orang yang beriman, cara yang Allah berikan ialah memberi ujian. Ia sebagai batu loncatan untuk mengetahui sejauh mana kita mampu meneguhkan keimanan dengan ujian yang diberikan oleh Allah. Seseorang itu tidak akan dilihat benar-benar beriman melainkan ia diuji dengan ujian demi ujian oleh Allah s.w.t. Para anbiya' kebanyakannya diuji dengan berbagai ujian daripada kaumnya. Nabi Nuh, Musa, Ibrahim dan Muhammad umpamanya. Pelbagai ujian yang ditempuhi untuk menegakkan tauhid kepada kaum mereka namun tidak semudah itu mereka hendak beriman kerana telah tertanam dalam jiwa...

Pages 241234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More