Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

18 October 2012

Ibadah Korban: Antara Mampu Atau Sebaliknya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلّمْ : مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَخِّ, فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa mendapati dirinya mempunyai kemampuan (diberi rezeki untuk berkorban) lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibn Majah, Daraqutni dan Hakim dengan sanadnya hasan. Lembu antara binatang korban yang dituntut untuk dilakukan sembelihan Merujuk kepada hadis ini kita boleh lihat signifikan...

03 October 2012

Ibrah Daripada Perjuangan Nabi Musa

Antara faktor kemanisan iman dan lancarnya perjuangan dakwah menegakkan kalimah tauhid adalah mengambil pelajaran daripada kisah para anbiya'. Lihat bagaimana mereka memperjuangkan dakwah mereka. Ketika mereka diuji, apakah mereka seperti malaikat yang tidak kelihatan dakwah mereka terancam atau mereka sangat kental menghadapinya. Tidak, bahkan mereka sama seperti manusia biasa yang adakalanya turun naik iman. Tetapi, Allah memberikan peringatan dan keyakinan di dalam menyampaikan mesej dakwah kepada kaum masing-masing agar thabat di jalan-Nya, teguh di dalam pendirian dan sabar ketika menghadapi ujian daripada kaum mereka. dakwah...

01 October 2012

Ibrah Ujian Firaun Terhadap Musa Dan Kaumnya

Gambar menunjukkan padang pasir di Mesir Untuk menjadi orang yang beriman, cara yang Allah berikan ialah memberi ujian. Ia sebagai batu loncatan untuk mengetahui sejauh mana kita mampu meneguhkan keimanan dengan ujian yang diberikan oleh Allah. Seseorang itu tidak akan dilihat benar-benar beriman melainkan ia diuji dengan ujian demi ujian oleh Allah s.w.t. Para anbiya' kebanyakannya diuji dengan berbagai ujian daripada kaumnya. Nabi Nuh, Musa, Ibrahim dan Muhammad umpamanya. Pelbagai ujian yang ditempuhi untuk menegakkan tauhid kepada kaum mereka namun tidak semudah itu mereka hendak beriman kerana telah tertanam dalam jiwa...

17 July 2012

Ramadhan Kembali Lagi

Sempena ketibaan Ramadhan 1433H, marilah kita mempersiapkan diri untuk memasuki bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala yang berganda. Oleh itu, di atas ini merupakan satu alternatif berkenaan amalan-amalan yang menjadi sunnah Rasulullah s.a.w. untuk diamalkan di dalam bulan Ramadhan. ...

02 March 2012

Bongkar Syiah

Allah s.w.t. memberikan setiap manusia ilmu dan hidayah kepada hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa serta mereka yang benar-benar ingin menemui jalan kebenaran. Namun, dalam itu ada juga tersesat kerana kesombongan diri dan kerana taasub. Begitu jugalah dengan fahaman Syiah yang mana telah melanda dengan kuat di Malaysia. Maka, apabila hadirnya program Eksklusif TV1 yang membicarakan tentang isu fahaman Syiah, ia sangat memberikan manfaat yang sangat baik untuk tontonan umum seluruh masyarakat Malaysia agar didedahkan tentang bahayanya Syiah supaya masyarakat Islam di Malaysia tidak terpengaruh akan fahaman ini yang lebih kepada fanatik, taasub...

23 February 2012

Bila Orang Jahil Berbicara

Dunia tanpa sempadan membawa kepada kita satu dimensi tentang perkembangan maklumat yang cukup luas terbuka tanpa sekatan. Tetapi pada ketika wujudnya fenomena baru ini, terdapat juga sebilangan manusia yang memainkan peranan yang kurang bijak iaitu berlagak pandai dalam berbicara mengenai hal-hal berkaitan dengan agama. Ini merupakan tulisan yang berbentuk santai yang hendak membuka ruang bicara dalam menggunakan akal secara kritis. - Gambar Hiasan - Secara umumnya, seorang muslim itu beliau beriman dengan rukun iman dan rukun Islam yang telah diajarkan secara asasnya pada peringkat mukallaf. Kemudian, apabila telah meningkat dewasa,...

26 January 2012

Nikmat Yang Sukar Dimiliki

- Gambar Hiasan - Manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menjadi seorang muslim adalah manusia yang bukan calang-calang. Namun, di dalam hidup menjadi seorang muslim terdapat pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha untuk menjadi mukmin yang beriman. Kerana itulah lumrah dan asam garam di dalam kehidupan. Manusia itu tidak akan merasai kenikmatan dalam menjadi hamba kepada Allah s.w.t. setelah mereka menerima ujian oleh Allah s.w.t. Kadangkala manusia itu sering lupa dan ingkar akan perintah dan larangan Allah s.w.t. Mereka ini yang dikatakan sebagai lupa, ingkar dan kufur nikmat. Apakah mereka sudah lama hidup di dunia untuk sombong...

25 January 2012

Mengapa Hadith Palsu Dibenci?

- Gambar Hiasan - Di era zaman perkembangan teknologi dan globalisasi, kita dapati masyarakat Islam di Malaysia kebanyakannya telah membuka mata dan minda mereka kepada keluasan ilmu pengetahuan serta maklumat. Ramai juga di antara mereka yang diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. untuk dibukakan mata dan pemikiran dek kerana pemikiran rasional yang memainkan peranan dalam hidup beragama. Ini disebabkan kepesatan maklumat yang tersebar secara meluas di Internet dan juga kerana keyakinan mereka bahawa Islam itu tunjangnya fakta dan hujah bukannya bersandarkan cerita rekaan semata. Dengan fenomena ini, ramai yang mula mendekatkan diri kepada...

Pages 241234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More