Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

30 September 2010

Sunnah Sewaktu Khutbah Yang Jarang Diamalkan

Posted by Imam Muda Asyraf on September 29th, 2010Kadang-kadang apabila kita asyik dengan melakukan ibadah lalu menambah amalan-amalan yang bukan datangnya daripada Nabi SAW menyebabkan kita terabai dengan amalan yang benar-benar sunnah. Si khatib mahupun si jemaah yang hadir mungkin boleh mengambil sunnah ini sebagai jambatan dalam menambahkan lagi warisan peninggalan Nabi SAW.Benarlah kata Abdullah ad-Dailamy : “Sesungguhnya pertama kali hilangnya agama (Islam) adalah dengan ditinggalkannya sunnah. Agama ini akan hilang satu sunnah demi satu sunnah sebagaimana lepasnya tali seutas demi seutas” (Al-Lalika’iy, ad-Darimi dan...

10 September 2010

Salam 'Eid Mubarak

Assalamu'alaikum wbt. Ramadhan telah pun menutup tirainya meninggalkan umat Islam seluruhnya sebagai bulan yang memberi rahmat dalam pengejaran terhadap pahala berganda di dalam pesta ibadah di bulan Ramadhan. Maka, penggantinya Syawal sebagai bulan kemenangan dan bulan kegembiraan kerana umat Islam telah berjaya melakukan yang terbaik dalam pesta ibadah Ramadhan. Maka, blog Tajdid Dakwah ingin menyatakan bahawa apabila tiba Syawal maka istiqamah dalam mengharungi perjalanan hidup sama seperti di bulan Ramadhan biarpun amalan itu sedikit tetapi istiqamah lebih baik daripada banyak. Perbanyakkan melakukan amal yang soleh yang mengikuti sunnah...

09 September 2010

Hari Raya: Tuntutan dan Larangan

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. 1 Syawal hampir menjelma. Seluruh umat Islam bakal menyambut hari istimewa, Hari Raya Eidul Fitri. Ia adalah satu daripada tiga perayaan yang disambut dalam Islam selain Hari Raya Eidul Adha dan Hari Jumaat yang disambut saban minggu.Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai di Madinah, dan mendapati orang-orang Jahiliyyah mempunyai dua perayaan yang disambut dengan penuh pesta dan permainan, lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua perayaan yang lebih baik daripada dua perayaan mereka, iaitu Hari Raya Eidul Adha dan Hari Raya Eidul Fitri”. (Direkod oleh Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).Demikian Allah menggantikan perayaan Jahiliyyah yang dipenuhi permainan, dengan perayaan Islam yang dihiasi rasa perhambaan kepada...

Qiyamullail Malam Raya

Sempena kedatangan Hari Raya Eidil Fitri, terdapat beberapa laman web dan blog islamik menyiarkan artikel tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya dengan pelbagai bentuk ibadah. Kemudian disandarkan kelebihan tersebut kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.Persoalannya, benarkah wujud anjuran khusus daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam supaya dihidupkan malam hari raya dengan qiyamullail?Di dalam kitab Zaad al-Ma’ad, Ibnul Qayyim menyimpulkan bahawa tidak ada suatu dalil sahih pun daripada baginda tentang amalan menghidupkan malam dua hari raya (Eidil Fitri dan Eidil Adha). 1/212.Semua hadis-hadis tentang kelebihan khas menghidupkan malam hari raya adalah tidak sahih dan tidak boleh dijadikan sumber hukum.Hadis-hadis tersebut ialah:Pertama:من قام ليلتي العيدين محتسبا لله لم...

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &Yang Jangan DiLakukanOlehZaharuddin Abd Rahmanwww.zaharuddin.net Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya. Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadhan.   Seolah-olah...

Pages 241234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More