Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

29 June 2010

Umdatul Ahkam: Bab Amaran Kepada Yang Tidak Menyempurnakan Wuduk

Assalamualaikum wbt


Di dalam kitab Umdatul Ahkam, menyebut bahawa hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:

Abdullah bin Amr bin Al Ash, Abu Hurairah dan Aisyah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Celaka bagi tumit-tumit ke dalam api neraka".

Syarah: Yang dimaksudkan tumit-tumit adalah tumit bagi anggota badan manusia yang mana ancaman masuk ke neraka seluruh tubuh badan manusia bukan hanya anggota tumit sahaja.

Hadis ini merupakan suatu hadis ancaman keras oleh Rasulullah saw. Yang dikatakan demikian masuk ke dalam api neraka kerana tidak menyempurnakan wuduk yakni tidak membasuh anggota kaki dengan keseluruhannya. Tumit itu merupakan sebahagian anggota yang wajib dibasuh di dalam mengambil wuduk.

Di dalam hadis lain berbunyi begini:

Abdullah bin Amr رضي الله عنه berkata, "Nabi صلی الله عليه وسلم tertinggal (dari kami 4/91) dalam suatu perjalanan yang kami tempuh lalu beliau menyusul kami, dan kami telah terdesak oleh shalat (pada satu riwayat disebutkan: shalat ashar). Kami berwudhu, dan ketika kami sampai membasuh kaki, lalu beliau menyeru dengan suara yang keras, 'Celakalah bagi tumit-tumit karena api neraka!' (Beliau mengucapkannya dua atau tiga kali)." Hadis riwayat Al-Bukhari.

Ancaman ini keras kerana wuduk adalah perkara asas dalam kesempurnaan solat. Maka, wuduk jika diambil ringan maka boleh menyebabkan tidak sempurna solat tersebut. Antara sebab mengapa Nabi saw berpesan begitu supaya tidak meremeh-temehkan wuduk.

Wuduk dimulai dengan membasuh tangan dan diakhiri dengan membasuh kaki. Bahagian akhir ini kebiasaannya ramai yang tidak mengambil berat bahkan ramai yang mengambil mudah pada bahagian ini dengan hanya menyapu bukan membasuh. Maka, secara mudahnya tumit boleh jadi tidak kena dengan rata menyebabkan wuduk tak sah.

Boleh jadi sehingga tahap berdosa kerana meremeh-temehkan kesempurnaan wuduk kerana ianya adalah syariat yang ditetapkan. Maka, harus prihatin dalam permasalahan wuduk ini.

Dalam persoalan thaharah ini, ada yang terlalu teliti dan ada yang terlalu mengambilnya dengan ringan. Maka, kita sebagai seorang muslim yang ingin mengikut sunnah Nabi saw, apa yang perlu kita lakukan ialah mengambil jalan pertengahan iaitu tidak terlalu teliti dan tidak mengambilnya dengan mudah tetapi mengikut apa yang Nabi saw ajarkan.

- Tulisan ini ditulis lewat atas sebab-sebab tertentu..Harap maaf.


Wallahu'alam

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
29 Jun 2010/17 Rejab 1431H

25 June 2010

Kefahaman Tentang Sunnah Dan Larangan Rasulullah saw Terhadap Masyarakat Awam

Assalamu’alaikum wbt.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kita memohon dan kepada-Nya jua kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan.

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan. Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali hanya Dia.

Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Saya bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.



Apakah yang difahami tentang Sunnah Rasulullah SAW?

Sunnah dari sudut bahasa adalah jalan atau cara, Sunnah nabi dari sudut bahasa ialah jalan atau cara Nabi di dalam perkara agama.

Ibnu Rajab dalam kitab Jami’ul ‘Ulum wal Hikam menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan As-Sunnah pada asalnya adalah jalan yang ditempuh, dan itu meliputi sikap berpegang teguh dengan apa yang dijalani oleh Nabi dan para khalifahnya baik keyakinan, amalan, mahupunucapan. Dan inilah makna As-Sunnah secara sempurna.

Ianya merujuk kepada hadis Rasulullah saw:

“Wajib atas kalian berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah para Al Khulafaa’ Ar Rasyidiin al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu.”
(Shahih, HR Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi dari hadits Al-Irbadh bin Sariyah, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’, no: 2549)

Maka, oleh demikian untuk mendekati sunnah Rasulullah saw ialah dengan mengikuti nas al-Quran dan hadis serta pemahaman para sahabat ra.hum ajma’in. Kita hendaklah mengikuti apa yang telah disyariatkan bukan yang ditokok tambah kerana perkara yang ditokok tambah bukanlah mengikuti acuan sebenar pegangan ahlus sunnah wal jamaah.

Pentingnya mengikuti sunnah Rasulullah SAW

Rasulullah saw adalah contoh ikutan umat. Sebaik manusia yang lahir di muka bumi Allah. Telah disebut di dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 21:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Maka, apakah kita wajar untuk tidak mengikuti apa yang telah disyariatkan oleh Muhammad saw dengan mengikuti amalan tradisi masyarakat? Tahukah kita bahawa telah dinyatakan di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 104 tentang perkara ini? Firman Allah yang bermaksud:

Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan ikuti Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?

Apakah yang difahami tentang Larangan Rasulullah SAW?

Terdapat pelbagai larangan Rasulullah saw berkenaan dengan amalan-amalan yang tidak bersandarkan kepada syariat Islam. Islam telah pun menjadi agama yang lengkap dan sempurna. Bersandarkan kepada al-Quran, surah al-Maidah ayat 3:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Jelas di sini bahawa Allah telah pun mencukupkan Islam dan meredhai Islam sebagai agama orang Islam yang sempurna. Jadi, mengapa masih mahu lakukan perkara yang baru diada-adakan sedang tiada di zaman Rasulullah dan para sahabat sedangkan Allah sendiri sudah beritahu Islam sudah cukup sempurna. Di sini kita perlu lihat kembali larangan-larangan yang telah Rasulullah saw maklumkan di dalam hadis-hadisnya yang sahih.

Hadith Pertama:

Daripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”
(Riwayat al-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, jld. 5, m.s. 11./Dinukil dari buku Bid’ah Hasanah istilah yang di salah fahami)

Hadith Kedua:

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”
(Hadis sahih riwayat al-Bukhari)

Hadith Ketiga:

"Sesungguhnya sebenar-benar perkataan benar adalah Kitab Allah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk Muhammad saw; seburuk-buruk perkara ialah sesuatu perkara baru yang diada-adakan. Setiap perkara baru yang diada-adakan adalah bid'ah. Setiap yang bid'ah itu menyesatkan dan setiap yang menyesatkan itu membawa ke neraka."
(Hadith riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan selain mereka)

Hadith Keempat:

"Telah menasihati kami oleh Rasullah saw akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata. Lalu kami berkata : Ya Rasullah! Seolah-olahnya inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesanan.

Ia bersabda: Aku berwasiat kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah 'Azza Wa Jalla dan mendengarkan serta taat, sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup daripada kamu, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Sebab itu, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu.

Dan jauhi oleh kamu akan perkara-perkara yang baru diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah (perkara-perkara baru yang diada-adakan) itu adalah sesat."
(Hadith hasan sahih riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Amalan tradisi masyarakat: Ikut sunnah Nabi, para sahabat atau ikut adat setempat?

Sekarang ini, yang menjadi isu adalah amalan masyarakat tradisi berkait rapat dengan soal keagamaan. Jika ianya tidak membabitkan soal ibadah tidak mengapa, tetapi ianya terbabit tambahan pula mengkhususkan sesuatu amalan itu ibadah dengan sandaran kepada Rasulullah saw sedangkan Baginda saw tidak pernah melakukannya.

Jika benar ianya amalan yang sunnah, maka generasi yang akan memulakannya pastilah para sahabat kerana mereka generasi yang terdekat dan digelar sebagai generasi salafussoleh. Sabda Nabi saw:

Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya.
(Hadis sahih al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, adakah kita ini lebih bijak dan lebih hebat daripada para sahabat sehinggakan ingin melakukan perkara bid’ah (perkara baru yang diada-adakan) yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat?

Oleh itu, renung balik amalan yang kita lakukan ini sama ada benar mengikut petunjuk hidayah Nabi saw atau sebaliknya. Segalanya kembali kepada niat di qalbu kita. Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis 40 al-Imam al-Nawawi:

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat dan bergantung kepada apa yang dia kerjakan.
(Hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Penjelasan Tentang Tahlilan/Yasinan: Adakah ianya merupakan Sunnah Rasulullah atau Tidak?

Amalan kebiasaan masyarakat adalah membaca yasin, tahlil, melakukan kenduri arwah dan sebagainya. Kalau kita tengok sendiri perihal perkara ini, adakah ianya bertepatan dengan sunnah Nabi saw? Tidak sama sekali. Bahkan al-Imam al-Syafie sendiri yang menjadi imam mazhab syafie mengkritik amalan ini.

Walaupun Imam Syafie terkenal dengan Imam fekah tetapi hakikatnya beliau berpegang teguh dengan aqidah yang sahih. Lihat kenyataan Imam Syafie berhubung isu berkaitan ini:

Di dalam kitab ( اعانة الطالبين ) juz 2. hlm. 146, tercatat pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

وَیَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْیَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ

“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.

Seterusnya di dalam kitab ( اعانة الطالبين ) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:

وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا یَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِیْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ

“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.

Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul ( خول ). Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:

مَا یَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَھْلِ الْمَیِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ

“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga simati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. (Lihat: اعانة الطالبین juz 2 hlm. 145)

Penjelasan yang ringkas daripada Imam Syafie sudah cukup untuk menyatakan bahawa ianya bukanlah sunnah daripada Nabi saw. Jika ianya sunnah, pasti Imam Syafie tidak memerangi amalan ini. Allah swt telah berfirman di dalam surah al- An'am ayat 116:

Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

Hadis Palsu Tentang Fadhilat Membaca Yasin

Adapun yang didakwa ramai orang tentang fadhilat membaca yasin terdapat di dalam hadis namun ianya tidak sahih. Bahkan terdapat kajian mendapati kebanyakan hadis-hadis tersebut tidak boleh dipakai sebagai hujah dan amalan. Ini kerana ianya bercanggah dengan adab beramal kerana Allah dan Rasulullah saw. Ini kerana terdapat amaran Rasulullah saw berkaitan dengan pereka hadis palsu yakni:

Sesungguhnya berdusta ke atasku bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.
(Riwayat al-Bukhari dalam kitab Janaiz dan Mukaddimah Sahih Muslim)

Berikut adalah kajian ilmu hadis berkenaan hadis yang dianggap lemah dan palsu:

1. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum'at maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya".

(Ibnul Jauzi, Al-Maudhu'at, 1/247). Keterangan : Hadis ini Palsu.

Ibnul Jauzi mengatakan, hadis ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadits ini adalah tukang memalsukan hadis.

(Periksa : Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).

2. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin pada malam hari karena mencari keridhaan Allah, niscaya Allah mengampuni dosanya". Keterangan : Hadis ini Lemah.
Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu'jamul Ausath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalam sanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam Bukhari, ia munkarul hadis. Kata Ibnu Ma'in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat).

(Periksa : Mizanul I'tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I : 464-465).

3. "Artinya : Siapa yang terus menerus membaca surat Yasin pada setiap malam, kemudian ia mati maka ia mati syahid". Keterangan : Hadts ini Palsu.

Hadis ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu'jam Shaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya adaSa'id bin Musa Al-Azdy, ia seorang pendusta dan dituduh oleh Ibnu Hibban sering memalsukan hadis.

(Periksa : Tuhfatudz Dzakirin, hal. 340, Mizanul I'tidal II : 159-160, Lisanul Mizan III : 44-45).

4. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan diluluskan semua hajatnya". Keterangan : Hadis ini Lemah.

Ia diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari jalur Al-Walid bin Syuja'. Atha' bin Abi Rabah, pembawa hadis ini tidak pernah bertemu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Sebab ia lahir sekitar tahun 24H dan wafat tahun 114H.

(Periksa : Sunan Ad-Darimi 2:457, Misykatul Mashabih, takhrij No. 2177, Mizanul I'tidal III:70 dan Taqribut Tahdzib II:22).

5. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an dua kali". (Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman). Keterangan : Hadis ini Palsu.

(Lihat Dha'if Jamiush Shaghir, No. 5801 oleh Syaikh Al-Albani).

6. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an sepuluh kali". (Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman). Keterangan : Hadis ini Palsu.

(Lihat Dha'if Jami'ush Shagir, No. 5798 oleh Syaikh Al-Albani).

7. "Artinya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti) Al-Qur'an itu ialah surat Yasin. Siapa yang membacanya maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Qur'an sepuluh kali". Keterangan : Hadis ini Palsu.

Hadis ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman. Ayah Ibnu Abi Hatim berkata : Aku mendapati hadits ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman. Dan ini adalah hadis batil, tidak ada asalnya.

(Periksa : Silsilah Hadis Dha'if No. 169, hal. 202-203) Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta. (Periksa : Mizanul I'tidal IV:173).

8. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin di pagi hari maka akan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai sore. Dan siapa yang membacanya di awal malam (sore hari) maka akan dimudahkan urusannya malam itu sampai pagi". Keterangan : Hadis ini Lemah.

Hadis ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amr bin Zararah. Dalam sanad hadis ini terdapat Syahr bin Hausyab. Kata Ibnu Hajar : Ia banyak memursalkan hadis dan banyak keliru.

(Periksa : Taqrib I:355, Mizanul I'tidal II:283).

9. "Artinya : Bacakanlah surat Yasin kepada orang yang akan mati di antara kamu". Keterangan :Hadis ini Lemah.

Diantara yang meriwayatkan hadits ini adalah Ibnu Abi Syaibah (4:74 cet. India), Abu Daud No. 3121.Hadis ini lemah karena Abu Utsman, di antara perawi hadis ini adalah seorang yang majhul (tidak diketahui), demikian pula dengan ayahnya. Hadis ini juga mudtharib (goncang sanadnya/tidak jelas).

10. "Artinya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya (maksudnya sedang naza') melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya". Keterangan : Hadis ini Palsu.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadis ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'i berkata, ia tidak bisa dipercaya. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadis. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadis.

(Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91).

Akhir Kalam

Semoga dengan tulisan yang penuh dengan hujah dan ilmiah ini memberikan kesedaran dan tanggungjawab terhadap pentingnya membina struktur dalam diri jiwa agama bukannya jiwa ambil tangkap muat di dalam mengamalkan sesuatu amalan kerana amalan yang tidak bersandarkan kepada Nabi saw adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan iman kita, aqidah kita dan prinsip pegangan hidup kita.

Hidup seorang muslim perlu mengikut syariat dan disiplin nas al-Quran dan hadis. Tidak boleh mengikuti amalan yang bercanggah dengan al-Quran dan hadis. Syarat seorang muslim yang bertaqwa mestilah berpegang teguh dengan prinsip al-Quran dan hadis.


Wallahu’alam.

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
24 Jun 2010/13 Rejab 1431H

21 June 2010

Al-Quran: Perbezaan Ahlul Sunnah wal Jama'ah dengan Syiah dalam memahaminya...

Oleh: Ustaz Ahmad Nasim

Perbezaan pegangan antara Ahlus Sunnah dan Syi’ah adalah begitu jauh sekali bagaikan langit dan bumi bahkan lebih lagi itu. Di antara pegangan yang sangat jauh perbezaan antara kedua firqah ini ialah kepercayaan terhadap al-Quran yang diturunkan oleh Allah taala kepada Nabi s.a.w. dan diimani oleh umat Islam sejak sekian lama.

Untuk membuktikan perbezaan tersebut maka perlulah diteliti dan dikaji riwayat-riwayat dan pendapat-pendapat pendokong kedua-dua golongan ini di dalam kitab-kitab sandaran utama masing-masing.

Pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah terhadap al-Quran.

Ahlus Sunnah beri’tiqad bahawa al-Quran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. dan terdapat di tangan umat Islam dari dahulu hingga sekarang terpelihara daripada sebarang penyelewengan, tambahan, pengurangan dan sebagainya. Kepercayaan sedemikian menjadi satu pegangan yang begitu masyhur dan mutawatir serta dapat diketahui dengan mudah oleh semua kalangan umat Islam sehingga tidak perlu dikemukakan sebarang dalil untuk menguatkan pegangan ini. Al-Quran terpelihara daripada semua bentuk penyelewengan tersebut dengan pemeliharaan daripada Allah taala sendiri sebagaimana janjinya di dalam al-Quran yang berbunyi:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُو

Bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya.[i]

Kerana itu tidak terdapat di dalam mana-mana kitab yang menjadi sandaran Ahlus Sunnah walaupun satu riwayat sahih yang menyalahi pegangan tersebut bahkan ulama-ulama besar Ahlus Sunnah dengan jelas mengatakan sesiapa yang mengatakan bahawa terdapat sebarang penyelewengan atau tokok tambah di dalam al-Quran maka ia terkeluar dari Islam.

Di antara ulama Ahlus Sunnah yang jelas mengatakan demikian adalah:

Qadhi ‘Iyadh:

وقد أجمع المسلمون أن القرآن المتلو في جميع أقطار الأرض المكتوب في المصحف بأيدى المسلمين مما جمعه الدفتان من أول (الحمد لله رب العالمين - إلى آخر - قل أعوذ برب الناس) أنه كلام الله ووحيه المنزل على نبيه محمد صلى الله عليه وسلم وأن جميع ما فيه حق وأن من نقص منه حرفا قاصدا لذلك أو بدله بحرف آخر مكانه أو زاد فيه حرفا مما لم يشتمل عليه المصحف الذى وقع الإجماع عليه وأجمع على أنه ليس من القرآن عامدا لكل هذا أنه كافر ولهذا رأى مالك قتل من سب عائشة رضى الله عنها بالفرية لأنه خالف القرآن ومن خالف القرآن قتل أي لأنه كذب بما فيه، وقال ابن القاسم من قال إن الله تعالى لم يكلم موسى تكليما يقتل

Orang-orang Islam sepakat bahawa al-Quran yang dibaca di seluruh pelusuk bumi, ditulis di dalam mushaf yang berada di tangan umat Islam yang dihimpunkan oleh dua helaian bermula daripada الحمد لله رب العالمين sehingga قل أعوذ برب الناس adalah kalam Allah dan wahyunya yang diturunkan kepada nabinya Muhammad s.a.w. dan segala yang terkandung di dalamnya adalah benar. Sesiapa yang mengurangkan daripadanya walaupun satu huruf atau menukarkan satu huruf dengan menggantikan satu huruf yang lain ditempatnya atau menambahkan satu huruf yang tidak terdapat di dalam mushaf yang telah disepakati bahawa ia bukan daripada al-Quran dan ia melakukan perkara-perkara tersebut dengan sengaja maka ia dihukumkan sebagai seorang yang kafir. Kerana itulah Imam Malik berpendapat bahawa orang yang mencaci ‘Aaisyah r.a. melakukan kecurangan hendaklah dibunuh kerana ia telah menyalahi al-Quran dan sesiapa yang menyalahi al-Quran bermakna ia telah mendustakan apa yang terkandung di dalamnya. Ibnu al-Qasim berkata: “Sesiapa yang mengatakan Allah taala tidak bercakap dengan Nabi Musa[ii] hendaklah dibunuh”.[iii]


Ibnu Qudamah al-Maqdisi:

ولا خلاف بين المسلمين في أن من جحد من القرآن سورة أو آية أو كلمة أو حرفا متفقا عليه أنه كافر

Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al-Quran.[iv]


Ibnu Hazam:

القول بأن بين اللوحين تبديلا كفر صحيح وتكذيب لرسول الله صلى الله عليه و سلم

Pendapat yang mengatakan berlaku perubahan di antara dua kulit (di dalam al-Quran) adalah kekufuran yang nyata dan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w.[v]

Qadhi Abu Ya’la:

والقرآن ما غير ولا بدل ولا نقص منه ولا زيد فيه خلافاً للرافضة القائلين أن القرآن قد غير وبدل وخولف بين نظمه وترتيبه. إن القرآن جمع بمحضر من الصحابة رضي الله عنهم وأجمعوا عليه ولم ينكر منكر ولا رد أحد من الصحابة ذلك ولا طعن فيه ولو كان مغيراً مبدلاً لوجب أن ينقل عن أحد من الصحابة أنه طعن فيه ، لأن مثل هذا لايجوز أن ينكتم في مستقر العادة . ولانه لو كان مغيراً ومبدلاً لوجب على علي رضي الله عنه أن يبينه ويصلحه ويبين للناس بياناً عاماً أنه أصلح ما كان مغيراً فلما لم يفعل ذلك بل كان يقرأه ويستعمله دل على أنه غير مبدل ولا مغير

Al-Quran tidak diubah, tidak ditukar ganti, tidak berlaku pengurangan daripadanya dan tidak berlaku penambahan di dalamnya berlainan dengan golongan Rafidhah (Syi’ah) yang mengatakan bahawa al-Quran telah diubah, ditukar ganti dan disusun berlainan dengan susunan dan tertibnya yang asal. Sesungguhnya al-Quran telah dihimpunkan di hadapan sahabat-sahabat r.a. dan mereka sepakat di atas pengumpulan tersebut serta tiada seorangpun dari kalangan sahabat yang mengingkari dan menolak persepakatan tersebut. Kalaulah berlaku sebarang pengubahan dan tokok tambah (di dalam pengumpulan al-Quran) pasti akan terdapat nukilan daripada mana-mana sahabat bahawa ia menolak pengumpulan tersebut kerana perbuatan sedemikian tidak harus didiamkan. Dan berlaku sebarang pengubahan dan tokok tambah maka wajiblah ke atas Ali r.a. untuk menjelaskan dan memperbaikinya serta menerangkan secara umum kepada orang ramai bahawa ia telah memperbaiki mana-mana yang telah diubah. Bilamana dia tidak melakukan demikian bahkan ia membaca serta mengamalkannya maka ia menunjukkan bahawa tiada sebarang pengubahan dan tokok tambah (pada al-Quran).[vi]

Empat contoh yang dikemukakan ini sudahpun memadai untuk dijadikan bukti pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Jika dikemukakan kesemuanya nescaya tulisan ini tidak lagi menjadi satu artikel yang ringkas. Namun begitu untuk meneliti pandangan-pandangan yang sama daripada ulama-ulama Ahlus Sunnah bolehlah menambah pengetahuan dengan membaca kitab-kitab seperti al-Farq Baina al-Firaq, al-Mu’tamad fi Usul ad-Din, as-Saarim al-Maslul, Maqalaat al-Islamiyyin dan kitab-kitab lain sama ada kitab tafsir, usuluddin, ‘ulum al-Quran, syarah–syarah hadith dan kitab-kitab usul yang lain.


Pandangan Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyaa’irah terhadap al-Quran.

Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat Islam sekarang telah berlaku penyelewengan dan tokok tambah padanya. Di bawah ini akan dikemukakan sebahagian daripada mereka.

Ali bin Ibrahim al-Qummi pengarang kitab tafsir tertua di sisi Syi'ah menyebutkan di dalam mukaddimahnya:

فالقرآن منه ناسخ، ومنه منسوخ، ومنه محكم، ومنه متشابه، ومنه عام، ومنه خاص، ومنه تقديم، ومنه تأخير، ومنه منقطع، ومنه معطوف، ومنه حرف مكان حرف، ومنه على خلاف ما انزل الله

Bermaksud: Al-Quran di antara ayatnya ada yang memansukhkan, ada yang dimansukhkan, ada yang muhkam dan ada yang mutasyabih, ada yang umum dan ada yang khusus, ada yang terdahulu dan ada yang terkemudian, ada yang terputus dan ada yang bersambung, ada yang diletakkan satu huruf di tempat satu huruf yang lain dan di antaranya ada yang berlainan dari apa yang diturunkan oleh Allah Taala.[vii]

Pentahqiq kepada kitab tafsir tersebut menjelaskan maksud kata-kata beliau "Ada yang berlainan dari apa yang diturunkan oleh Allah Taala" dengan katanya:

مراده رحمه الله منه الآيات التي حذفت منها الفاظ على الظاهر كالآيات التي نزلت في امير المؤمنين عليه السلام مثل قوله تعالى ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام)

Maksud Imam al-Qummi adalah antaranya ayat-ayat yang dibuang daripadanya lafaz-lafaz secara zahir (penyelewengan pada lafaz al-Quran itu sendiri bukan maknanya) seperti ayat-ayat yang turun berkenaan Amirul Mukminin Ali a.s. seperti firman Allah Taala:

" ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام)".

‘Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi menukilkan kata-kata Sayyid Ni'matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu'maniyyah yang berbunyi:

أن الأصحاب قد أطبقوا على صحة الأخبار المستفيضة بل المتواترة الدالة بصريحها على وقوع التحريف في القرآن

Bermaksud: "Sesungguhnya tokoh-tokoh Syi’ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran”.[viii]

Dan ramai lagi ulamak Syi'ah yang menerima bahawa telah berlakunya tahrif di dalam al-Quran seperti Syeikh Mufid di dalam Awailul Maqaalat hal 13, Al-Kasyani di dalam mukaddimah Tafsir As-Shafi, Abul Hasan Al-Amili di dalam mukaddimah Tafsir Mir'atul Anwar dan lain-lain lagi.

Pegangan ulama-ulama Syi’ah tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat-riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka[ix] yang dengan jelas menunjukkan berlakunya tahrif di dalam al-Quran. Di antara riwayat-riwayat tersebut adalah:

[i] Al-Quran Surah al-Hijr ayat 9

[ii] Allah taala telah menjelaskan di dalam surah an-Nisa’ ayat 164 bahawa Dia benar-benar bercakap dengan Nabi Musa a.s.

[iii] Asy-Syifa Bi Ta’rifi Huquq Al-Mustafa jil. 2 hal. 304.

[iv] Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17

[v] Al-Fasl Fi Al-Milal Wa An-Nihal jil. 4 hal. 139.

[vi] Al-Mu’tamad Fi Usul Ad-Din hal. 258

[vii] Tafsir Al-Qummi, Mukaddimah juz 1 hal. 6

[viii] Fashlul Khitab Fi Ithbati Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab hal. 31

[ix] Riwayat-riwayat tersebut dihimpunkan oleh Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi di dalam kitabnya Fashlul Khitab Fi Ithbati Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab.

18 June 2010

Pembelaan Buat Dai'e Yang Dizalimi

Assalamualaikum wbt.

Aku menyokong tindakan Masri menegakkan keadilan dan kebenaran terhadap berita palsu yang disiarkan oleh NST pada hari semalam berhubung isu Syeikh Aiman ad-Daqqaq yang kononnya didakwa seperti berikut:

Al-Qaeda member Aiman Al Dakak entered Malaysia in 2004 on a student visa and had since studied in three universities here before he was captured.

To the university authorities, he was just a student, but to several of the students, he was a mentor on a mission.

His mission included getting new recruits for al-Qaeda and Jemaah Islamiah, and in the process, attack places of worship here


Sesungguhnya tiada kata lain selain fitnah oleh pihak akhbar NST ini. Di bawah merupakan tulisan Masri di dalam menyatakan ketidaksetujuan beliau terhadap laporan akhbar NST tersebut.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Hari ini aku menduduki peperiksaan subjek English for Occupational Purpose [EOP]. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, aku singgah sebentar di kedai yang menjual surat khabar, untuk melihat berita muka hadapan. Aku terhenti pada akhbar NST. Aku terdiam, muka depannya memaparkan komplot pengganas kononnya untuk mengebom rumah ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang. Nama yang dituduh ialah seorang insan yang amat aku kenali, Shaikh Aiman ad-Daqqaq hafizahullah.



Terdiam, aku berjumpa dengan rakan-rakan. Hati kami tidak tenang. Sambil menjawab peperiksaan, terbayang-bayang berita yang kami baca. Masih segar diingatan aku saat-saat fitnah bermula, pihak UTK menyerbu kuliah Sahih Muslim yang disampaikan oleh Shaikh Aiman ad-Daqqaq. Rumah yang menjadi tempat lokasi penyebaran ilmu, yang dipenuhi dengan kitab-kitab yang berisi ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabawi ditohmah sebagai pusat pengganas, sebagai pusat melancarakan serangan di seluruh dunia.

Sungguh pendusta wahai kalian yang memberi maklumat kepada pihak polis! Sungguh pendusta kalian yang menulis di dada akhbar! Sungguh kalian pendusta dan akan dipersoal di akhirat kelak, di mahkamah Tuhan Yang Maha Adil. Tangan-tangan kalian yang berdusta, lidah-lidah kalian yang berdusta akan menjadi saksi di atas pendustaan kalian.

Hari ini selesai peperiksaan, aku terus membeli NST, mahu membaca apa berita di dalamnya. Sungguh jika muka hadapan terbalut 1000 pendustaan, kononnya Shaikh Aiman mahu menyerang rumah-rumah ibadat bukan Islam. Isi-isi di dalam pula penuh lagi dengan pendustaan.

Wahai pendusta! Wahai manusia yang zalim! Apakah kalian buta bahawa Shaikh Aiman ad-Daqqaq hafizahullah seorang yang mendakwah kepada Islam yang tulen. Apakah kalian lupa menyelongkar kitab-kitab fatwa di rumah beliau? Apakah kalian sebenarnya tidak tahu membaca Bahasa Arab sehingga tidak bertemu kitab-kitab tulisah Shaikh Muhammad Bin Saleh al-Uthaimin, Shaikh Ibn Baz, Shaikh al-Albani rahimahumullah! Inilah antara ulama'-ulama' kontemporari yang menjadi sumber rujukan Shaikh Aiman ad-Daqqaq. Wahai PDRM! Apakah kalian tidak pernah menyemak fatwa-fatwa ulama' ini tentang serangan berani mati? Nah! Sini aku sertakan video kenyataan Shaikh Muhammad Bin Shalih al-Uthaimin rahimahullah tentang bom bunuh diri:

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1143356800303&ref=mf

Inilah kenyataan ulama' yang sering menjadi rujukan Shaikh Aiman ad-Daqqaq. Apakah kalian tidak memeriksa semua ini sebelum melemparkan tuduhan dan fitnah kepada seorang pendakwah?

Atau apakah ada manusia yang menjadi tangan ghaib untuk menghapuskan dakwah tauhid, lalu memainkan isu fitnah. Ya, tangan-tangan ghaib yang pernah memfitnah Ibn Taimiyyah pada zamannya hingga Ibn Taimiyya disumbat ke dalam penjara. Tangan-tangan ghaib yang dimiliki golongan penyembah kubur, golongan zikir menari, golongan penyebar hadis palsu, golongan yang memusuhi dakwah tauhid dan sunnah.

Aku merayu kepada SB-SB yang membaca tulisan aku ini. Jadikanlah kerja kalian ibadah, sungguh kalian sedang memfitnah seorang insan yang tidak berdosa. Lupakah kalian ketika kalian menyerbu kami, menangkap kami, kami tidak melawan sedikitpun, tidak memaki hamun anggota polis sedikitpun. Kami hanya dengar dan taat kerana kami tahu kalian wahai pihak keselamatan hanya menjaga keamanan dan menjalankan tugas.

Tidak kasihankah kalian kepada ahli keluarga mangsa tahanan fitnah ini. Mereka ada yang mahu menghabiskan Phd, ada yang hampir selesai, ada yang baru memulakan master. Dihantar pulang begitu sahaja, ahli keluarga dibiar terkapai-kapai di Malaysia, dan tiada sedikitpun belas kasihan kalian, membiarkan anak terpisah daripada ayahnya, memisahkan si isteri dari suaminya. Lupakah kalian ini yang kalian lakukan beberapa bulan yang lalu?

Kalian menjadikan si anak yatim sedangkan ayahnya masih hidup. Kalian menjadikan si isteri balu sedangkan suaminya masih hidup. Lupakah kalian!

Setelah mereka semua dihantar pulang. Ya dihantar pulang, kerajaan negara mereka menyambut mereka. Yang Nigeria disambut oleh pihak pemerintah mereka kerana mereka tahu rakyat mereka bukan pengganas. Yang sudah pulang sudah merasa aman. Si isteri dan anak-anak dihantar pulang atas ehsan wang derma rakyat Malaysia yang mempunyai perikemanusiaan. Kini, ketika mereka tiada di Malaysia, kalian memalu kembali gendang fitnah. Kalian memfitnah mereka di dada-dada akhbar tatkala mereka tak mampu mempertahankan diri mereka.

Wahai pihak keselamatan! Berhati-hatilah kalian dengan pihak penabur fitnah. Ya, perangilah golongan pengganas. Hapuskan mereka yang melakukan keganasan dengan bertopengkan Islam. Tetapi, aku merayu di sini, jangan dihukum mereka yang tak bersalah. Jangan ditangkap para pendakwah yang tidak tahu memegang pistol apatah lagi M-16. Kalian melakukan kesilapan yang besar! Kalian sedang memfitnah seorang pendakwah yang menentang aliran pengganas yang bertopengkan Islam. Kalian sedang memfitnah seorang pendakwah yang menyeru masyarakat kembali kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.

Berhati-hatilah kalian dengan pemberi maklumat palsu! Periksalah kitab-kitab yang ada di rumah Shaikh Aiman, periksalah semua kitab-kitab beliau, nescaya kalian tidak menemui seruan membunuh manusia tidak berdosa, kalian tidak akan menemui seruan untuk menyerang rumah-rumah ibadat.

Wahai pembaca sekalian! Aku teringat pada liqa' terakhir [yang juga pertama selepas sekian lama aku tidak hadir ke kuliah beliau] sebelum Shaikh Aiman dimasukkan ke Hospital Tawakal. Seorang yang hadir bertanya isu nama Allah, diceritakan isu serangan ke atas gereja. Kalian mahu tahu apa jawapan Shaikh Aiman? Kalian mahu tahu apa yang beliau seru? Apa yang ada di fikiran kalian? Kalian fikir dia suruh kami berjihad dan menyerang gereja-gereja? Jika itu fikir kalian, sungguh pemikiran kalian terpesong. Beliau menyeru semua umat Islam bertenang. Beliau menasihati kami agar menjauhkan diri daripada terlibat dengan hal-hal tersebut. Beliau menasihatkan kami memfokuskan kepada yang lebih penting, menuntut ilmu, berdakwah, dan bukan menyibukkan diri dengan isu perebutan nama Allah antara Kristian dan Islam. Kalian lihat, ketika isu nama Allah sedang panas, ada gereja dan surau dibakar. Shaikh Aiman ad-Daqqaq menasihati kami agar bertenang, jangan melibatkan diri dengan hal-hal yang tidak berfaedah ini. Kata beliau, isu nama Allah ini hanya menjauhkan umat dari hal-hal yang lebih penting.

Pembaca sekalian. Aku mengenali Shaikh Aiman ad-Daqqaq sejak aku tahun 1 di UIA Gombak. Aku menghadiri kuliah Aqidah Tahawiah beliau. Bila Ramadhan, aku menghadiri tazkirah-tazkirah beliau selepas solat Terawih. Beliau mengajar kitab Adab al-Mufrad yan membicarakan soal adab dan akhlak.

Inikah sosok tubuh yang kalian gelar pengganas. Sungguh aku merayu pada pihak kerajaan, pihak PDRM, hentikan fitnah-fitnah ini. Kalian sedang menzalimi insan-insan yang tidak bersalah. Hanya pada Allah tempat kita berlindung.

Berdoalah agar Allah membukakan hati-hati pemimpin kita untuk menjauhkan diri daripada fitnah ini. Berdoalah agar Allah memberikan petunjuk kepada pihak keselamatan agar yang benar-benar pengganas ditangkap, dan yang tidak bersalah diberi keadilan. Berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada kaum pembuat fitnah, atau jika tidak, berdoalah agar Allah menghancurkan kaum-kaum yang zalim, yang memusuhi Islam dan para pendakwah yang menyeru kepada Islam.

Ya Allah, hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.

Sumber: Lobai Tampin

Sketsa budaya perbualan agama di kalangan Masyarakat

Assalamualaikum wbt.
Ada satu artikel yang menarik untuk dikongsi berkaitan dengan mereka yang taksub mazhab. Semoga mendapat manfaat kepada sesiapa yang membaca.

Oleh: Moderator HKSH

Si A: Kau tahu tak bahawa menyentuh Isteri sebenarnya tidak membatalkan Wuduk

Si B:Tapi dalam mazhab Syafie mengatakan ia batal. Kita kena la ikut Mazhab Syafie

Si A: Bagaimana pula kau kata kita mesti ikut Mazhab Syafie? Yang kita perlu ikut ialah Quran dan Hadith yang sahih.

Si B: Kau ni tak belajar ke. Kan ustaz kita kata kena ikut 1 mazhab sahaja. Kau jangan cuba hina Imam Syafie

Si A: Aku nak tanya kau, apa nama sebenar Imam Syafie dan apa kitabnya?

Si B: Err...Err.. Mana lah aku tahu.

Si A: Kau sendiri tak tahu nama sebenar Imam Syafie (Muhammad Bin Idris) apatah lagi kitabnya ( Al-Umm, Ar Risalah dll). Jadi aku lebih mengetahui mengenai mazhab Syafie melibihi kau.

Si B: Tapi Malaysia mestilah ikut Mazhab Syafie. Kalau dah keluar negara tu barulah boleh tukar Mazhab.

Si A: Sejak bila Imam Syafie membentuk Mazhab ikut sempadan negara? Sempadan yang ada kini pun sempadan yang ditentukan oleh British. Mana mungkin mazhab mengikut garis sempadan yang dibuat British? Ketika Zaman Imam Syafie (wafat 204 H) negara Malaysia belum lagi terbentuk.

Si B: Tapi kita kena la ikut 1 pendapat Mazhab sahaja. Mana boleh tukar-tukar.

Si A: Aku lebih mendalami ilmu mazhab Syafie dan Imam Syafie tak pernah kata macam yang kau kata.

Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Si B: Err..Err.. Kau mana boleh cakap macam tu. Kau bukan Ustaz. Kau kena dalami dulu ilmu agama betul-betul baru boleh cakap (Si B sudah berada dalam situasi mati akal namun tetap berdegil)

Si A: Kau pernah dengar hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim?

Si B: Mestilah pernah sebab itulah hadith yang paling banyak keluar dalam ceramah dan TV. Tu kan hadith sahih.

Si A: Kenapa kau tak pakai riwayat Imam Syafie? Kenapa kau pakai Riwayat Imam Bukhari dan Muslim? Bukankah itu seperti menjadi Mazhab Bukhari dan Muslim?

Si B: Err.. Err.. Tapi Imam Syafie lebih pandai dari kita kan? Lebih pandai dari Ulama sekarang

Si A: Saya ingin bertanya, antara Dr Yusuf Qardawi dan Imam Syafie, yang mana lebih banyak berjumpa dengan hadith sahih?

Si B: Sudah tentulah Imam Syafie. Dia kan Imam Mazhab (Si B memberi jawapan tanpa berfikir)

Si A: Imam Syafie wafat pada tahun 204 H. Manakala Imam Bukhari lahir pada 194 H. Ketika wafatnya Imam Syafie, Imam Bukhari berumur 10 tahun dan ketika itu Sahih Bukhari masih belum wujud. Maka Imam Syafie belum pernah membaca kitab hadith paling sahih iaitu Sahih Bukhari. Dr Yusuf Qardawi pernah membaca Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud , Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah dan Sunan Nasai yang kesemuanya wujud selepas kewafatan Imam Syafie. Jadi Dr Yusuf Qardawi melihat lebih banyak pendapat dan membandingkannya.

Si B: Kau siapa nak menilai Ulama macam tu. Kau sendiri tak perfect lagi. Kau kena belajar lagi jangan main cakap sebarangan (Si B menggunakan hujah emosi untuk mempertahankan egonya).

Si A: Kau pernah bayar Zakat tak?

Si B: Mestilah pernah, itu kan Wajib.

Si A: Kalau ikut Mazhab Syafie, tidak sah zakat dengan mata Wang sekarang. Ia hendaklah dari barangan ruji dan asasi. Jika ikut Mazhab Syafie, kau tak boleh berurusan dengan air di mesin kerana air di mesin tidak ada akad " Aku jual, aku beli".

Kalau satu-satu pendapat Imam Syafie itu lebih kuat dalilnya berbanding Imam lain, maka kita ambil pendapatnya.

Kesemua Imam Mazhab berpendirian yang sama dalam hal ini.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam Malik berkata: (mazhab maliki)
“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

Imam ahmad bin Hambal berkata: (mazhab hambali)
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

Imam Mazhab itu adalah salah seorang perawi hadith sahaja. Dan ada beratus perawi hadith di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan dihadkan kepada 4 orang sahaja. Lihat:http://ahlulhadist.wordpre
ss.com/

Si B: Tapi hormatilah mazhab lain. Jangan menghina mazhab lain

Si A: Ini bukan soal menghormati dan menghina. Kitalah yang menghormati Imam-imam Mazhab jika berdisiplin mengikut hadith yang sahih dalam sesuatu hukum tanpa taksub kepada tokoh. Ini kerana semua Imam berdisiplin sama dalam hal ini. Jika kamu nak tahu, mazhab maliki menghalalkan makan daging anjing. Bolehkah kita membenarkan perkara itu? Kita mestilah menegahnya dan mengemukakan dalilnya. Mungkin Imam Mazhab tidak berjumpa dengan hadith tersebut namun dijumpai oleh Imam yang lain.

Si B: Kau ni nak ikut mazhab lain kau lagi pandai dari Imam Syafie ke?

Si A: Kau ni taqlid dengan mazhab Syafie kau lebih pandai dari Imam Malik, Imam Ahmad Bin Hambal dan Imam Abu Hanifah ke?

Si B: Dah la, malas aku nak bercakap dengan kau. Baik kau pergi belajar dulu dan belajar dengan guru. Kau WAHABI !!! (Senjata terakhir)

KESIMPULAN

Moralnya di sini, jika kita orang awam menyaksikan perbualan ini, akal yang waras akan dapat membezakan siapa yang salah dan siapa yang benar dalam perbualan ini. Namun amat didukacitakan ego menghalang seseorang dari menerima kebenaran dan menilai pendapat.


Kata Ulama mahsyur Dr Yusuf Qardawi:


Sikap taksub mazhab fekah begitu kuat dalam masyarakat kita, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandang luar mazhab mereka yang mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok agama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak keluar, sekalipun terpaksa menolak dalil yang sahih. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian.Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwat al-Islamiyyat bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Madhmum, m.s 202,Kaherah: Dar al-Sahwat (1991)

Wallahua'lam.

17 June 2010

Tuntutan al-Sunnah dalam bulan Rejab

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
أما بعد؛

Segala puji bagi Allah Ta ‘ala yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita sebagai hamba-hambaNya. Di antara nikmat-nikmat tersebut ialah musim-musim ibadah yang diselang-selikan untuk hamba-hambaNya mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala dari semasa ke semasa. Sebagai manusia, pastinya mempunyai macam-macam kelemahan. Akan tetapi pada masa yang sama, manusia juga mempunyai kecergasan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Kita telah diarahkan supaya menjaga masa dan menjaga hak-hak khaliq dan makhluk. Hadith Salman wajarlah menjadi pedoman kita dalam perkara ini. Kisah Salman dengan Abu Al-Darda’ adalah seperti berikut:

عن أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ آخَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاءِ فَزَارَ سَلْمَانُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَرَأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَذِّلَةً فَقَالَ لَهَا مَا شَأْنُكِ قَالَتْ أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا فَجَاءَ أَبُو الدَّرْدَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فَقَالَ كُلْ قَالَ فَإِنِّي صَائِمٌ قَالَ مَا أَنَا بِآكِلٍ حَتَّى تَأْكُلَ قَالَ فَأَكَلَ فَلَمَّا كَانَ اللَّيْلُ ذَهَبَ أَبُو الدَّرْدَاءِ يَقُومُ قَالَ نَمْ فَنَامَ ثُمَّ ذَهَبَ يَقُومُ فَقَالَ نَمْ فَلَمَّا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ قَالَ سَلْمَانُ قُمْ الْآنَ فَصَلَّيَا فَقَالَ لَهُ سَلْمَانُ إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [ صَدَقَ سَلْمَانُ.][1]

Maksudnya: Terdapat riwayat daripada Abu Juhfah katanya: Rasulullah r telah mempersaudarakan antara Salman dan Abu al-Darda’. Pada suatu hari Salman menziarahi Abu al-Darda’ dan dia melihat isteri Abu al-Darda’ tidak terurus. Salman bertanya kepadanya, “Kenapa kamu begini?” Isteri Abu al-Darda’ menjawab, “Saudaramu, Abu al-Darda’ tidak berhajat kepada dunia.” Apabila Abu al-Darda’ datang dan membuat hidangan untuk Salman, Salman mengajak beliau makan sekali. Abu al-Darda’ menjawab, “Saya Puasa.” Salman berkata, “Saya tidak akan makan jika kamu tidak makan.” Abu al-Darda’ pun makan bersama. Apabila tiba waktu tidur di permulaan malam, Abu al-Darda’ bangun untuk solat malam. Salman menyuruhnya tidur, lalu beliau pun tidur. Tidak lama kemudian Abu al-Darda’ bangun untuk solat malam. Sekali lagi Salman menyuruhnya tidur. Apabila sampai penghujung malam, Salman berkata, “Sekarang bangun.” Mereka pun bangun dan solat malam. Kemudian Salman berkata kepada Abu al-Darda’ “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhanmu, tanggungjawab terhadap badanmu, tanggungajawab terhadap keluargamu; jadi hendaklah kamu melaksanakan tanggungjawab kamu kepada mereka semua.” Abu al-Darda’ kemudiannya pergi bertanya Rasulullah r tentang perkara ini lalu Baginda r berkata, “Benar kata Salman.”

Di samping itu kita juga mestilah mengetahui bahawa amalan yang terbaik di sisi Allah Ta‘ala ialah yang berterusan walaupun sedikit.

وَإِنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ.[2]

Maksudnya: Sebaik-baik amalan di sisi Allah Ta'ala ialah yang berterusan walaupun sedikit.

Semua ini mestilah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan menepati garis panduan yang telah diletakkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagaimana yang kita semua maklum, al-Ikhlas dan menepati al-Sunnah adalah dua syarat penerimaan amalan kita di sisi Allah Ta‘ala selepas wujud keimanan. Perkara pertama adalah amat penting. Sesuatu amalan yang tidak disulami al-Ikhlas akan tinggal amalan yang kering dan tidak bermaya. Penelitian terhadap sirah dan sejarah para ulamak akan banyak membantu individu muslim untuk menerapkan sifat mulia ini di dalam kehidupan hariannya.

Selepas memastikan kewujudan al-Ikhlas, datanglah giliran al-Sunnah untuk diterapkan dalam kehidupan kita. Apabila melihat kepada al-Sunnah pastilah perbincangan di sini menjurus kepada dua perkara iaitu kesahihan hadith dan ikutan terhadapnya. Orang yang mahir dalam disiplin hadith akan digelar ‘Sahibu hadith’ manakala orang yang menitik-beratkan ikutan terhadap hadith akan digelar ‘Sahibu sunnah.’ Apapun gelarannya, kedua-duanya amat diperlukan oleh kita di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya.

Di dalam lembaran-lembaran berikut, perbincangan akan dihalakan kepada tuntutan al-Sunnah dalam tiga bulan tertentu iaitu bulan Rejab, Sya‘ban dan Ramadhan. Secara umumnya, bersesuaian dengan tajuk perbincangan, kita akan menekankan amalan-amalan yang disinari cahaya al-Sunnah. Amalan-amalan yang ditutup oleh kegelapan al-Bid‘ah pula hanya akan disentuh secara ringkas sahaja. Ini semua dilakukan berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith Nabi s.a.w. serta pandangan-pandangan para ulamak yang muktabar.

Semoga perbincangan yang serba ringkas dapat sedikit-sebanyak membantu kita di dalam beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w. serta memartabatkannya di dalam kehidupan seharian kita demi untuk membuktikan ketulusan cinta kita kepada Allah Ta‘ala, Tuhan sekelian alam. Allah jualah yang dipohon agar memberi kita ganjaran yang berlipat ganda dan mengampunkan kesilapan-kesilapan kita di dalam usaha ini. Amin.

1- Tuntutan al-Sunnah: Rejab.

Berkenaan dengan bulan Rejab, sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan bahawa bulan ini samalah dengan bulan-bulan lain. Untuk mendapat gambaran ringkas tentang tuntutan al-Sunnah di dalam bulan ini perhatikanlah kenyataan-kenyataan berikut:

1- al-Quran menjelaskan bahawa bulan Rejab adalah salah satu daripada al-Ashhur al-Hurum (bulan-bulan haram). Firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:36):

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَةِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ [3]

Maksudnya: Sesungguhnya waktu telah kembali seperti keadaannya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Satu tahun mempunyai 12 bulan. Di kalangannya 4 bulan haram, 3 berterusan; Zul Qi‘dah, Zul Hijjah dan al-Muharram serta Rejab kabilah Mudar di antara Jumada dan Sya‘ban.

2- Tiada solat khas dalam bulan Rejab:

وقال النووي رحمه الله تعالى "واحتج به العلماء على كراهة هذه الصلاة المبتدعة التي تسمى الرغائب قاتل الله واضعها ومخترعها فإنها بدعة منكرة من البدع التي هي ضلالة وجهالة وفيها منكرات ظاهرة وقد صنف جماعة من الأئمة مصنفات نفيسة في تقبيحها وتضليل مصليها ومبتدعها ودلائل قبحها وبطلانها وتضلل فاعلها أكثر من أن تحصر" [4]

Maksudnya: Imam al-Nawawi telah berkata ‘Para ulamak telah berhujjah dengannya ke atas kebencian solat yang yang bid‘ah ini yang dinamakan al-Raghaib. Semoga Allah memerangi pemalsunya dan penciptanya. Sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang munkar yang terdiri daripada bid‘ah-bid‘ah yang sesat dan kejahilan. Di dalamnnya terdapat kemungkaran yang jelas. Sekumpulan para ulamak telah menulis tulisan-tulisan yang bermutu dalam memburukkannya dan menyesatkan orang yang bersolat dengannya dan menciptanya. Dalil-dalil berkenaan kekejiannya, kebatilannya dan kesesatan pembuatnya amat banyak sehingga tidak terbilang.

وقال الحافظ ابن رجب رحمه الله تعالى " فأما الصلاة فلم يصح في شهر رجب صلاة مخصوصة تختص به والأحاديث المروية في فضل صلاة الرغائب في أول جمعة من شهر رجب كذب وباطل لا تصح وهذه الصلاة بدعة عند جمهور العلماء ... وأول ما ظهرت بعد الأربعمائة فلذلك لم يعرفها المتقدمون ولم يتكلموا فيها " ا.هـ( لطائف المعارف / 228) .

Maksudnya: Berkenaan dengan solat, di dalam bulan Rejab tidak terdapat solat yang khas untuk bulan ini. Hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan kelebihan solat al-Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah penopuan dan batil serta tidak sah. Solat ini adalah bid‘ah di sisi kebanyakan ulamak… Kali pertama solat ini muncul ialah selepas tahun 400. Oleh sebab itulah ianya tidak diketahui oleh ulamak terdahulu dan mereka tidak membincangkannya.

3- Berpuasa di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

قال ابن القيم "كل حديث في ذكر صوم رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى"[5]

Maksudnya: Semua hadith yang menyatakan puasa bulan Rejab dan solat sebahagian malam-malamnya adalah penipuan yang direka.

وقال الحافظ ابن حجر " لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معيَّن ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة " ا.هـ تبيين العجب / 11 ( وأنظر : لطائف المعارف /228 )

Maksudnya: Tidak terdapat hadith sahih yang boleh dijadikan hujah berkenaan kelebihan bulan Rejab, puasa bulan ini, puasa hari-hari tertentu bulan ini mahupun bangun malam tertentu pada bulan ini.

4- Membuat umrah di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

Setakat ini, penulis masih belum berjumpa dengan hadith sahih yang menerangkan kelebihan umrah di bulan Rejab. Ya, terdapat beberapa riwayat golongan Syi‘ah yang mengatakan umrah bulan Rejab adalah umrah yang terbaik. Akan tetapi Ahl al-Sunnah tidak menerima periwayatan mereka di samping riwayat tersebut tidak bersambung kepada Rasulullah s.a.w.

5- Malam al-Isra’ wal-Mi‘raj tidak sah pada malam ke 27 bulan Rejab:

قال الحافظ ابن كثير الدمشقي رحمه الله تعالى: (وقد أورد-أي عبدالغني المقدسي- حديثاً لا يـصـحّ سـنـــده ذكرناه في فضائل شهر رجب أن الإسراء كان ليلة السابع والعشرين من رجب والله أعلم. ومن الناس من يزعم أن الإسراء كان أول ليلة جمعة من شهر رجب, وهي ليلة الرغائب التي أُحدثت فيها الصلاة المشهورة, ولا أصل لذلك والله أعلم) [6]

Maksudnya: al-Imam Ibnu Kathir telah berkata (Abdul Ghani al-Maqdisi telah meriwayatkan sebuah hadith yang tidak sah sanadnya dan kami telah jelaskan dalam ‘Fadail Shahr Rajab’ bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada malan ke-27 bulan Rejab, Allah jua yang lebih mengetahui. Ada juga di antara manusia yang menyangka bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada Jumaat pertama dalam bulan Rejab, iaitulah malam al-Raghaib yang dicipta padanya solat yang masyhur, sedangkan tiada asal bagi perkara ini, Allah jua yang lebih mengetahui.)

Kesimpulannya, amalan-amalan di bulan Rejab adalah sama seperti amalan-amalan di bulan-bulan lain. Perkara yang membezakannya ialah bulan ini tergolong dalam bulan-bulan haram yang mana kezaliman dan peperangan tanpa sebab amat dimurkai oleh Allah Ta’ala berbanding dengan bulan-bulan lain.

[1] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Man Aqsama ‘ala Akhihi Liyuftir, No. 1832.
[2] HR al-Bukhari, No. 5523. Juga Muslim, No. 782.

[3] HR al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Hajjah al-Wida’, No. 4054. Juga Muslim, Kitab al-Qasamah Wa al-Muharibin Wa al-Qisas Wa al-Diyat, BabTaghliz Tahrim al-Dima’ Wa al-A‘rad Wa al-Amwal, No. 3179.
[4] Sila lihat al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Jil. 8 Hlm. 20.
[5] Sila lihat Ibnu al-Qayyim, al-Manar al-Munif, Hlm. 96.
[6] Sila lihat Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 3 Hlm. 136-137.
[7] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Saum Sya‘ban, No. 1834. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam al-Nabi s.a.w. Fi Ghair Ramadhan Wa Istihbab An La Yukhliya Shahran ‘An Saum, No. 1957.
[8] HR Ibnu Abi ‘Asim, Ibnu Hibban dan lain-lain, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1144.
[9] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah al-Saum Fi al-Nisf al-Thani Min Sya‘ban Li Hal Ramadhan, No. 669.
[10] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Taqaddamu Ramadhan Bi Saum Yaum Wa La Yaumain, No. 1912.
[11] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah Saum Yaum al-Syak, No. 622. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud, No. 686.

13 June 2010

Jangan Fokus Sangat Isu-Isu Semasa.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari ini kalau kita lihat kepada akhbar-akhbar tempatan bila muncul satu isu habis semua fokus kepada isu tersebut sehingga menenggelamkan isu-isu lain yang ada kepentingannya. Mengapa terjadi begini? Apakah seolah-olah isu seperti gejala maksiat tidak penting? Apakah isu seperti keruntuhan akhlak remaja masa kini tidak begitu penting? Contoh mudah ialah berkenaan dengan isu bantuan kemanusiaan ke Palestin. Saya antara yang menyokong misi kemanusiaan ini akan tetapi janganlah isu ini yang menjadi fokus dan menyebabkan isu-isu lain hilang begitu sahaja. Malaysia ni semacam ada satu perkara aneh, apabila datang satu isu yang hangat..habis isu lain tenggelam.

Isu aqidah umpamanya, saya pasti tak ramai yang memberi fokus utama kepada isu ini padahal perkara inilah teras kekuatan dan kejayaan kaum muslimin. Jika kita fokus lebih terhadap bab aqidah, mantapkan aqidah kepada remaja masa kini Insya Allah berkemungkinan besar kurang sedikit sebanyak dalam permasalahan gejala maksiat, sumbang-mahram dan lain-lain ini. Fokus dalam aqidah! Banyakkan menerangkan dalam bab yang membabitkan keutuhan aqidah dalam diri seorang mukmin, Insya Allah kurang perkara begini.

Budaya berfikir dan berdaya kritis pun masih lemah di kalangan umat Malaysia. Isu-isu yang berada di akhbar tempatan perlu lebih daripada yang ada sekarang. Masih di alam kejumudan sedang kita berada di zaman intektual bukannya zaman dinosaur. Kita perlu mempunyai kekentalan akal dalam berfikir dan janganlah seperti katak di bawah tempurung.

Seandainya perkara aqidah tidak dititikberatkan, akan berlambaklah di dada-dada akhbar berkisarkan isu-isu semasa yang kononnya sensasi tetapi bila dah basi. Mari kuatkan aqidah kita dan Insya Allah, moga-moga Islam boleh teguh dan ditegakkan dengan panji-panji Islam.

Sekian daripadaku.......


Wallahu'alam

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
17 Jun 2010/4 Rejab 1431H

11 June 2010

Hukum Mengkritik Tulisan Al-Imam Al-Ghazali?

Soalan: Dr Asri, saya ingin bertanya soalan tentang kedudukan mereka yang tidak menghormati Imam al-Ghazali dan kitab beliau Ihya ‘Ulum al-Din. Ini seperti mereka yang menyatakan dalam Ihya Ulum al-Din ada hadis yang tidak sahih atau pandangan yang tidak tepat. Patutkah perkataan mereka ini. Tidakkah ini tidak menghormati ulama Islam? Harap Dr Asri dapat berikan pandangan dan siarkan kepada orang awam.

Haji Ibrahim, Ipoh.

JAWAPAN DR MAZA:

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Tuan, dalam nas-nas al-Quran dan Sunnah, juga suri teladan yang ditunjukkan oleh golongan salafussaleh, kita semua disuruh menghormati para ulama dan golongan yang soleh dalam kalangan umat ini. Mereka yang kita kasihi itu ialah insan-insan yang berjasa dalam mempertahankan Islam dan menyebarkan dakwahnya. Kita percaya al-Imam al-Ghazali termasuk dalam kalangan mereka. Namun, ini tidaklah bererti kita dihalang untuk memberikan atau menerima pakai pendapat yang berbeza dengan ulama-ulama tertentu. Untuk menjelaskan lagi soalan tuan haji, saya sebutkan perkara-perkara;

1. Al-Imam al-Ghazali r.h (450H-505H) ialah salah seorang dari sarjana besar dalam sejarah perkembangan ilmu. Sumbangannya dalam bidang fekah dan usulnya bukan sedikit nilainya. Beberapa sentuhan pemikiran maqasid syari’yyah beliau juga amat mengkagumkan. Namun, beliau lebih tertonjol dalam bidang tasauf. Karya beliau beliau Ihya ‘Ulum al-Din telah berjaya melonjakkan kedudukan beliau. Kita sebagai umat yang datang kemudian, kita berterima kasih atas sumbangan besar beliau dan mendoakan agar Allah memberikan pahala atas segala usaha beliau.

2. Namun, al-Imam al-Ghazali r.h sama seperti para ulama yang lain, mereka bukan nabi yang maksum dari kesilapan. Demikian bukunya Ihya ‘Ulum al-Din bukanlah al-Quran yang tidak mungkin dikritik. Maka, berbeza dengan beliau, atau tidak bersetuju dengan beberapa pendapat beliau dalam karyanya itu bukanlah haram. Ini selagi pendapat itu berdasarkan ijtihad yang terdedah kepada berbagai tafsiran. Kata sarjana hadis dan sejarawan Islam yang agung al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H):

“Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”( Siyar Alam al-Nubala 19/339, Beirut : Muassasah al-Risalah).

3. Antara perkara yang dibincangkan mengenai Ihya ‘Ulum al-Din ialah kedudukan atau nilaian hadis-hadis nya. Banyak hadis-hadis yang lemah dan palsu terdapat dalamnya. Ini telah mengundang banyak kritikan sarjana hadis. Tokoh tafsir yang hadis yang terkenal iaitu al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) berkata:

“Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan jantung hati. Namun padanya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu”. ( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

4. Hal ini juga pernah disebut sebelum itu oleh al-Imam al-Hafiz al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H):

“Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”. (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Hakikat ini diakui sendiri oleh al-Imam Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H) iaitu tokoh mazhab al-Syafi’i terkenal yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya dengan menyatakan:

“Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. Bahkan beliau mengira sebanyak 943 hadith yang tidak didapati sanad asalnya. (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

5. Namun, alhamdulillah, al-Hafiz al-‘Iraqi (meninggal 806H) yang merupakah sarjana hadis yang besar dalam sejarah telah menilai dan mengkritik hadis-hadis dalam Ihya ‘Ulum al-Din untuk manfaat ramai. Beliau telah menyemak hadith-hadith Ihya` dengan menyebut sumber hadis-hadis yang disebut dalamnya serta kedudukan hadis-hadis tersebut. Banyak hadith-hadith Ihya` telah dihukum tidak ada asal-usul dalam kitab-kitab hadis. Takhrij (menilai sumber dan kedudukan) al-Hafiz al-`Iraqi telah dicetak bersama dengan dengan kitab Ihya`. Maka hendak kita berhati-hati ketika memetik hadis-hadis daripada kitab tersebut, dengan cara merujuk kepada takhrij oleh al-Imam al-‘Iraqi tersebut.

Kata seorang muhaqqiq yang terkenal di zaman ini al-Syeikh Syu`ib al-Arnaud:

“Al-Hafiz Abu Fadl `Abd al-Rahim al-`Iraqi (meninggal 806H) telah menyemak hadis-hadis Ihya `Ulum al-Din kesemuanya dalam semua kitab yang dinamakan Al-Mughni `an haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya min al-Akhbar. Ianya dicetak bersama dengan Ihya. Beliau telah menunjukkan setiap hadis kepada sumbernya serta menyatakan kedudukannya. Kebanyakan hadis-hadis tersebut beliau menghukumnya sebagai dhaif (lemah) atau palsu, atau ianya tidak ada asal dari ucapan Rasulullah s.a.w. Maka hendaklah para penulis, khatib, guru dan penceramah berhati-hati dalam memetik dan berhujah dengan hadith-hadith ihya` selagi mereka tidak jelas tentang kesahihannya menerusi semakan al-Hafiz al-`Iraqi. Sesungguh seorang ulama hadith Syam, Badr al-Din al-Hasani telah berkata: “Tidak harus mensandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah s.a.w. kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz (yang amat pakar dalam hadith) yang dikenali. Sesiapa yang berkata: “Rasulullah telah bersabda” sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia termasuk dalam hadis “Sesiapa yang berdusta ke atasku apa yang aku tidak ucapkan, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Syu`ib al-Arnaud, nota kaki tahqiq Siyar `Alam al-Nubala`, 19/340).

Demikian seorang tokoh hadis Mesir yang terkenal al-Syeikh Abu Syahbah juga menyebut:

“Aku nasihatkan kepada sesiapa yang membaca Ihya` agar tidak berpegang dengan hadith-hadith yang disebutkan kecuali setelah melihat takhrij (penilain) al-`Iraqi. Jika tidak dia akan terjatuh dalam dosa berdusta sedangkan dia tidak sedar”.(Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi `Ulum wa Mustalah al-Hadith, m.s 254, Kaherah: Dar al-Fikr)

6. Maka dengan itu, jika terdapat perkataan mana-mana pihak yang menyatakan dalam Ihya ‘Ulum al-Din adanya hadis-hadis yang lemah dan palsu, bukanlah perkara yang diada-adakan. Ia telah disebut oleh para ulama hadis sebelum ini. Namun, ini tidak bererti kita menafikan isi kandungannya yang berfaedah dan baik.

7. Antara lain yang dikritik adalah beberapa pandangan kerohanian yang terdapat dalamnya. Masalah ini menjadi perbincangan dalam kalangan sarjana. Ada beberapa pandangan dalamnya dianggap kurang sesuai atau melebihi tahap yang sepatutnya. Sehingga al-Imam al-Zahabi menyebut:

“Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis-hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”. (Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339).

Dr Yusuf al-Qaradawi juga mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali rh dengan katanya:

“Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat –sekalipun secara tidak langsung- bahawa insan contoh di sisi al-Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah r.a, yang difahami dari al-Quran, Sunnah dan Sirah. Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan ruh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Ta’ala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezekiNya, yang berkerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya”.( Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, m.s 164, Beirut: Muassasah al-Risalah).

8. Apapun, di samping beberapan kelemahan yang dikritik, tulisan beliau tetap mempunyai keunggulannya yang tersendiri dalam mendidik jiwa dan menghaluskan perasaan. Beliau telah menyumbang, dan ulama lain juga menyumbang. Kita mengambil manfaat dari semua dan menghargai semua. Kita beradab dengan mereka, namun itu tidak menghalang untuk kita bersetuju dengan pengkritik mereka, atau berbeza pendapat dengan mereka. Dengan syarat ia berasas ilmu, bukan emosi. Maka demikian pendirian kita terhadap karya al-Ghazali r.h.

Sumber: DrMAZA

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More