Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

29 April 2010

BERTAQLID DALAM MENILAI KESAHIHAN HADITH –NASIHAT UNTUK PENDOKONG SUNNAH

Oleh: Ustaz Adlan Abd Aziz Ini sekadar nasihat, terpulang kepada anda untuk menerima atau menolaknya. Ia ditujukan kepada pendokong sunnah yang masih belum menghayati perbezaan ilmu antara muhaddith salaf dan muhaddith selepas mereka. Mungkin ia terlihat tidak tersusun kerana dikarang secara spontan. Namun ia masih berada di bawah tajuk manhaj ahli hadith salaf lebih hebat dan lebih tepat. Selamat membaca. Sedar atau tidak, kita hanya bertaqlid dalam menilai kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith. Apabila kita menyebut ’hadith riwayat al-Bukhari’ atau ’hadith ini dinilai sahih oleh Muslim’ atau ’hadith ini dinilai dhaif oleh al-Tirmidzi’, sebenarnya kita telah bergantung penuh kepada apa yang telah dikaji dan ini menandakan kita taqlid kepada mereka. Begitu juga apabila ada dalam kalangan...

26 April 2010

Penat Menanti Detik Kemustajaban Doa

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr! Wardini, Kuala Kangsar. Jawapan Dr MAZA: Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut: 1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan...

22 April 2010

Buku Teks Sejarah Juga Perlu Dibuat Laporan Polis

Assalamualaikum wbt. Yusri Muhammad, bekas Presiden ABIM dan sekarang Yang Di-Pertua Yayasan Sofa telah mengemukakan laporan polis di Balai Polis Dang Wangi beberapa hari yang lepas terhadap Dr Mohd Asri berkaitan dengan artikel 'Cabaran Gerakan Pembaharuan'. Agak terkilan dengan tindakan Yusri Muhammad. Beliau mengatakan bahawa artikel Dr Mohd Asri tersebut mempunyai unsur hasutan dan menghina raja-raja dan sultan. Jika demikian, saya rasakan beliau perlu juga membuat laporan polis terhadap Buku Teks Sejarah sekolah-sekolah di Malaysia. Kerana setiap buku teks di sekolah-sekolah adalah melalui silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Teks matapelajaran Sejarah ada menyebut mengenai gerakan pembaharuan atau gerakan islah yang dipimpin tokoh-tokoh kaum muda antaranya...

Isu Kewangan Islam & Wahabi : Elakkan Sikap Yang Merosak Diri

Assalamu'alaikum wbt. Apabila ramai orang ingin bercakap berkenaan sesuatu perkara yang tidak dimahirinya, kegelinciran kata dan pandangan kerap berlaku. Namun itulah lumrah kehidupan ini, tidak mampu semua manusia menjadi ‘alim dan berilmu lagi mengetahui. Atas sebab itu juga, Allah ciptakan manusia berbeza-beza, ada yang kurang bijak, ada yang bijak dan pandai. Ada yang berkemampuan memahami dalam suatu bidang, tetapi tidak yang lain walau mempunyai aqal yang cerdas. Semua memerlukan antara satu sama lain. Dalam ketika kita mengakui hakikat itu, menurut penilaian dan pemerhatian saya, ada beberapa perkara yang orang awam tidak boleh atau...

Hukum Membunuh Cicak

Soalan: A'kum ustaz.. saya selalu dengar orang tua2 cakap bunuh cicak dapat pahala. betol ka ustaz. boleh ustaz terangkan & huraikan. terima kasihJawapan: Benar, membunuh cicak hukumnya adalah SUNAT. Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim meletakkan bab “Sunat Membunuh Cicak.” Ini berdasarkan beberapa hadith yang sahih dari Nabi S.A.W. antaranya, di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Sa’id bin al-Musayyib (سعيد بن المسيب) yang Umm Syareek (أم شريك) menceritakan kepadanyabahawa Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk membunuh cicak-cicak (الأوزاغ). Di dalam riwayat al-Imam al-Bukhari ada dinyatakan: كان ينفخ على إبراهيم عليه السلام Maksudnya:...

Pages 241234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More