Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

24 December 2010

Syiah: Mazhab Atas Nostalgia Sejarah

SYIAH: MAZHAB ATAS NOSTALGIA SEJARAH Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin  Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas ‘nostalgia’ lampau. Muharram adalah salah satu musim golongan Syiah menzahirkan tangisan mereka terhadap sejarah. Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu. Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran ‘kemarahan warisan’. Syiah...

23 November 2010

Antara Sunnah Yang Diamalkan oleh Rasulullah SAW Sebelum Tidur

Assalamu'alaikum wbt. 99. Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan tiga kali. [114]  101. Rasul telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka...

09 November 2010

Risalah Ta’lim: Zulhijjah Musim Ibadah (Bil (12) 1 Zulhijjah 1431 / 08 November 2010)

{Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu; - Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?} [Al-Fajr : 1-5] Zulhijjah Musim Ibadah Sesungguhnya bulan Zulhijjah adalah bulan yang mulia dan musim yang agung. Ia adalah bulan Haji, bulan keampunan, serta wukuf di Arafah. Bulan umat Islam mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai bentuk ibadat seperti menunaikan Haji, mendirikan solat, berpuasa, bersedekah, menyembelih, mengingati Allah,...

30 October 2010

Antara Aqidah Sahih Dan Kekentalan Aqidah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Manusia diturunkan ke bumi adalah untuk beribadah kepada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah swt di dalam Surah Az-Zariyat ayat 56: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Oleh yang demikian, untuk beribadah kepada Allah swt memerlukan ilmu pengetahuan yang jelas tentang bagaimana untuk menyembah kepada Sang Pencipta. Kerana itu Allah mengutuskan para anbiya' untuk mengajar kepada sekalian manusia untuk menyembah Allah. وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي...

Kepentingan Solat Istikharah Dalam Membuat Pilihan

Alhamdulillah, kita berada di zaman globalisasi iaitu zaman yang mencabar realiti kehidupan manusia sejagat amnya. Zaman yang mana mengubah cara hidup kita yang jenis 'ala kadar' kepada jenis 'moden'. Pada ketika ini, pelbagai pilihan dapat dilakukan dalam menyesuaikan diri kepada kehidupan realiti. Pun begitu, melihat kepada konteks zaman sekarang, ramai di kalangan umat Islam khususnya apabila membuat sesuatu pilihan kadang kala mereka tidak memilihnya dengan cara yang betul. Pemilihan mereka terhadap apa-apa keputusan berkaitan dengan membuat pilihan sering kali tidak tepat berdasarkan konteks al-Quran dan al-Sunnah. Pemilihan itu...

Pages 241234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More