Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

27 June 2009

Hizbiyyah: Virus Kafir Perosak Aqidah Umat

Assalamualaikum wbt... Kalau kita lihat pada fenomena dunia masa kini, virus paling merbahaya adalah H1N1. Tetapi bagi ana, ada yang lagi merbahaya daripada H1N1 iaitu virus hizbiyyah. Ini kerana hizbiyyah ini adalah fahaman yang merbahaya yang semakin menular di kalangan orang Islam sendiri. Janganlah kerana kita tidak bersefahaman/sehaluan dengan saudara kita seislam yang lain, kita tularkan hizbiyyah kepadanya. Na'uzubillah. Untuk itu, ana letakkan di bawah ini artikel mengenai virus hizbiyyah; virus mengkafirkan orang walaupun semasa muslim sendiri. Harap dapat memahaminya. Insya Allah. Selamat membaca! Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri Antara bentuk al-Ghazwul Fikri yang paling merbahaya dan merupakan antara serangan yang paling awal dilancarkan oleh pihak musuh terhadap umat Islam...

16 June 2009

Penilaian Ilmiyyah terhadap kitab Majmuk Syarif

Assalamualaikum wbt... Oleh Ustaz Abu Syu'aib http://abusyuaib.blogspot.com Secara umumnya boleh dikatakan hampir keseluruhan masjid atau surau perhentian di lebuhraya terdapat sebuah buku kecil yang dinamakan sebagai “Majmuk syarif” sama ada ianya dibeli sendiri oleh pihak pengurusan masjid ataupun ianya diwakafkan oleh individu-individu tertentu kepada pihak masjid. Buku ini tersebar dan mudah untuk diperolehi kerana dimana-mana sahaja terdapat mereka yang menjualnya. Buku yang tidak mempunyai nama pengarang ini menghimpunkan di dalamnya sebahagian surah-surah daripada al-Quran serta fadhilat-fadhilatnya, doa-doa dan zikir-zikir yang dijadikan amalan oleh sebahagian masyarakat. Dukacitanya hampir kesemua doa, zikir dan fadhilat-fadhlatnya yang terkandung di dalam buku ini tidak sahih...

01 June 2009

Contoh Hadith-Hadith Palsu Yang Tersebar

Assalamualaikum wbt... Pada era masa kini, pelbagai informasi telah dicapai oleh seluruh lapisan masyarakat. Daripada sekecil buku tadika hingga ke sebesar buku ensiklopedia dan daripada media akhbar sehinggalah ke internet. Namun persoalan yang timbul adalah adakah informasi yang didapati itu benar-benar sahih atau dicedok daripada sumber yang tidak tepat? Jadi, di sini ana ingin berkongsi sedikit informasi mengenai hadith-hadith palsu yang telah tersebar di masyarakat awam tetapi kita tidak menyedarinya. Amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat awam pada ketika ini yang bersandarkan hadith-hadith yang tidak diketahui kekuatan sanad dan rawinya pada hakikat sebenarnya ianya adalah palsu dan dhaif. Malah, hadith-hadith yang didapati palsu dan dhaif ini pula telah popular dan sebati...

Kisah Tahkim: Versi Syiah vs Versi Sunni

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI Telah tersebar luas peristiwa yang berlaku antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Muawiyah bin Abi Sufian radiallahuanhuma selepas selesai perang Siffin, pihak Saidina Muawiyah r.a menuntut perdamaian dengan tentera Syam (pihak Saidina Muawiyah r.a) mengangkat Mushaf al-Quran di hujung tombak tanda memohon perdamaian. Peperangan Siffin adalah peperangan kedua yang berlaku antara para Sahabat Nabi s.a.w ridwanullahi alaihim ajmain selepas peperangan Jamal di antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Talhah r.a, al-Zubair r, dan Ummul Mukminin Aisyah r.a. Semuanya hasil tipu muslihat kaum kafir Yahudi melalui Abdullah bin Saba’. Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah telah menyebar fitnah dan mempergunakan kaum muslimin yang masih baharu...

Pages 241234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More