Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

24 May 2009

Adakah Basmalah Sebahagian Dari Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt...

Selalu sahaja ada yang menyatakan permasalahan terhadap basmalah dari al-fatihah sama ada al-fatihah adalah sebahagian dari al-fatihah atau tidak. Maka ana menjumpai satu kupasan soal jawab yang menarik mengenainya. Jadi, di bawah ini merupakan artikel mengenai soal jawab adakah basmalah sebahagian dari al-fatihah. Selamat membaca dan memahaminya.

Saya mohon maaf jika soalan ini berulang, saya telah cuba cari tapi tak jumpa.

Saya masih confuse untuk mengamalkan basmalah ketika membaca AL-Fatihah dalam dan luar solat. Adakah boleh jika tidak dibaca langsung basmalah ketika baca al-fatihah? Iaitu ia sekadar sunat utk dibaca. Saya mohon penjelasan dan dalil adakah basmalah sebahagian dari surah al-fatihah.

Jika dikira al-fatihah mengandungi 7 ayat termasuk basmalah sesuai seperti dinyatakan sebagai sab’u masani di dalam hadis Nabi SAW

Mohon penjelasan.

Terima kasih.

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Ulama sepakat mengatakan bahawa ‘basmalah’ adalah merupakan sebahagian daripada surah An-Naml , tetapi berselisih pendapat mengenai adakah diwajibkan membacanya dalam solat.

Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan ianya adalah sunat sahaja kerana mereka beranggappan bahawa basmalah bukanlah satu ayat dari surah Al-Fatihah.

Manakala Imam Syafie mewajibkan membacanya.

Para Qurra Makkah dan Kufah mengatakan bahawa basmallah adalah merupakan sebahagian dari surah Al-Fatihah , manakala para Qurra Madinah , Basrah dan Syam tidak menganggap basmalah adalah ayat daripada surah al-Fatihah.Mereka mengatakan bahawa basmalah hanya merupakan pemutus antara setiap surah-surah yang terdapat dalam al-Quran.

Pendapat para Qurra Madinah , Basrah dan Syam ini dikuatkan dengan dalil daripada hadis Nabi saw sebagaimana berikut :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا يعــرف فصــل السور حتى ينــزل عليه ( بسم الله الرحمن الرحيم)

“Sesungguhnya Rasulullah saw tidak mengetahui akan pemutus antara surah-surah sehinggalah diturunkan Bismillahir Rahmanir Rahim.

[HR Abu Daud : 788 , Al-Hakim : 1/231. Disahkan dan dipersetujui oleh Az-Zahabi]

Walaubagaimana pun terdapat juga dalil yang mengatakan bahawa Basmalah bukanlah sebahagian daripada al-fatihah sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik ra :

أن النبي صلى الله عليه وسلم وأبا بكر وعمر كانوا يفتتحون الصلاة ب(الحمد لله رب العالمين)

“Adalah Rasulullah saw dan Abu Bakar serta Umar memulai solat dengan (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) [H.Muttafaqun ‘Alaih , Bukhari :743 dan Muslim : 399]

Dalam Riwayat Imam Muslim terdapat tambahan yang menyebutkan bahawa mereka iaitu Rasulullah saw , Abu Bakar dan Umar tidak menyebut Basmalah samada diawal bacaan ataupun diakhir bacaan al-Fatihah sebagaimana berikut :

لا يــذكرون ( بسم الله الرحمن الرحيم) في أول قراءة ولا في آخرها

Malah menurut Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , terdapat hadis sahih yang jelas menunjukkan bahawa Basmalah bukanlah merupakan ayat daripada surah Al-Fatihah sebagaimana berikut :

أن الله قال: قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ، فإذا قال : الحمد لله رب العالمين ، قال : حمدني عبدي …….. إلخ

“Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : Aku membahagi dua solat hambaku , separuh untuk untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku.(Untuk hamba , apa yang ia minta)…..Ketika hambu-Ku membaca (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) , Aku berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku………hingga akhir.

[HR Imam Muslim : 395]

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa permulaan al-Fatihah adalah (Alhamdulillah….) bukannya basmalah….Allahu A’alam…

WA

Ruj :

Taudhih Ahkam min Bulughil Maram , Asy-Syaikh Abdullah Abd Rahman Al-Bassam.

Fathul Qadir , jilid 1 , ms : 65

Al-Ahkam Asy-Syar’iyyah li qurra al-Quran al-Karim , Asy-Syaikh Dr. Mahmud Ahmad Sa’id al-Atrash.

Sumber: Catatan Al-Jawhar

05 May 2009

Siri Kenali Buku Bermasalah

Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah paparan mengenai buku-buku yang bermasalah yang terdapat di pasaran masa kini. Jodol-jodol ini didapati informasinya di laman web al-fikrah.net

Oleh itu, kita harus berwaspada dengan jenayah ilmiah terhadap buku-buku yang telah berleluasa dengan tujuan untuk menipu masyarakat terhadap ilmu.


Kitab #1

Jodol: Nahjul al-Balaghah (alur kefasihan)

Editor/Pengarang: asy-Syarief ar-Radhi ,w. 400H

Edisi Mesir: ditahqiq dan diringkas oleh syaikh Muhammad Abduh, ditahqiq semula oleh syaikh Muhd Muhyidin Abd Hamid al-Azhari

kata al-Zahabi (al-Mizan, 3:124), Syarief ar-radhi adalah penulis Nahju balaghah adalah seorang ahli kalam, seorang rafidhah (syi`ah) dan Muktazilah. Dia berdusta di atas nama amirul Mukminin Ali :ra, kitab itu penuh dgn kebatilan syi'ah termasuk mencaci maki terhadap dua khalifah: Abu Bakar dan Umar.



Kitab #2

Jodol: al-Aghaani (Nyanyian)
Pengarang: Abu al-Faraj al-Asfahani (kota Esfahan, Iran), w. 967M/356H..
20 atau 21 jilid. Ia mengandungi pelbagai kisah AQ dan sejarah tamaddun manusia...
antara penerbitnya:
Baghdad: Matba'ah al-Iman (1969), Beirut: Dar al-Maktabah al-Hayah (1971) dan Darul Fikir (1987)

Ringkasan:

1. Ibn Manzur, Mukhtasar al-Aghani, 4 jld
2. Ibn Washil al-Hamawi, Tajriid al-Maghani, 6 jilid

Buku ini dicela oleh Ibn Jauzi sebagai pengarang yg tidak dipecayai dan kandungan kitab yg batil dan mungkar. Juga dicela oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah.

antara kandungannya ialah menghasut dan membenci bangsa arab, menghina ahlul bayt, kisah2 yg merosakkan akidah dan meremehkan ibadah2 yg maklum spt solat dan Haji.

al-Qardhawi mencela kitab ni dalam kitabnya Tarikhuna. sahabat Dr al-Qardhawi, Dr Abd `Azim al-Deeb, Univ Qatar mengatakan kitab al-Aghani adalah sungai beracun atau toksik.

* Buku al-Aghani amat disukai oleh Dr Taha Husin, negarawan dan ilmuan Mesir, seorang tokoh JIL (Jemaah Islam Liberal) arab

Jangan keliru dgn Abu Nu`aim al-Asfahani, w. 430 H yg mengarang kitab Hilyah al-Awliyaa'...



Kitab #3: Tafsir al-Ahlam (Encyclopedia Mimpi) oleh Ibn Sirin

Jodol asal: Muntakhab al-Kalam fii Tafsir al-Ahlam (Pilihan Kata dalam Tafsir Mimpi)
Pengarang: Muhammad bin Sirin (w. 110H)

Komentar: Buku ini bermasalah kerana tiada sanad yg sampai utk mengaitkan buku Tafsir Mimpi dengan Ibn Sirin, namun ia beredar di pasaran dgn meluas di pasaran dunia dgn edisi Inggeris: Dream & Interpretation by Ibn Sirin.

Ia tidak kaitan dgn Ib Sirin ditegaskan oleh Ibn Sa`ad dgn alasan Ibn Sirin tidak menyukai menulis (Syaikh Abd Azi al-Sadhan, KSA, Koreksi kitab2 Popular, Pustaka as-Sunnah, ms 13.)

Juga disahkan oleh Dr Abu Aminah Bilal Phillips, Ta`bir ar-Ru'ya, Dar al-Fath, UAE, ms 7
Juga Imam Yaacob al-Fasawi, at-tariikh, 2/14) dan Prof MM Azami, KSA, Studies in Early hadith Literature/38.

Ta'bir Mimpi yg sahih boleh didapati dari bab Mimpi dalam semua kitab sunan dan bukannya dari tafsir ahlam oleh Ibn Sirin yang tidak sahih.



Kitab #4: Tafsir

Jodol: Tanwir al-Miqbas min Tafsir Ibn `Abbas (Kilauan Obor dari Tafsir Ibn Abbas)
Disusun oleh Abu Thahr Muhammad bin Ya`acob al-Fairuzabadi (w. 817H), pengarang al-Qamus al-Muhith.
Penerbit arab antaranya: Darul Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut, 1987. Edisi terjemahan oleh PT Padi Indonesia, Rupiah 145K.

Kritik: [u]Kitab Tanwir al-Miqbas ini telah diyakini oleh sebahagian umat Islam sejak turun temurun sebagai kitab tafsir autentik Ibn Abbas, maka mereka membaca kitab ini dalam kuliah-kuliah tafsir mereka di masjid-masjid dan surau-surau.

Pendapat yang rajih ia adalah tidak sahih dan sanadnya periwayatannya bermasalah kerana ia diambil dari jalur sanad:
as-Suddi > al-Kalbi > Abu Salih > Ibn Abbas.

as-Suddi ialah Muhammad bin Marwan as-suddi as-Soghir, seorang yg dha`if
al-Kalbi ialah Muhammad bin Sa`ib al-Kalbi (matruk, ditinggalkan periwayatannya)
Abu Salih ialah mantan hamba Ummu Hani', juga dha`if.

Komentar para muhaqqiqin mengenai Tafsir Ibn Abbas, lalu menolak kesahihan utk dinisbahkan kepada Ibn Abbas:

a. syaikh Muhammad Husin al-Zahabi, (tafsir wal mufassiruun, 1: 82), sanad as-Suddi, al-Kalbi dan Abu Salih adalah sanad yg dinilai dusta oleh al-Syuyuti.
b. Dr Abd Aziz al-Humaidi, Tafsir Ibn Abbas wa Marwiyatih, 1: 27

c. Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam, Majmu` Fatawa, 4: 211. Tafsir ini dibuat-buat oleh Musa bin Abd Rahman, al-Kalbi dan Muqatil.

d. al-Syawkani, al-Fawaid al-Majmu`ah, 316, tafsir yg tidak dipercayai sebab ia diriwayat oleh jalur pendusta spt al-Kalbi, al-Suddi dan Muqatil bin Sulaiman.

Tafsir Ibn Abbas yg dipercayai sepatutnya datang dari sanad Mujahid (tafsir Mujahid) dan Ikrimah atau jalur Ali bin Abu Talhah.



Kitab #5: Tazkirah

Jodol: Tanbiihul Ghaafiliin bi Ahaaditsi Sayyidil Anbiyaa'i wal Mursalin
Jodol melayu: Peringatan bagi yang lupa

Pengarang: Abu Laits Nashr bin Muhammad bin Ibrahim al-Samarqandi (w. 375H)

Seruan para muhaqqiqin agar menjauhi kitab ini:

a. Imam al-Zahabi (w. 748H): penulis memenuhi kitabnya dgn hadits2 palsu (Siyar, 16:323)
b. Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah (w.728H): "Abu Laits tidak mengetahui antara yg sahih dan dha`if dan tidak capable (mampu) dalam ilmu sanad, beliau hanya kumpul dan salin tanpa menilainya dan menyerahkan tanggungjawab khabar itu kepada yg menukil." (ar-Radd `alal Bakri, 15)

3. Syaikh Abu Fadhl al-Ghumari (w. 1993) Maghribi, Tidak layak orang awam membaca kitab ini kerana mereka tidak tahu membedakan hadith yg sahih dgn yg dha`if. (alHaawi fi al-Fatawa, 3:4)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More