Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, selesai sudah kursus aqidah mengenai Syiah yang telah diadakan di Masjid Al-Ghufran, TTDI pada 28-29 Mac 2009. Program ini ana kira amatlah bagus dan wajar kerana ianya memberitahu kepada masyarakat umum mengenai bahayanya konsep ajaran Syiah yang mana kalau lihat Syiah ini telah meluaskan ajaran mereka sehingga ke serata dunia.
Ana amat bersetuju jika diadakan lagi program kursus aqidah seperti ini yang mana pertama kita dapat memantapkan aqidah kita, yang kedua kita dapat mengetahui latar belakang ajaran Syiah dan yang ketiga kita dapat mengetahui cara-cara dan teknik yang berkesan dalam berhadapan dengan Syiah.
Sepanjang kursus yang ana tempohi, ana telah dapat menilai yang mana kaca, yang permata, yang mana fakta, yang mana dusta. Syiah mempunyai...