Selamat Datang Ke Blog Tajdid Dakwah

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

25 December 2008

Amalan Sunnah Dan Bidaah Pada Bulan Muharram

Assalamualaikum wbt... Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat. Firman-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam...

16 December 2008

Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan

Assalamualaikum wbt... Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan. Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata...

Selamat Di Atas Prinsip Salaf

Assalamualaikum wbt... Definisi Salaf As-Salaf secara bahasa atau etimologi, menurut pengarang kitab Lisanul ‘Arab adalah berasal dari kata salafa, yaslufu, sulufun, dan suluufan yang membawa maksud “taqaddama” (mendahului). Salaf adalah orang yang mendahuluimu, yang terdiri dari ibu bapamu dan keluargamu yang lebih dahulu atau yang lebih tua usianya dan lebih mulia darimu. As-Salaf secara istilah atau terminologi adalah merujuk kepada generasi Sahabat, Tabi’in, Tabi’ut Tabi’in, dan sesiapa yang mengikuti mereka dalam kebaikan dan petunjuk. (Lihat: Sikap Ahlussunnah wal Jama’ah Terhadap Ahli Bid’ah Dan Pengikut Hawa Nafsu, oleh Syaikh Dr. Ibrahim...

15 December 2008

Air Wuduk, Bersentuh Kulit, Taklid Mazhab & Talfiq Mazhab

Soal jawab fiqh ini berkisar mengenai persoalan berkaitan dengan dalil yang mengatakan bersentuhan kulit antara suami isteri tidak batal air wuduk, batalkah air wuduk jika bersentuhan kulit dan perbezaan pandangan mazhab. Terdapat persoalan yang lebih mendalam antaranya; bolehkah bertaklid, bertalfiq, apa itu ittiba', feqh muqaran dan praktik amali kita di Malaysia. Soalan:Assalamualaikum wbt 1. Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil-dalil atau yang seangkatan dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri tidak batal air sembahyang? 2. Rasulullah pernah mencium ‘Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa...

14 December 2008

Mengapa Utamakan Isu Kewangan?

Soalan Ustaz, Saya ada mendengar yang bahawa ust sangat banyak menekankan berkenaan riba dan kepentingan bank Islam, malah ust juga di katakan meminta agar isu ini diberikan perhatian besar di samping isu-isu Islam yang lain, bolehkah ust menjelaskan mengapa ust berpandangan demikian? - Anti Riba - - Gambar Hiasan - JAWAPAN : Terima kasih atas soalan ini. Benar, saya sememangnya berkempen agar umat Islam memerhatikan isu ini dengan lebih serius, tapi setakat ini, masih di peringkat yang mendukacitakan kerana terlalu ramai para ustaz dan ustazah serta ilmuan Islam agak kurang minat atau tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentangnya. Justeru,...

Sukarnya Istiqamah Mempertahankan Kebenaran

Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran. Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab: “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad...

Mengenal Salaf dan Salafi

Assalamualaikum wbt... Para pembaca yang budiman semoga Allah menunjuki kita kepada kebenaran. Salaf dan salafi mungkin merupakan kata yang masih asing bagi sebagian orang atau kalau toh sudah dikenal namun masih banyak yang beranggapan bahwa istilah ini adalah sebutan bagi suatu kelompok baru dalam Islam. Lalu apa itu sebenarnya salaf? Dan apa itu salafi? Semoga tulisan berikut ini dapat memberikan jawapannya.Pengertian Salaf Salaf secara bahasa berarti orang yang terdahulu, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah yang artinya, “Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut)....

Pages 241234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More